BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dialog Peradaban Agama

BERMULANYA PELAYANAN DI LUAR


Semenjak 1973 hingga Februari 1978,saya memberi kesaksian saya hanya di atas meja saya sahaja,dengan membalas surat-surat yang menyoalkan tentang keKristianan.Saya menerbitkan jawapan untuk surat-surat ini sebagai dokumentari kebenaran.

Tetapi di dalam bulan Februari 1978 saya berdoa:"Oh Tuhan, tolong berikan pergerakkan-Mu dalam bidang yang baru, kerana bidang saya ini yang cuma berbincang melalui surat seperti sudah hampir kegersangan."Berdoa untuk ini,saya seterusnya mendapat jawapan di dalam hati saya bahawa keesokan harinya saya harus keluar daripada rumah saya,dan daripada sana saya akan mencari bidang baru.

Pada awal pagi keesokan harinya, saya keluar daripada rumah saya tanpa mengetahui jalan mana yang harus saya pergi.Apabila saya telah sampai ke jalan utama,saya berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan arahan jalan mana yang patut saya pergi. Jiwa saya memberitahu saya bahawa saya harus pergi ke utara.Oleh kerana saya tidak tahu arah sebenarnya, saya cuma berjalan keluar. Saya tidak mengambil mana-mana kereta, mobil ataupun bas. Apabila saya sampai di depan pejabat Institut Al-Kitab di Indonesia, Tuhan telah memberitahu saya agar saya masuk ke pejabat itu. Saya merasa ragu-ragu kerana saya tidak kenal sesiapapun.Di sana terdapat Rev.B.Probowinito, tetapi dia telah berpindah ke Salatiga. Saat ini jika saya masuk ke pejabat itu, dengan siapa saya harus bercakap, dan apa yang patut saya katakan? Tetapi jiwa saya mendesak saya supaya saya masuk ke dalam pejabat itu, lalu saya masuk ke dalam pejabat itu.

Salah daripada seorang kawan telah melihat saya masuk ke pejabat itu dan mengenali saya, dan tiba-tiba dia memanggil saya:"En.Ambrie, Puji Tuhan, petunjuk apa! Setiap orang ingin berjumpa dengan kamu." Dengan segera kami membuka perbualan kami. Kemudian saya berjumpa dengan Rev.M.K.Tjakraatmadja,yang telah mendengar tentang saya dan ingin berjumpa dengan saya. Saya telah diberkati dengan pertukaran ini. Mereka ingin menyokong kerja-kerja penulisan saya.

Saya kagum jika ini adalah cara/bidang baru tetapi mengambil keputusan bahawa ini adalah bukan. Saya mahu pulang ke rumah tetapi jiwa saya mendesak saya supaya meneruskan perjalanan saya ke utara.Saya berjalan sehingga saya berdiri di depan pejabat Kramat V. Jiwa saya memberitahu agar saya masuk dan berjumpa dengan Rev.Dr.Ais M.O.Pormes.Saya kagum bagaimana mungkin saya boleh bercakap dengan Rev.Pormes,sedangkan saya tidak kenal dia dengan baik dan kami bukannya kepunyaan organisasinya. Kami pernah bertemu sebelum ini,tetapi sudah tiga tahun yang lepas. Tetapi Roh Kudus telah membisik dihati saya,saya terus masuk ke dalam Kramat V.Sebelum saya masuk ke pejabat itu, saya masih lagi keraguan.Sebelum ini,Rumah ini penuh dengan hamba Tuhan,tetapi sekarang agak senyap.Barangkali Rev.Pormes sudah pindah.Bagaimana pun Rev.Pormes telah melihat saya,dia datang ke depan pintu untuk menjemput saya,dan berkata:"Wahai En.Ambrie! Sememangnya semenjak kelmarin lagi,saya banyak berfikir tentang kamu dan ingin berjumpa dengan kamu di sana kerana saya ada sesuatu untuk berbincang dengan kamu.Saya mengharapkan kamu-barangkali kita boleh bekerjasama dengan satu sama lain."Saya hampir terkejut. Bagaimana boleh Rev.Pormes mengingati saya?Kami tidak pernah berkenalan secara mendalam sebelum ini.Tetapi saya teringat doa saya pada hari yang lepas.Mungkin Roh Tuhan yang memimpin diri saya untuk masuk ke bidang baru di sini.

