kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Dia berdoa pada Allah walaupun belum Islam, akhirnya memeluk Islam
Ini kisah seorang saudara baru yang ditimpa dugaan demi dugaan hidup sehingga membawanya kepada Islam:
Nak kata baru pun tidaklah baru sangat,cuma beliau telah memeluk Islam sekitar 4 tahun yang lepas.
Apabila saya ajukan soalan kepadanya bagaimana beliau boleh tertarik untuk memeluk Islam, beliau mula bercerita;
Pada mulanya beliau adalah seorang peniaga dan memiliki sebuah keluarga, tetapi entah bagaimana perniagaannya merosot teruk dan menghadapi masalah kewangan yang cukup besar.
Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, beliau menghadapi satu lagi masalah apabila isterinya pula meminta untuk diceraikan lantaran tidak sanggup lagi hidup bersamanya.
Sudah ramai kawan yang ditemui dan sudah bermacam cadangan yang diberi dan dicubanya namun tidak juga berhasil sehinggalah pada suatu hari apabila beliau bertemu dengan seorang rakan Islamnya lalu beliau pun menceritakan masalah yang sedang dihadapinya.
Rakannya menjawab "sudahkan awak berdoa dan mengadu kepada Allah?", lantas dengan fikiran yang bercelaru beliau menjawab "belum lagi, tetapi bolehkah saya memohon kepada Allah? sebab saya menyembah tokong"
Rakannya menjawab "kenapa tidak, tetapi awak mesti berdoa dengan bersungguh-sungguh!" jawab rakannya lagi.
Di dalam kecelaruan dan ditambah dengan sudah pelbagai usaha yang telah dibuatnya namun masih tiada hasil apa salahnya beliau mencuba lantas beliau menjawab "baiklah saya cuba".
Setelah itu setiap hari beliau pun berdoa dan mengadu dengan bersungguh-sungguh kepada Allah akan masalah yang dihadapinya dan Alhamdulillah, doa beliau telah dimakbulkan Allah.
Kemudian datang pula masalah yang lain dan beliau pun teringat akan pesan kawannya dan ditambah pula dengan pengalaman sendiri merasai nikmat "keajaiban doa" maka beliau pun berdoa lagi dan pada kali ini juga Allah mendengar doanya.
Setelah dua kali doanya di terima dan dengan pengalaman ketenangan jiwa yang ditempuhinya semasa dan selepas berdoa kepada Allah telah menyebabkan
beliau ingin mempelajari Islam dan akhirnya beliau telah menemui jalan yang benar dan sujud kepada Allah, Alhamdulillah.
Saya juga turut mengajukan soalan kepada beliau "Apakah pandangan beliau kepada orang Melayu dan Islam mereka pada masa sekarang?" dengan nada kecewa beliau menjawab kebanyakkan orang Melayu sekarang sudah tidak pentingkan lagi Islam.
Ramai yang ambil mudah tentang bab agama dan ramai yang mengejar dunia semata-mata.
Sebagai orang Melayu yang dilahirkan beragama Islam sepatutnya merekalah yang mengembangkan Islam dengan mempertontonkan akhlak yang terpuji kepada bukan Islam.
Lihatlah kisah dirinya, saya terpaksa membayar harga yang cukup mahal untuk mengenali dan memeluk Islam,
saya telah kehilangan perniagaan dan juga isteri tercinta dan juga anak-anak untuk menjadi seorang Islam namun nikmat Islam yang dikecapinya ini lebih mahal nilainya.
Mudah-mudahan kisah ini dapat di jadikan pengajaran.
Seandainya ada salah dan silap daripada tulisan saya ini, saya mohon maaf. Saya doakan agar kita semua termasuk isteri-isteri dan anak-anak kita serta seluruh keturunan kita menjadi hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Amin.
Sekian, Warkah Nizam
Firman Allah: "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -surah Al-Mukmin ayat 60
Firman Allah: "Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu" -Surah Yunus ayat 106
"Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” -Hadis riwayat Imam At-Tirmizi
Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi"
sumber

Last edited: