BTC USD 83,834.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diari Mansur Usahawan eBay Berhingus

aku ni bru je mula..nk tanye skit..ko slalu skali list berape byk??
 
sorry geng sebab bbrapa hari tak update. aku tgh buat beberapa eksperimen utk dapatkan ranking tinggi dalam hasil carian eBay.

kenapa? penting sangat ke?

ranking tinggi = more visibility = more sales = more profits :)

kalau pemasaran internet byk kaji SEO (Search Engine Optimization), tetapi eBay lebih kepada Best Match item utk dapat ranking tinggi.

Sebelum ni aku byk bergantung kpd 3 perkara utk ranking tinggi:

1) Keyword Dalam Title
2) List Auction
3) Pada waktu puncak

So far, aku dah paham teori 50% ke 75% camner Best Match berfungsi. Selebihnya bergantung kpd praktikal, kena test betul2. Nanti aku ceritakan penemuan yang aku dapat.

Rujuk gambar ni utk penjelasan kenapa la aku sibuk sangat nak pahamkan benda alah ni :p



Semalam aku buat test, tanpa gunakan auction, tetapi gunakan Fixed Price dan aku dpt ranking tinggi utk item sasaran sebaik sahaja aku post item.

Sales berlaku beberapa jam kemudian. Dan bestnya, aku tak perlu post item pada waktu puncak, tetapi anytime boleh post dan item aku dpt 1st page ranking setiap masa.

So, ari ni nak sambung next story, part 1 -- eBay Store ;)

Ha aku nak tau gak yg part ni.. share la :)cgrock
 
tlg2..aku byk kene blajar...slalu ko letak berapa lama bid???
 
tlg2..aku byk kene blajar...slalu ko letak berapa lama bid???

depend, kalau nak test market, aku bantai sampai 7 days, selalunya 3 days utk hot-selling, dan 1 day kalau item tu super-hot.

ko kena test bro setiap item tu boleh jual tak. dah konfiden baru bole pendekkan auction day...:D
 
Diari #4: Perlukah eBay Store?

----------------------------------------
Selepas beberapa siri jualan dan buat untung daripada eBay, akhirnya aku berfikir kejap - perlukah aku buka store?

Jadi, aku pun buatlah beberapa kajian tentang kepentingan store di eBay. Ditambah pula ada kalanya aku menerima emel daripada member ebay lain bertanyakan bagaimanakah caranya untuk mereka mendapatan item aku tanpa perlu bid.

Selepas mencongak budget lebih kurang, akhirnya aku pun meng klik butang "Subscribe" eBay store, pakej Basic berharga USD15.95 setiap bulan. eh, kenapa aku buka store US?

Refer => http://pages.ebay.com/help/sell/storefees.html

sebab aku tak tahu plak sebenarnya kita sebagai Malaysian, bole buka store basic dengan harga yg jauh lagi murah.

Refer => http://pages.ebay.com.my/help/sell/storefees.html

tapi takpelah, aku teruskan. Mungkin Store US ni advantage utk target US Customer, kot? (siapa pakar sini boleh jawabkan?)

Bila ada store, kita bole create listing serendah $0.03 aje sebulan bagi setiap item. cuma tak best maybe FVF dia cecah 12% bila item tu sold. So, kat sini aku banyak markup kat Shipping... ngeh ngeh

Untuk pertama kali buka store, item aku tak banyak... tak sampai 10 pun. Dan matlamat pertama aku buka store ni maybe pelik sikit... meh aku story

------------

sebenarnya buat masa ni aku tak harapkan sales dari store. aku lebih fokus kpd auction sebab seronok lihat orang bid kat item kita sampai harga melambung-lambung tinggi.

kalau store tak boleh lawan2 bid. harga dah fixed.

so, aku list item kat store dan bantai letak harga tinggi tak masuk akal. Kenapa la aku buat camtuh?

sebabnya aku nak sampaikan mesej kepada bidder - "baik korang beli item yg aku tgh lelong ni, murah siot... kalau ko beli harga normal kat store aku, harga dia mahu 3 ke 10 kali ganda! Aku nak tolak murah-murah ni... Baik korang bid sekarang!!!"

Adakah mesej tersebut sampai? Aku pun tak pasti...

tetapi so far bila aku buat auction, selalunya item aku dapat bid tinggi. kekadang boleh la aku katakan sekeping mousepad boleh cecah sampai $25!