Dalam perbualan itu terdapat beberapa perkara yang menyegarkan hati saya dan perasaan saya.Rev.Ais Pormes mengharap saya agar saya bekerja bersama dengannya di dalam melayani Tuhan. Juga dia mengambil berat tentang kesihatan saya yang mana pada waktu itu tidak beberapa baik.

Akhirnya Rev.Pormes memberitahu saya untuk mengambil suratnya yang datang daripada M.K.Sinaga, pengarah BumiAsih di Jalan 4, Solo.Saya melihat surat itu dan memegangnya. Dari rumah K.M.Sinaga, saya memohon untuk pergi ke Hotel Indonesia pada hari Jumaat,dan dia berkata bahawa beberapa guru di sana mahu berjumpa dan mengenali saya.

Pada pagi Jumaat,24 Feb 1978,saya pergi ke Hotel Indonesia, untuk perjumpaan kumpulan berdoa oleh ahli-ahli perniagaan Kristian di Jakarta,yang dikenali dengan nama "C.B.M.C"

Saya seolah olah telah diperkenalkan kepada mereka dan mereka telah mengetahui nama saya sebelum ini dan mereka ingin berjumpa dengan saya secara peribadi pada hari itu.Bermula dari hari itu saya telah dijemput untuk berkhidmat dalam beberapa perjumpaan di rumah yang mana telah mendorong saya untuk bekerjasama dengan pelayanan gereja.Saya telah memberikan kesaksian saya pada semua gereja di sekitar Jakarta dan Bandung.Sehingga sekarang saya juga membuat pelayanan di luar Jakarta juga, melawat selatan Kalimantan, (Banjarmasin,Amuntai), dan Kalimantan tengah, (Palangkaraya), Jawa Timur,(Surabaya dan Malang), Bandung dan lain-lain lagi.

Ini merupakan jalan dan bidang baru bagi saya.Saya meneruskan pelayanan saya dengan penuh kepercayaan, mengkhabarkan utusan Kitab Suci Injil Al-Masih melalui pelbagai macam perjumpaan dan kesaksian yang berlainan.

Walaupun sekarang saya telah mendapat bidang baru dalam bentuk pelayanan di luar dari rumah saya,perbincangan melalui perutusan,tidak pernah berhenti bahkan semakin bertambah.Puji Tuhan!Semua surat itu telah memberkati saya dan saya telah dapat menjawab pelbagai jenis pertanyaan dengan jayanya!

TUHAN MEMPERLUASKAN PELAYANAN SAYA

Pada 13 Mei 1979,dengan jemputan para penulis,saya telah diminta untuk menyampaikan ceramah di Masjid Darussalam, Jln Batanghari,Jakarta,Di hadapan perkumpulan pemuda-pemuda Muslim yang mana telah terlibat dengan Lembaga Pengajian Islam Al-Furqan.Tajuk perbincangan ialah :"'Isa Al-Masih adalah daripada Tuhan".Ketua perdebatan itu ialah Drs.Abunyamin Roham dan Sany Ardi.Para hadirin yang menghadiri perbincangan itu adalah sekitar 100 orang,yang terdiri daripada pelajar dan juga guru-guru Islam.Hanya saya sendirian yang datang untuk memberikan jawapannya.Perbincangan ini berakhir dengan keadaan yang baik.Perbincangan persahabatan ini diakhiri dengan berjabat salam.

Pada 22 Julai 1979,ceramah ini disambung di antara saya dengan beberapa pemimpim Islam daripada majlis Ulama' (Muslem Theologian Counsil).Tajuk perbincangan ialah "Kekuasaan Tuhan-satu dalam Triniti?".Terdapat 10 orang yang menyertai perdebatan itu, di antaranya daripada mereka ialah Professor Dr.H.M.Rasyidi, Drs.Bunyamin Rohan, Dr.Tagor dan Dr.Asmuni. Pengacaranya ialah Dr.Marmansyah Rahman. Pelawatnya adalah dalam sekitar 150 orang yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan guru-guru Islam,dan juga orang bijak pandai.

Dua bulan selepas 15 Ogos, saya telah pergi melawat beberapa tempat di luar kawasan Jakarta di Barat dan juga Timur Jawa.Pada 1 September, saya telah berpeluang memimpin pelayanan Injili dan Kitabiah dan juga telah melawat Menado,Unjung Pandang, Tanah Toraja, Palopo, Balikpapan, Banjarmasin dan juga Kapuas, sambil memberikan kesaksian saya.


