Aku nak bantu sikit kat si Mansur, usaha anda mengerjakan thread ini adalah sesuatu yang terpuji.
Nak tolong perkemaskan sikit definisi DROPSHIPPER.
Dropshipper : Dropshipper adalah entiti komersial yang menawarkan perkhidmatan menjual barangan pada harga borong, dalam kuantiti runcit. Dropshipper juga akan mengepos barangan tersebut langsung kepada pembeli. Ini membolehkan anda bertindak sebagai orang tengah. Anda iklankan barangan tersebut, kutip bayaran dari pembeli yang berminat dan serahkan sebahagian dari wang tersebut kepada dropshipper (untung anda simpan, bayar dropshipper harga borong) bersama-sama dengan alamat pelanggan anda.