(sekali lagi aku katakan, tiada design Louis Vuitton dlm list aku...)

selama aku buat perangai camnih, ada juga sorang buyer tu beli item aku kat store. ahh.. syukur!

Jadi, camner aku nak sampaikan mesej yang aku jual item yg tengah lelong jauh lebih murah daripada harga normal kat store?

Jawapannya, kita buat link ke store dan tempek kat sales letter/web page lelong kita tu... kalau korang nak letak banyak kali link tu pun takpe, lagi bagus. mana tau ada rezeki ada la buyer beli kt store.

nak buat link ni ada byk cara, paling asas adalah gunakan URL yg ebay bagi utk store kita, cth:

Code:
http://stores.shop.ebay.com/NamaStoreAku
atau korang boleh link terus ke spesifik kategori dalam store. contoh, kalau korang ada banyak kategori seperti Cartoon, Computer, Car, Music Band etc... boleh link terus ke kategori tersebut. Caranya korang masuk sendiri dalam store, pilih kategori yang korang nak, lepas tu copy URL kat browser tu.

Ni contoh la...

Code:
http://stores.shop.ebay.com/Arts-Not-Dead_Mouse-Pads_W0QQ_fsubZ1155658018QQ_sidZ55193568QQ_trksidZp4634Q2ec0Q2em322
Mamat ni antara powerseller terhebat mousepad, store dia ada beberapa kategori. katakan nak pelawat lawat kategori "mousepad" aje, so bagi dia link tu.

atau, cara lain. korang masuk sendiri store korang, dan buat search sendiri ikut topik tertentu. Macam biasa, copy je URL yg keluar kat browser.

Contohnya, nak link ke topik "Barrack Obama", sesuai untuk korang list seme item berkaitan topik tersebut tak kira la item tu mousepad, key chain, t-shirt, penanda buku dsb.

Code:
http://stores.shop.ebay.com/InnerCityGoods__barack-obama_W0QQ_nkwZbarackQ20obamaQ20QQ_cqrZtrueQQ_nkwuscZbarrackQQ_nkwuscZobamaQQ_sidZ228906518?_rdc=1

Link ke store WAJIB korang tempek kat sales letter. jangan bazirkan trafik pelawat yg baca sales letter korang, perah sebaik mungkin. ulang link banyak kali pun takpe. korang bayar utk listing tu, bukan free.

Korang boleh tengok page auction org lain dan dapatkan idea camner diorang link ke store

227200963825pm.jpg


227200963719pm.jpg


227200963756pm.jpg


---------------------------
Store Referral Credit


eBay bagi reward kpd korang kalau korang tarik trafik masuk store korang dan pelawat tadi beli. Kira macam komisen la... eBay bagi diskaun sampai 75% utk FVF kalau ramai orang beli item drp store korang sendiri.

Baik hatikan ebay ni? mana tak baiknya mak jah oii... kalau dah FVF drp store ni 12%!

Camner nak pastikan korang dpt diskaun ni?

Jangan lupa letak variable ni kat hujung URL link store korang:

selalunya letak "?refid=store" kat hujung URL,

atau "&refid=store" kalau dlm URL tu dah ada simbol "?" digunakan. Dalam URL hanya boleh ada "?" sekali sahaja... info tambahan kalau korang tak paham teknikal.

Refer => http://pages.ebay.com/storefronts/referral-credit-faq.html

OK tu aje penemuan aku setakat ini selepas bermain dengan store. Aku tak optimakan penggunaan store sbb sibuk fokus kat auction. Lain masa aku akan maksimumkan penggunaannya dan aku share dengan korang...

ni order aku setakat ini kat AN, boleh la cari makan lepas sebulan lebih berjinak2 dengan eBay... bestnya kali ini aku dah tak perlu risau pasal caj $4 Handling Fees drp AN sbb seme order dah boleh lepas $15... yahuuu... kena maintain ni... duh

227200964743pm.jpg


Next story -- start serang market eBay
 
oooo..aku bru list 5..aku bantai 3 day semuanya..hahhaha...tq sifu
 
apa jadahnya yang kau jual sampai $98 tu?

pelik, adeh. sakit jantung.
 
Back
Top
Log in Register