BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah kerana pensel

Mr DoN

Active+ Member
Messages
4,218
Joined
Dec 17, 2008
Messages
4,218
Reaction score
105
Points
33
JOHOR BAHRU: Bagai dirasuk, seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Kulaijaya di sini, didakwa tergamak membelasah rakan sekelasnya dengan menumbuk dan menyepak muka mangsa sehingga berlumuran darah dan bengkak kedua-dua belah mata, hanya kerana sebatang pensel.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa, Amirul Farhan Ramli, 12 hanya mampu memeluk tubuh sambil menahan sakit menerima asakan daripada penyerangnya juga dikatakan seorang kaki buli.

Menurut Amirul, kejadian berpunca daripada adegan tolak-menolak antara mereka berdua selepas tamat kelas tambahan khas bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sementara menunggu van sekolah menjemput mereka.

“Selepas tamat kelas, murid berkenaan bertindak kasar secara tiba-tiba dengan menolak tubuh saya. Geram dengan sikapnya gemar mencetuskan kemarahan orang lain, saya mengambil pensel kepunyaannya dan meletakkannya di meja belakang.

“Namun, tindakan spontan itu mengundang ketawa rakan sekelas yang menyaksikan kejadian,” katanya.

Amirul berkata, disebabkan malu apabila ditertawakan, murid berkenaan mula naik angin dan menanggalkan kasut yang dipakai semata-mata untuk mengetuk kepalanya.

“Saya yang tidak dapat menahan sabar dengan tindakan kurang ajar murid berkenaan terus menerpa ke arahnya sebelum menolak tubuhnya, sementara rakan lain terus memujuk supaya kami menghentikan pergaduhan.

“Dia bagaimanapun bertukar menjadi seperti samseng apabila terus menyerang dengan menumbuk mata dan menendang muka saya secara bertalu-talu sehingga rebah dan berlumuran darah,” katanya.

Malah katanya, tidak cukup dengan itu, penyerangnya bertindak lebih agresif dengan mematahkan besi meja untuk memukul kepalanya.

“Mujur dia hanya sempat mengacu besi berkenaan ke tubuh saya kerana dihalang rakan sekelas. Jika tidak, saya mungkin mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

Selepas beberapa minit dikerjakan murid terbabit, Amirul diseret dan dipapah keluar dari kelas beberapa rakannya yang bimbang pergaduhan berlarutan sebelum pulang ke rumah dalam keadaan cedera di muka.

Sementara itu, bapa mangsa, Ramli Sipon, 42, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak keduanya itu menerusi panggilan telefon daripada jiran berdekatan.

“Jiran telefon dan beritahu muka Amirul bengkak dan bahagian bawah mata dan mulutnya berdarah kerana dibelasah rakan sekelas. Saya bergegas pulang untuk membawanya membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kulai,” katanya.

Menurut Ramli, dia kesal dengan pihak sekolah yang bertindak seolah-olah cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pihak luar.

“Saya ke sekolah Amirul pada keesokannya (Jumaat) untuk menghantar sijil cuti sakit dan berbincang dengan guru mengenai kejadian menimpa anak.

“Namun saya kesal dengan permintaan pihak sekolah terbabit seperti mahu menjaga reputasi berbanding melakukan siasatan dan bertindak bagi menghukum murid yang menyebabkan kecederaan anak saya,” katanya.
 
apa la nak jadi budak2 sekarang..:-?
 
kalau dah kes macam nih pihak sekolah nak selindung apa lagi...soalan:tadak guru ka masa kejadian?
 
hurmm.. aku pun penah gaduh gak tapi xde la smpi berlumuran darah sgt..
dan tak masuk paper huhu.. yg pasti cikgu ada situ
 
apa nk jd nih.....
 
JOHOR BAHRU: Bagai dirasuk, seorang murid tahun enam sebuah sekolah di Kulaijaya di sini, didakwa tergamak membelasah rakan sekelasnya dengan menumbuk dan menyepak muka mangsa sehingga berlumuran darah dan bengkak kedua-dua belah mata, hanya kerana sebatang pensel.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa, Amirul Farhan Ramli, 12 hanya mampu memeluk tubuh sambil menahan sakit menerima asakan daripada penyerangnya juga dikatakan seorang kaki buli.

Menurut Amirul, kejadian berpunca daripada adegan tolak-menolak antara mereka berdua selepas tamat kelas tambahan khas bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sementara menunggu van sekolah menjemput mereka.

Selepas tamat kelas, murid berkenaan bertindak kasar secara tiba-tiba dengan menolak tubuh saya. Geram dengan sikapnya gemar mencetuskan kemarahan orang lain, saya mengambil pensel kepunyaannya dan meletakkannya di meja belakang.

“Namun, tindakan spontan itu mengundang ketawa rakan sekelas yang menyaksikan kejadian,” katanya.

Amirul berkata, disebabkan malu apabila ditertawakan, murid berkenaan mula naik angin dan menanggalkan kasut yang dipakai semata-mata untuk mengetuk kepalanya.

“Saya yang tidak dapat menahan sabar dengan tindakan kurang ajar murid berkenaan terus menerpa ke arahnya sebelum menolak tubuhnya, sementara rakan lain terus memujuk supaya kami menghentikan pergaduhan.

“Dia bagaimanapun bertukar menjadi seperti samseng apabila terus menyerang dengan menumbuk mata dan menendang muka saya secara bertalu-talu sehingga rebah dan berlumuran darah,” katanya.

Malah katanya, tidak cukup dengan itu, penyerangnya bertindak lebih agresif dengan mematahkan besi meja untuk memukul kepalanya.

“Mujur dia hanya sempat mengacu besi berkenaan ke tubuh saya kerana dihalang rakan sekelas. Jika tidak, saya mungkin mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

Selepas beberapa minit dikerjakan murid terbabit, Amirul diseret dan dipapah keluar dari kelas beberapa rakannya yang bimbang pergaduhan berlarutan sebelum pulang ke rumah dalam keadaan cedera di muka.

Sementara itu, bapa mangsa, Ramli Sipon, 42, berkata dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak keduanya itu menerusi panggilan telefon daripada jiran berdekatan.

“Jiran telefon dan beritahu muka Amirul bengkak dan bahagian bawah mata dan mulutnya berdarah kerana dibelasah rakan sekelas. Saya bergegas pulang untuk membawanya membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Kulai,” katanya.

Menurut Ramli, dia kesal dengan pihak sekolah yang bertindak seolah-olah cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan pihak luar.

“Saya ke sekolah Amirul pada keesokannya (Jumaat) untuk menghantar sijil cuti sakit dan berbincang dengan guru mengenai kejadian menimpa anak.

“Namun saya kesal dengan permintaan pihak sekolah terbabit seperti mahu menjaga reputasi berbanding melakukan siasatan dan bertindak bagi menghukum murid yang menyebabkan kecederaan anak saya,” katanya.

kalau dah kes macam nih pihak sekolah nak selindung apa lagi...soalan:tadak guru ka masa kejadian?

Cuba baca petikan yang aku kalerkan merah tu...mungkin masa tu guru tu dah keluar kelas dahulu...sementara yang tinggal hanyalah beberapa orang murid...kekadang paper ni pun putar belit dari cerita sebenar...apa pun...cikgu yang bertugas waktu tu menjawab la...
 
Last edited:
Masalahnya disini tidak boleh disalahkan guru 100 % .Budak tu dan parents dia yg salah tidak reti mendidik anak.Tapi apa yg pasti Ketua Pengarah Pendidikan pasti akan menyalahkan guru.

Pengetua pulak nak jaga reputasi sekolah.Semua hipokrit bukan nak menyelesaikan masalah budak tetapi lebih kepada jaga periuk nasi.

Pihak Kementerian ambik jalan senang letakkan kesalahan kepada guru sahaja.
 
aiseh...tmpat aku lah plk...
sek ren mana lah nih...
budak2 skng mcm samseng...
salah sapa lah nih yerk :-?
 
Back
Top
Log in Register