BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah, diugut bunuh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Gambar hiasan​

KUALA TERENGGANU - Dua remaja lelaki berdepan detik cemas apabila bukan sahaja dibelasah, tetapi turut diugut akan dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang naik angin setelah gagal mencari seseorang.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi di Kampung Kubang Parit, kelmarin, mangsa berusia 18 tahun bersama rakannya, 19 tahun, cedera serta sakit di anggota badan termasuk muka dan badan, selepas dibelasah 20 lelaki menggunakan pelbagai senjata tajam termasuk pisau dan lawi ayam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dua mangsa yang berada di rumah didatangi kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah kereta dan sembilan motosikal dengan membawa senjata tajam sambil memecahkan cermin dan merosakkan pintu rumah.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan meluru masuk ke dalam rumah dan memegang mangsa sebelum mengacukan sebilah pisau ke arah dua remaja itu sambil bertanyakan mengenai seseorang.

"Dua remaja itu memaklumkan tidak mengenali individu yang dicari dan jawapan diberikan mangsa menyebabkan suspek naik angin lalu mengugut mahu membunuh mangsa.

"Kumpulan berkenaan turut merosakkan pelbagai barangan yang ada di dalam rumah mangsa kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan dua mangsa terbabit.

"Malah, mangsa turut dipukul menggunakan topi keledar dan penyapu sementara rakannya pula ditumbuk di muka selain diacukan sebilah lawi ayam di tengkuk oleh salah seorang suspek," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, sebaik puas membelasah dua remaja itu, kumpulan berkenaan beredar meninggalkan rumah itu dan sempat melarikan telefon bimbit milik mangsa.

Susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan, kita merampas beberapa senjata seperti kayu dan cangkul dipercayai digunakan dalam serangan itu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti identiti kesemua suspek dan motif mereka bertindak sedemikian," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
 
Back
Top
Log in Register