BTC USD 22,697.4 Gold USD 1,922.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diberkas cuba rasuah polis

ckama33

Active+ Member
Messages
3,949
Joined
Nov 7, 2007
Messages
3,949
Reaction score
158
Points
43
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Tindakan seorang pengedar dadah menawarkan sejumlah RM15,000 kepada empat anggota polis bagi melepaskan ahli sindiket mereka yang ditahan membawa padah apabila dia akhirnya ditahan.

Suspek berusia 27 tahun itu yang ditahan di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang di sini bertindak demikian bagi melepaskan ‘pekerja terbaiknya’ yang mampu terus memberi keuntungan kepadanya.

Tangkapan pada pukul 5.15 pagi itu dilakukan selepas polis memasang perangkap sebaik suspek menghubungi rakannya yang ditahan kerana memiliki dadah di stesen transit aliran ringan (LRT) Wangsa Maju lima jam sebelum itu.

Terkejut dengan berita tangkapan tersebut, suspek kemudian meminta rakannya memberi telefon bimbitnya kepada anggota polis yang membuat tangkapan itu untuk menyelesaikan kes itu dengan memberi ‘hadiah’ sebanyak RM15,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, rakan suspek berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menjumpai sebanyak 170 peket heroin seberat 408 gram bernilai RM18,000.

“Suspek berbuat demikian kerana begitu mengambil berat dengan rakannya yang mampu memberikan pulangan lumayan setiap kali membuat urusan jual beli.

“Berdasarkan soal siasat, dia merupakan orang kanan kumpulan pengedar dadah tersebut yang telah enam bulan menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini, pihaknya telah menahan tiga lelaki yang bertindak seperti itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang ingin merasuah polis.

Menurut Chez Chiang, suspek bergerak dengan menggunakan LRT untuk ke satu-satu tempat bagi menjual dadah berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register