BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dialek bertukar lepas kena strok

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Abu Bakar tetap setia di sisi Rohani dan sering mengurut tangannya terutama ketika kewangan tidak mencukupi untuk dia menggunakan khidmat urut dari luar.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Akibat diserang angin ahmar atau strok, seorang penjaja, Rohani Mohd Noor, 49, secara spontan menukar dialek apabila bercakap ketika melayani tetamu yang datang ke rumahnya di Kampung Losong Nyior Kembar, di sini.

Menurut Rohani yang begitu petah dalam pelbagai dialek termasuk Indonesia, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebagainya berkata, dia sendiri terkejut dengan perubahan spontan itu dan tindakannya di luar kawalan.

“Ketika saya diserang angin ahmar pada tahun lepas, ramai jiran dan sanak saudara datang ke rumah untuk melihat keadaan saya dan mereka terkejut apabila saya tidak bercakap dialek Terengganu.

“Pada mulanya mereka (tetamu) menyangkakan saya hendak bergurau, tetapi suami, Wan Abu Bakar Wan Ngah memberitahu mereka keadaan sebenar yang saya hadapi selepas diserang angin ahmar,” ceritanya kepada Sinar Harian ketika mengunjungi kediaman bekas penjaja pasar malam itu.

Kadang-kadang rumahnya menjadi riuh rendah kerana gelak tawa rakan-rakan yang datang apabila mereka mendengar Rohani bertutur dalam pelbagai jenis dialek.

Reaksi keluarga terdekat termasuk anak-anak juga agak janggal apabila dia tidak reti bertutur dialek Terengganu, sedangkan sebelum ini mereka dibesarkan dengan ‘dialek pekat’ Terengganu.

Rohani yang diserang angin ahmar ketika menjual di pasar malam di sini (Kuala Terengganu) sudah mencuba pelbagai jenis rawatan termasuk moden dan tradisional bagi mengubati pertuturannya itu, namun sehingga kini masih sama.

“Banyak tempat dah saya pergi berubat, tapi masih sama, macam ini juga (cakap dialek lain) tidak cakap Terengganu lagi dah,” katanya.

Apa yang lebih ketara, Rohani tidak dapat menyebut perkataan ‘tak mboh’ (tak nak) dengan sempurna walaupun telah berkali-kali mencuba.

Sementara itu, menurut Abu Bakar, dia berharap mendapat bantuan daripada kerajaan kerana sekarang dia juga mengalami sakit pada bahagian kaki yang mula membengkak, tambahan pula, dia masih menanggung anak bongsu yang bersekolah di
tingkatan lima.

“Pakcik harapkan duit anak-anak bagi, hendak menjual memang tidak larat sebab dulu makcik yang masak, pakcik jual sahaja, tetapi sekarang duduk di rumah jaga makcik.

“Seminggu sekali kena bawa pergi urut, tak boleh selalu sangat sebab tak mampu, sekali urut kena bayar lebih daripada RM50. Kadang-kadang kalau tak cukup duit pakcik yang urut sendiri di rumah,” jelasnya.

Difahamkan, perubahan yang berlaku berhubung dialek Rohani disebabkan fungsi otaknya yang terkesan akibat diserang angin ahmar.
 
sel2 otak berhubung ikut lain ni
 
dialek kuala lumpur :))
 
mau tk pelik...dari..abang dok makang ikang terus jadi abang tk makan ikan kewww:eek:
 
berubat pelan2 leh baik2 tu insya Allah..
 
Ingat lagi budak yang lepas eksiden, boleh cakap korea ?
 
Dulu ada jugak berita budak tu lepas eksiden terus boleh cakap korea.
Nak cakap melayu pun dah jadi pelat korea
 
Macam kes budak yang cakap Korea tu la. Aku rasa sebab banyak tengok TV leteww kuar dialek key ell
 
Back
Top
Log in Register