BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Diari kehidupan

razlann

Freshie
Messages
9
Joined
Jul 26, 2015
Messages
9
Reaction score
0
Points
3
Salam untuk semua warga carigold

Di sini aku cuma ingin berkongsi kisah hidup.kisah yg tak pernah aku ceritakan pada siapa2.Kerana ini bkn cerita untuk dibanggakan.Bagaimana sehingga hari ini aku masih belum bertemu jodoh walau dah ramai wanita yang pernah menjadi kekasih dan menyerahkan diri.Sungguh,tak pernah aku memulakan.Apalagi memujuk merayu dan meminta.aku sebenarnya seorang yg sgt pemalu.Lebih2 lagi dgn insan bergelar wanita..Namun aku seringkali diuji.Dan setiap kali itulah aku tewas.Tewas dgn godaan wanita...

Pengenalan
Nama aku Lann. Tak sekacak mana.rupa melayu biasa2.Menjengah ke usia 30an membuat aku berkeinginan utk punya kehidupan seperti org lain.Sementelah rakan2 seusia sudah pon memiliki keluarga sendiri tapi aku masih tercari cari.Kadang terfikir wanita bagaimanakah yg layak utk aku jadikan isteri?Masih adakah wanita suci di luar sana yg mahu aku menjadi suami?

Tidak seperti Lann Todak,aku bukanlah lelaki nakal.Aku tak kenal rokok,ganja atau arak sehingga hari ini.Waktu remaja aku sering terisi dgn perkara2 baik.Agak terpelajar dan selalu mengambil bahagian dlm program2 keagamaan

Cinta Pertama
Waktu di tingkatan 4,ada yg menaruh hati dgn aku.Salam perkenalan dihulur dari gadis satu tingkatan yg aku namakan N.Berkulit cerah,sedikit berisi tapi tidaklah gemuk.Lumrah dunia remaja,perasaan teruja dan ingin mencuba.Maklumlah,ramai rakan lain juga punya teman istimewa.Hubungan yg pada awalnya berlangsung tulus mula dicemari dosa.Bermula dgn perbualan berahi akhirnya kami semakin berani
Dan terjadilah perkara yg tak sepatutnya.Aku berjanji utk bertanggungjawb.Malangnya,tamat tingkatan 5 kami bergaduh dan mengambil keputusan utk berpisah.Sukar utk aku bayangkan perasaan pada waktu itu.Rasa bersalah dan berdosa.Aku berjanji takkan ulang lagi kesilapan dulu.Tutup buku lama dan mulakan hidup baru.

Kuala Lumpur
Aku kemudiannya mencuba nasib di ibu kota.Lantaran keputusan spm aku yg tak seberapa.Kata org kota ini menjanjikan syurga bagi mereka yg mahu berusaha.Setelah puas ke sana sini,aku diterima bekerja di sebuah syarikat kecil sebagai jurujual.Aku ditugaskan bersama seorg gadis cina bernama Y berasal dari Sabah.berkulit putih dan mempunyai potongan badan yg seksi.Selesa dgn skirt,seluar ketat dan baju sendat.Sebagai lelaki normal,kerapkali anak mata aku melirik ke tubuhnya.Itu saja lah yg mampu aku lakukan.

Sebagai rakan sekerja,kami kerap keluar makan bersama.Mgkn juga kerana sifatku yg ringan tulang,selalu membantu Y bila diperlukan,kami semakin rapat.Sehinggalah pada suatu hari aku menerima sekeping kad, pada waktu di mana kad dan surat masih lagi menjadi medium penting bagi meluah perasaan.Mgkn hari ini wechat dan whatsapp lebih relevan. Kad di atas meja kerja aku buka.Ternyata dari Y.

Y meluahkan yg dia tertarik dgn aku.Lebih mengejutkan Y menulis yg dia selalu membayangkan aku dan dia bersama.Berdebar dada membaca bait ayat tersebut.imaginasi nakal mula muncul.Diakhir tulisan Y bertanya sama ada aku mahu jadi kekasihnya.Mana mgkn aku mampu menolak.

Berbekalkan sedikit keberanian dan hasutan syaitan,aku bertemu Y.Menerima lamaran Y.Kami kemudiannya menjadi kekasih tetapi merahsiakan dari teman2 lain.Sebagai kekasih,tentulah byk menghabiskan masa bersama.Bangga berpegangan tangan di khalayak.Manakan tidak bila lelaki mcm aku berpacaran dgn amoi mcm Y.mesti ramai yg cemburu.
Walau bergelar kekasih, tidak pernah sekali pon aku cuba mengambil kesempatan.Aku melayannya dgn baik.Aku abaikan apa yg pernah Y tulis.Aku abaikan imaginasi2 nakal.Tetapi satu hari ketika aku dan Y menghabiskan cuti hujung minggu,Y mencadangkan utk bermalam di hotel.Katanya inilah waktu untuk kami lebih mengenali dan dia ingin memberi aku 'hadiah'.


Bersambung

Ok..rasanya aku tak patut teruskan cerita ni.aku sendiri tak pernah sangka aku akn lalui semua ni.ringkasnya sepanjang 10 tahun aku dah bersama dgn 7 org perempuan.gadis kolej,gadis bertudung litup,janda muda,milf..paling singkat 6 bln,paling lama 2 tahun.kepada yg tak percaya.tahniah!kerana terbukti anda masih suci utk semua ini.tapi kepada yg biasa dgn kuala lumpur,cerita ni bkn apa2.byk yg lebih dasyat lagi.Apa yg tak ada di KL ni?gangbang party?swinger?semuanya ada kalau dicari.Bezanya aku tak mencari.tapi datang sendiri..semoga hari2 esok masih ada sesuatu yg baik utk aku.terima kasih semua.
 
Last edited:
Baek... teruskan. Saye sedia mendengarnye :):)
 
teruskan wahai jejaka pemalu
 
biasa klo dh main mmg tak bjodoh
 
terfikir jugak hensem sangat ke tt nih.setaraf Tom Cruise kot.
 
IpTHX.gif
 
ni nk tulis novel bersiri ke ape ni???
 
Back
Top
Log in Register