PENUTUP

Penyelamatan adalah amat penting untuk setiap orang. Penyelamatan untuk diri sendiri, penyelamatan untuk keluarga, keselamatan harta benda dan berbagai jenis keselamatan yang lain.Semuanya ini telah menjadi sasaran utama di dalam kesejahteraan kehidupan.

Seseorang yang beragama, penyelamatan adalah tidak terhad kepada kehidupan duniawi sahaja,ia termasuklah keselamatan Rohnya daripada pengaruh dosa kepada kebebasan.Penyelamatan Rohnya ada berhubungkait rapat dengan hakikat kasih-sayang, yang mana merupakan asas kehidupan Syurgawi.

Katakan Adam dan Hawa tidak terjerumus ke dalam lembah dosa, manusia masih lagi mempunyai kehidupan yang kekal. Tetapi oleh kerana akibat-akibat dosa yang menyusul dari Adam dan Hawa,yang telah melanggar larangan Tuhan.Manusia Adam dan Hawa telah tersisih daripada peluang mereka untuk kehidupan kekal dan terjerumus ke dalam lembah terpisah dari kesejahteraan ilahi. Ajal terakhir bagi keadaan ini adalah kematian dan maut

'Isa Al-Masih pernah bersabda :

"Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu hidup yang berkelimpahan."(Yahya 10:10)

"Ajarlah mereka mentaati apa yang sudah Aku perintahkan.Ingat, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga ke akhir zaman.(Mat 28:20)


Malaikat memberitahu pengikut Al-Masih 'Isa:

"Hai orang Galilea,mengapa kamu berdiri menengadah ke langgit?Al-Masih 'Isa yang kamu lihat terangkat ke Syurga,akan kembali lagi dengan cara yang sama seperti yang kamu lihat tadi."(Kis 1:11)

Dalam satu perkara Al-Masih 'Isa sendiri berkata:

"Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar."(Luk 21:27)
 
Kedatangan kedua 'Isa Al-Masih bukan sahaja diberitahu di dalam Al-Kitab, malah kebenaran ini disokong dan dipercayai juga oleh para Muslim sebagaimana yang kita baca di dalam Hadith Sahih Muslim,di dalam rujukan 127, terdapat kenyataan tentang kedatangan Al-Masih 'Isa sebagai Hakim yang adil dan benar.

Terdapat 4 janji yang akan menyusul kepada anak-anak Tuhan:

1. Kehidupan kekal di Syurga dan kehidupan yang lebih mulia daripada Adam dan Hawa yang merupakan ciptaan asalNya.Dalam usaha untuk mendapatkan kehidupan yang kekal dan keselamatan di Syurga,manusia mesti percaya kepada 'Isa Al-Masih dan menjadi pengikut yang taat serta dibaptiskan.
2. Kehidupan sepenuhnya,Roh,fizikal seperti keperluan material,diperolehi dalam bentuk anugerah kerahmatan dari Syurga.
3. Pengikut Al-Masih 'Isa tidak akan kekurangan sesuatupun tetapi akan sentiasa digenapi dengan berkelimpahan.
4. Roh Allah atau Roh Kudus akan sentiasa berkekalan dalam setiap orang yang mengaku Kristus,dan menjadi pengikut setiaNya,selama-lamanya sehingga ke Hari Kiamat.

Dengan sebab inilah menbenarkan saya untuk memberikan pilihan kepada Anda, Para pembaca yang dikasihi:

Buatlah keputusan anda sekarang!Ambil keputusan untuk menerima janjiNya dan bersedia untuk diselamatkan. Terimalah Rohul-Kudus 'Isa Al-Masih di dalam hati anda secara iman, jadilah kehidupan baru, anda akan sentiasa terjamin dan damai sejahtera di dalamNya. Jadi kita boleh hidup bersama-sama dengan Tuhan untuk selama-lamanya.

Jangan lepaskan peluang ini.Jangan tunggu sehingga esok.Lakukan apa yang patut anda lakukan hari ini.Esok mungkin sudah terlewat.Pintu bertaubat mungkin akan ditutup dan anda akan hidup dalam penyesalan dan menanggung penderitaan untuk selama-lamanya.Datang dengan hati yang benar,dan terimalah 'Isa Al-Masih sebagai Rabbi anda dan Penyelamat peribadi anda supaya anda boleh memasuki pintu keselamatan di Syurga untuk selama-lamanya.


