BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diantara berTUNANG ngan Bernikah

kalau rasa duk neraka tu best...buat la.. :))

hehe ye la
mana sempat nk thn tunang 6 bulan
bnyk ujian tunang ni
itu pun slaah satu ujian menahan napsu tu
 
penah baca kat paper..
satu pasangan kena tangkap sebab berdua-duaan dalam bilik hotel..
alasan: nak bincang pasal NAK BERTUNANG..
 
Benda ni dh lama berlarutan..ada dimana2 je..klu ditnya "aku dh bertunang la,apa nk kesah "....tu je biasa ayat yg kuar...seolah2 TUNANG tu dah mcm tiket halal bg dia...
ntahlah, msg2 dah bsar pjg. dah ada akal. dah nk jd mak org bapak org dah..so fikir2 lah dlm2. kta xblh sibuk jg tepi kain org, tp kta juga xblh tegur2 hal dlm kain org sesuka ht, silap2 kang dpt penampar sulung sedas dua kang nyesal xsudah..so kta hny blh nasihatkan shj. jgn cmpur tgn urusan rmh tgga org lain! aslkn prtunangannya mbwa shgga ke jinjang pelamin, alhamdulillah...kta tumpang gmbira. the rest...leave it to the God to decide.
 
aku bertunang 20hari je..pastu terus nikah..tu pun saje gedik nak bertunang sebab nak cincin n nak merasa jadi tunang orangg..
 
Menjadi Tunang orang tanpa kita sedar..

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

-wallahu a'lam-
sekadar berkongsi
 
penah baca kat paper..
satu pasangan kena tangkap sebab berdua-duaan dalam bilik hotel..
alasan: nak bincang pasal NAK BERTUNANG..

hhahaa..tu bkn bincang psl nk bertunang...tu bincang psl nk buat anak ramai2
 
tunang ni adat. kadang2 org bertunang ni pressure, sbb diberi tempoh 6 bulan. setahun, 2 tahun untuk kumpul duit utk langsungkan perkahwinan. kalau dah cukup duit tu, xyah membazir bertunang, bernikah je terus. kalau nak ikut adat sgt, buat la seminggu awal ke, 3 hari awal ke sebelum bernikah tu. jimat duit kenduri ngan hantaran wooooo.
 
tunang ni adat. kadang2 org bertunang ni pressure, sbb diberi tempoh 6 bulan. setahun, 2 tahun untuk kumpul duit utk langsungkan perkahwinan. kalau dah cukup duit tu, xyah membazir bertunang, bernikah je terus. kalau nak ikut adat sgt, buat la seminggu awal ke, 3 hari awal ke sebelum bernikah tu. jimat duit kenduri ngan hantaran wooooo.

sapa kata tunang ni adat? sunnah tu...nabi pun bertunang dulu ngan aisyah

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
 
sapa kata tunang ni adat? sunnah tu...nabi pun bertunang dulu ngan aisyah

Nabi pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].

haih..maaf la pakcik, komen saya td pendek kot. pakcik, tadi saya merujuk pada adat (org kita). org kita skarang bertunang,bernikah semua dah x bersederhana, nak bermegah2. sampai pengantin lelaki pressure kena kumpul duit banyak2. #:-S
time bertunang tu sendiri dah telan belanja banyak, baik pihak perempuan dan lelaki.#:-S
 
Back
Top
Log in Register