eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MELAKA: Pertemuan kali pertama seorang gadis berusia 14 tahun dengan teman lelakinya berusia 19 tahun yang hanya dikenali menerusi telefon sejak setahun lalu membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet di bandar ini, semalam.
Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islama Melaka (Jaim) kira-kira jam 12 tengah hari selepas kedua-dua mereka dikatakan berkurung di dalam bilik sejam sebelum itu.
Lelaki terbabit dikatakan datang ke negeri ini dengan menaiki bas ekspres dari Kuantan, Pahang ke sejak awal malam kelmarin dan merancang mahu bertemu remaja perempuan berkenaan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan aduan pihaknya ke hotel berkenaan membuat pemeriksaan dan remaja perempuan berkenaan membuka pintu apabila diketuk.
Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik hotel berkenaan menemui seorang lelaki berada dalam bilik air.
“Soal siasat terhadap mereka mendapati pasangan terbabit bukan muhrim dan gadis itu memberi alasan masuk ke bilik yang disewa lelaki terbabit kerana mahu menemaninya tidur sementara menunggunya pulang ke Kuantan,” katanya.
Rahimin berkata, siasatan terhadap pasangan terbabit mendapati lelaki berkenaan tiba ke negeri ini kira-kira jam 7 malam kelmarin menaiki bas ekspres.
Katanya, remaja lelaki berkenaan ke Klebang seorang diri untuk menyewa hotel di situ, namun tidak kesampaian apabila penuh.
“Dia merayau di sekitar Pantai Klebang dan berehat di kedai di situ sehinggalah pagi tadi (semalam).
“Mereka bertemu di Melaka Sentral dan lelaki terbabit menyewa bilik di hotel bajet di kawasan berkenaan, kerana mengadu tidak cukup tidur.
“Gadis terbabit menemani teman lelakinya itu ke bilik berkenaan sebelum pasangannya pulang,” katanya.
Beliau berkata, pasangan terbabit didakwa di Mahkamah Syariah pada hari ini mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.