INI LAGI GOLONGAN YANG BAKAL MASUK NERAKA........
 
seperti biasa beginilah jawaban yang akan diterima.... biasalah...

dia ni siapa pulak....

BEKAS IMAM HAMRAN AMBRIE

Pada waktu dahulu saya merupakan seorang yang amat aktif dalam Islam,juga merupakan salah seorang daripada Pengerakkan Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada tahun 1947,saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim Kalimantan di Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51 saya menjadi Imam Muslim bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan yang tinggi.Rencana saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam seperti Mingguan Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di Jakarta dan Mingguan Anti-komunis di Bandung.Saya telah bekerjasama dengan Gerakkan Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh (Barito) dan sehingga tahun 1962 bersimpati dengan kumpulan yang merancang untuk membina undang-undang Islam di seluruh Indonesia,yang mana secara tidak lansung adalah bertentangan dengan pendirian Kristian.

Sebenarnya saya telah memiliki Kitab Suci Injil sendiri semenjak tahun 1936.walau bagaimanapun,saya tidak membaca dan mencari kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang boleh membantu saya untuk berdiri teguh sebagai seorang Muslim yang mempunyai sikap anti-Kristian,dan bersedia untuk menyerang keimanan orang Kristian secara lebih berkesan.

Saya juga mnengutuk 'Isa Al-Masih sehingga saya berumur 40 tahun,menolak terus yang mengatakan Dia adalah daripada Tuhan.Saya sengaja mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi kasih Tuhan sungguh hebat,Dia berusaha,mencari dan menyelamatkan saya.

Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang berbunyi:

“Katakanlah,wahai orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”

Saya sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi akhirnya Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang ‘Taurat dan Injil’ yang mana tertulis di dalam Al-Quran adalah sama Taurat dan Injil yang terdapat di dalam Kitab Suci Injil sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan Injil yang terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini adalah ringkasan di dalam Al-Quran .Saya merasa yakin bahawa Taurat dan Injil,yang terdapat dalam Kitab Suci Injil sekarang adalah palsu,dan kandungan yang sebenar telah disalah-atur dan dilupakan serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun,jiwa saya memberitahu saya bahawa Taurat/Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah benar.Fikiran saya tidak percaya apa yang dikatakan oleh hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan dengan jiwa saya dan perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu terhadap apa yang betul sebenarnya.

Untuk membuatkan jiwa saya merasa aman,saya menyerahkan masalah saya ini dengan melakukan sembahyang tahjud,yang mana sembahyang ini adalah untuk meminta pertolongan daripada Tuhan agar Dia memberi petunjuk yang pasti kepada kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya untuk memilih yang mana satu daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah doa saya:

“Oh Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan orang Islam, Kristian,Budha, Tuhan bulan dan bintang,lembah dan gunung;Tuhan semesta alam,tolong tunjukkan aku kebenaran tentang apa yang tertulis di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan Taurat dan Injil.Adakah ini membawa makna bahawa Taurat dan Injil yang sebenar sudah lenyap yang terdapat ringkasan dalam Al-Quran ?Jika ini adalah benar,aku merayu kepadaMu untuk kuatkan hatiku bahawa aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil .Tetapi jika “kebenaran di dalam Taurat dan Injil” yang tertulis di dalam Al-Quran ,bermakna kebenaran harus dicari di dalam Kitab Suci Injil sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka pintu hatiku semoga aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar Kitab Suci Injil secara jujur.”

kalau kau tanya dia nie siapa, dia ini adalah seorang hamba Allah yang telah murtad. Jadi kesimpulan dia apa kat sini? dari cerita yg kau paste panjang2 niee?
 
kalau kau tanya dia nie siapa, dia ini adalah seorang hamba Allah yang telah murtad. Jadi kesimpulan dia apa kat sini? dari cerita yg kau paste panjang2 niee?

