rayz
Legendary Member

- Messages
- 13,335
- Joined
- Jun 5, 2007
- Messages
- 13,335
- Reaction score
- 885
- Points
- 171
ada tak tempat atau kampung korang nama KOTA??
aku rasa di Malaysia ni, banyak tempat yg bernama nama KOTA sempenan bangunan yg digambarkan sebagai sebuah KOTA.
tetapi yg peliknya tak ada kota.~X(
begitu juga nama kampung aku. aku sendiri xpernah nampak kota pun.nama kampung aku adalah KAMPUNG KOTA RENTANG. cerita org tua2 dulu lebih kurang cerita thai film Bang Rajan jugak tapi cerita tu org tua2 cerita sebelum cerita siam tu keluar lagi...hahha
Seperti kebanyakan tempat-tempat lain di dunia ini, nama Kota Rentang turut mempunyai sejarah asalnya yang tersendiri. Orang lama kampung itu ialah Encik Zain telah menceritakan asal-usul nama Kota Rentang. Cerita tersebut telah member serba sedikit pengetahuan kepada para genererasi baru untuk menerapkan semangat cintakan tanah tumpah darah mereka.
Asal-usul Kota Rentang bermula apabila wujudnya perhubungan di antara Sultan Kedah dengan kerajaan Siam.
Kedah, Pada penghujung abad ke-17 merupakan negeri di bawah kerajaan Siam. Begitu juga dengan negeri-negeri lain di utara Tanah Melayu seperti Negeri Perlis dan Perak. Sebagai sebuah negeri di bawah naungan Siam, kerajaan Kedah perlu mengirim ‘ufti emas’ kepada kerajaan Siam sebagai kiriman tahunan untuk mengelakkan mereka daripada serangan Siam.
Pada ketika itu , kerajaan Siam merupakan sebuah kerajaan yang terkenal dari segi ketenteraan dan ditakuti oleh negara-negara jiran. Sebaliknya, negeri-negeri di utara Tanah Melayu agak lemah dan tidak mempunyai angkatan ketenteraan yang kuat . Sebagai langkah untuk melindungi daripada serangan Siam yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Pada awal tahun 1800, kerajaan Kedah telah gagal mengirimkan ufti emas kepada Siam dan ini telah menimbulkan kemarahan Siam di bawah pemerintahan Dinasti Chakri. Mereka telah member amaran untuk menyerang Kedah sekiranya enggan mengirimkan ufti.
Lantaran itu, Sultan dan Pembesar Negeri telah mengarahkan semua penduduk untuk membina kota sebagai perlindungan mereka daripada ancaman Siam. Inilah yang dikatakan asal-usul Kota Rentang.
Kota telah dibina merentangi kawasan tersebut. Di atas kota di tanam dengan pokok buluh atau aur supaya menjadi kukuh dan kuat. Serangan Siam dapat dihalang dan ditewaskan oleh angkatan perang Kedah.
*tiada gambar kota yg diceritakan, hanya gambar bunga kawasan yg dikatakn utk hiasan cerita ini sahaja.

Last edited: