BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah kerana jeling

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
KUALA LUMPUR: Berpunca dari ‘jelingan maut’ yang ditujukan kepada sekumpulan lelaki menyebabkan seorang remaja dibelasah hingga pengsan oleh empat samseng.

Samseng terbabit dipercayai menuduh adik mangsa menjeling ke arah mereka ketika menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Pudu di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, sekumpulan empat lelaki berusia 20-an tiba-tiba memukul mangsa yang cuba menghalang mereka daripada memukul adiknya.


Mangsa, U Sivananthan, 19, terkejut dan hanya menahan sakit selepas dipukul kumpulan lelaki terbabit yang memarahi adiknya yang pergi ke restoran itu untuk membeli makanan.


“Mereka menengking adik saya yang masuk ke dalam restoran itu kerana mendakwa adik saya menjeling mereka. Adik saya menafikannya dan mereka tidak berpuas hati lalu menghampirinya.


“Saya meluru ke dalam restoran itu dan cuba menasihati mereka supaya tidak mengapa-apakan adik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, mereka yang tidak berpuas hati dengan teguran itu mengajaknya keluar dari restoran itu sebelum menolak dan memukul adiknya.


“Mereka memberitahu saya mereka tidak berpuas hati kerana adik saya melihat mereka. Malah, mereka juga mengakui tertekan ketika itu dan berang apabila diperhatikan.


“Saya menafikan dakwaan itu, tetapi belum sempat saya beredar, mereka beramai-ramai memukul saya dengan topi keledar dan rantai motosikal,” katanya
 
samseng2 pun nnt msk kubur mcm org lain gk :"> x kuat mna pun :))
 
gangsta paradise nih... hehehe...
 
dh la 4 lawan 1.. dh settle.. 4 lawan 1 lagi + helmet + rantai motosikal... memang betol2 samseng nih...
 
Jeling pun dah kena belasah belum bukak mulut lagik tu
 
ingatkan jeling kat bini atau awek depa....:-?
 
Back
Top
Log in Register