Itulah masalahnya masuk agama dipanggil HIDAYAH keluar agama dipangil MURTAD.... dalam agama lain tiada benda begini (sebabnya manusia tidak layak untuk menghukum seseorang yang telah bertukar agama dan kembali semula ke agama yang asal atau bertukar semula ke agama yang lain)

Perbincangan/Perdebatan ini tidak akan ada hujungnya.... sehinggalah berlakunya pertumpahan darah..... jihad.... jihad.... tak ape masi boleh masuk syurga
 
Itulah masalahnya masuk agama dipanggil HIDAYAH keluar agama dipangil MURTAD.... dalam agama lain tiada benda begini (sebabnya manusia tidak layak untuk menghukum seseorang yang telah bertukar agama dan kembali semula ke agama yang asal atau bertukar semula ke agama yang lain)

Perbincangan/Perdebatan ini tidak akan ada hujungnya.... sehinggalah berlakunya pertumpahan darah..... jihad.... jihad.... tak ape masi boleh masuk syurga

Kaji balik apa makna murtad itu...dan apa makna hidayah itu.

Dan baca balik posting aku kat sini. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=32998

Harap membaca. Jangan pandai CUT AND PASTE SAHAJA
 
Kesimpulannya HAMRAN ARBIE ini adalah golongan yang MURTAD yang boleh dibunuh.....

alamak.... mcm dah panas aje ni..... uhuk...uhuk...

Tapi biasalah..... mereka memang begini

Tulisan kecik pun tak ade masalah.... boleh dibaca....

oh ya.... MURTAD DAN HIDAYAH menurut anda.....
 
Last edited:
Oh.... tempat saya dulu pun ada pengislaman secara besar besaran... mereka yang MASUK akan diberi Sejadah, Tudung dan Songkok dan RM50... kalau tak masuk tiada peluang dalam pekerjaan... Ramai keluarga yang masuk...

Mereka telah mendapat HIDAYAH

Baca jangan tak baca..... namun tidak berkesan
 
Last edited:
Saya tiada masalah dengan ISLAM kerana salah seorang saudara saya telahpun memeluk agama ini kerana telah berkhawin dengan seorang Pemuda PERAK.. Mereka HIDUP AMAN DAN DAMAI....

Pemuda ini begitu taat dengan agamanya dan sering memberikan pandangan agamanya yang berguna kepada saya... Kami boleh makan dan minum bersama-sama.... walaupun tidak seagama....
 
Itulah masalahnya masuk agama dipanggil HIDAYAH keluar agama dipangil MURTAD.... dalam agama lain tiada benda begini (sebabnya manusia tidak layak untuk menghukum seseorang yang telah bertukar agama dan kembali semula ke agama yang asal atau bertukar semula ke agama yang lain)

Perbincangan/Perdebatan ini tidak akan ada hujungnya.... sehinggalah berlakunya pertumpahan darah..... jihad.... jihad.... tak ape masi boleh masuk syurga

Biasalah tu, mana ada perbincangan pegangan agama yg akan berakhir, lagi la kalau kat Internet ni, panjang berjela-berjela sampai ntah kemana, bukan satu dua, tapi dah beratus-beratus dialog, tapi setakat ni takde pulak terdengar dialog sampai berbunuh-bunuh, kalau ade tolong sertakan buktinya nye, jgn kate orang Islam sahaja yg pandai bunuh org, ko tengok agama-agama lain jugak, xde org yg tak mati ke? yg bermasalah bukan pegangan agama, tetapi org2 yg tersalah takfsir pegangan.

berdialog bukan nak tau sape menang sape kalah, tapi audience yg menjadi hakim, bagi aku setakat dialog tak nampak muke ni tak relevan lansung, dan setakat copy and paste, budak2 boleh buat, cubalah bagi pendirian dan pemikiran sendiri berdasarkan bukti-bukti yg jelas.
yg relevan adalah dialog antara 2 orang yg berlainan pegangan tetapi mereka berdua saling paham pegangan yg lain, dan disaksikan oleh orang ramai, itu barulah relevan.
 
Oh.... tempat saya dulu pun ada pengislaman secara besar besaran... mereka yang MASUK akan diberi Sejadah, Tudung dan Songkok dan RM50... kalau tak masuk tiada peluang dalam pekerjaan... Ramai keluarga yang masuk...

Mereka telah mendapat HIDAYAH

Baca jangan tak baca..... namun tidak berkesan

Jadi saudara nie asal dari mana? Anutan agama saudara?

Apa mesej yg saudara cuba nak sampai kan?
 
Back
Top
Log in Register