BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diantara Karomah Para Wali.

salam
Pandangan saya yang dangkal ini, koramah adalah anugerah ALLAH kpd manusia selepas nabi/rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad saw.Bermaksud kita pun bole dapt koramah tersebut kalau kita lupakan hal hal dunia yang tak berfaedah antaranya berbual bual kosong, menonton TV yang tak berfaedah lansung, mencari wang yang tak halal sebaliknya buat la amal yang baik dan konsisiten tanpa meninggalkan sembahyang walau satu waktu pun.
Banyakkan amal seperti bersembahyang dan puasa sunat, membaca AlQuraan dan berzikir. dll . Segala amal kita adalah kerana ALLAH semata mata. Depan mata saya kawan yang saya sanjung budi pekerti dia amalan dia cara hidup dia sekeluarga yang amat sederhana telah terjadi satu perkara yang juga menakjubkan juga.ha ha ha tak perlulah saya kata apa tpi sememangnya bukan magic dan tak ada magic pun yg dia guna bagi saya itulah koramah yang dia dapat.
Dia seornag Jutawan dan berkahwin dengan anak jutawan tapi tidak sekali dia dan isteri meninggi diri.Bamyak korban syariaat yang dia buat antaranya memberi rumah tempat tinggal kpd keluarga mualaf, membantu pesakit kronik tanapa mengambil bayaran se sen pun kecuali rokok kretek ke keke. Pernah selepas mengubat seorang pesakit lepas tu ayah dan abang pesakit meletakkan 2 ikatan duit RM 50 setinggi 1 kaki tapi tak di ambilnya. Saya yang melihat duit tu pun dah terbeliak mata saya. Ada satu kes selepas mengubat seorang anak gadis terkena buatan orang ayah pesakit telah meletak sekeping cek yg telah di tanda tangan dan di suruh tulis sendiri jumlah yang hendak beri dpd keluarga pesakit tpi kawan saya menolak dgn baik akhirnya setelah berbincang sejumalah wang telah diberi ke rumah anak yatim oleh ayah pesakit ter sebut.
banyak lagi perkara yang berlaku selama 3 tahun saya mengenali kawan saya ni bole buat cerita macam Tamar Jalis tpi kawan saya tak beri green light lagi.
Mungkin bukan koramah mungkin sedikit kelebihan saja yang ALLAH beriakn kepada kawan saya ni tapi dalam setiap perbualan kami beliau hanya menggunakan AlQuran berserta Hadis Nabi saja,sebagai pedoman dan petunjuk. Amalan yang selalu beliau buat adalah membaca AlQuraan berzikir dan membaca Hadis dan beliau rajin bersedekah serta membantu orang yg dalam kesusahan.salam
Semua adalah pandangan Saya saja.
Salam

Wak man
 
Sahabat nabi ada karamah jugak ke..

ANTARA KARAMAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW.

Dari Abu Saeed Al-Khudri, beliau berkata : “Pada suatu malam ketika Usaid ibnu Khudhair sedang membaca Al Qur’an di pekarangan rumahnya, tiba-tiba kudanya melonjak-lonjak, sampai ia menghentikan bacaannya. Kemudian ketika ia melanjutkan bacaannya lagi, anehnya, kudanya melonjak-lonjak lagi, sampai ia menghentikan bacaannya. Kata Usaid: “Maka aku takut kalau kudaku menginjak Yahya, putraku. Ketika aku berdiri, tiba-tiba aku lihat di atas kepalaku ada naungan cahaya dan ia membumbung ke atas lambat-lambat sampai menghilang dari pandanganku.

Naungan cahaya itu adalah malaikat.
 
Sahabat nabi ada karamah jugak ke..

Sayidina Umar pernah menulis surat kpd sungai Nil semasa musim kemarau. Di antara isi kandungan surat itu ialah memerintahkan sungai nil mengalirkan iar seperti biasa dengan izin allah. Lalu sungai nil pun mengalirlah spt biasa.
 
Sehebat-hebat karamah sahabat Nabi ialah Nabi itu sendiri. Haaa, boleh tengok dengan mata kepala kita. Boleh juga tgk mukjizat Nabi. subhanallah.
 
diorg ni dapat satu ilmu pegang sungguh..tak mcm org zaman la ni..
 
Back
Top
Log in Register