Diari #3
Harapan Mula Bersinar
============================================================================
Kalau korang perasan, sales aku 2 kali sebelum ni amat slow. Situasi ini mungkin juga akan berlaku pada korang yg baru. Ini mungkin sebabnya:
1) aku belum dapat rentak dengan sistem eBay ni. Belum faham sepenuhnya camner nak gunakan sepenuhnya setiap features dalam eBay.
2) tunggu listing tamat baru buat listing baru. So, ada "lag" 3 hari sbb paling cepat auction aku boleh buat adalah 3 hari. 1 day auction ada, tapi hanya utk mereka yg dah dapat lebih 5 feedback. Aku kena tunggu la sbb brg dari China nak sampai US amik masa sampai 3 minggu. Buyer bagi feedback dan rating lepas mereka terima barang. So, sabo je la.
(atas ni contoh je, kalau la aku punya...huhuu)
3) play safe. Aku rasa tak sanggup nak tanggung risiko rugi besar. So, test dulu beberapa item, tengok dulu mana yg bole jual. Then, baru pulun item tu, buat auction banyak2.
Ada gak aku baca kat forum, seller ni baru start jual dan tanggung fee $300. Tak tau la camner diorang bole kena fee byk tu. Seriau plak. So, aku start kecik2 dulu. Ye la, aku ni seller berhingus lagi, modal pun ciput cukup untuk beli goreng pisang... ngeh ngeh
Disebabkan setakat ni aku ada untung, so berani la sket nak list banyak item kali ni. So, aku list 15 item.
2 mousepad
13 jam
Aku amik 1 hari 1 malam nak create design item tu. Apa susah, Google kan ada. cari je la wallpaper yg menarik. Tema kali ni mostly "love theme", tapi bukan semua. ye la sbb Valentine nak dekat kan...
============================================================================
Lagi satu perkara...
eBay caj fee listing ikut "Start Price",
kurang $0.99, fee $0.15,
lebih $0.99, fee $0.35
(rujuk semula table pada diari sebelum ini...)
pastu ada FVF, 8.75% drp harga bid terakhir tidak termasuk harga Shipping yg kita set. Jeles gak aku dgn eBay buat duit senang. So, aku ada dengki sikit la...
Jadi, aku buat strategi harga...
"Start Price" $0.99, kos dgn markup aku letak kt Shipping. Jadi, aku jimat la banyak kat fee eBay... lalalala
Kalau orang bid menang katakan $0.99, aku kena FVF $0.08 je
Kalau aku "Start Price" katakan $10, pastu org bid sampai $25, FVF dah $2.19... rugi banyak tu....
============================================================================
Tunggu lagi 3 hari sampai auction ended. Risau gak nak tengok sambutan.
Tahu tak, apa berlaku?
Aku ni punya la yakin "love theme" pasti laris terjual sbb valentine nak dekat. Hasilnya, 1 item pun "love theme" tu tak terjual.
Tapi ada 1 item jam tu, theme sama dengan mousepad yg sold sebelum ni, terjual diluar dugaan aku.
Mulanya aku perhatikan, 30 minit sebelum ending, jam ni sambutan hangat2 tahi ayam je... Ada la 2 orang bid. Dah la semua jam "love theme" aku tu takde sape nak pandang (ceh!)
So, kecewa sikit aku pun tutup la site eBay, pegi minum2 jap. Balik je minum... tu dia, 9 org bid, harga mencanak sampai $26 seketul jam. Kos dia $10 je.
Happy la balik. Mousepad seme terjual.
Aku belajar lagi satu perkara, buyer kat ebay suka bid last minit. Mereka ni memang giler bid. Sampai tak masuk akal pun ada. Sebab tu jangan terkgezut beruk kalau ada mousepad seketul kos $3, tapi kat eBay boleh jual sampai $70!
Sebab apa last minute baru bidder ramai?
Jawapannya, eBay akan senaraikan item kat hasil carian ikut item yg dah nak dekat ending. So, depa buat carian je, terus item ko kat muka depan kalau kena dengan keyword depa. Tu la antara faktor utama.
Lagi2 kalau kena waktu puncak time orang ramai mengadap eBay, lagi la ramai bidder.
Timing mesti betul.
bersambung....