Mail Aziz
Active+ Member

- Messages
- 2,689
- Joined
- Dec 27, 2012
- Messages
- 2,689
- Reaction score
- 1,122
- Points
- 101
Penjaga rahsia Baginda saw Huzaifah bin al Yaman menceritakan; Rasullah saw telah membaca dua hadis. Satu daripadanya aku telah lihat dan aku menanti yang satu lagi: "Rasulullah saw memberitahu bahawa amanah telah diturunkan di dalam lubuk hati manusia kemudian mereka telah mengetahuinya dari al Quran seterusnya mereka mengetahuinya dari sunnah"
Baginda saw menceritakan bagaimana amanah ditarik, Nabi saw bersabda "ketika seorang lelaki sedang tidur maka ditarik amanah dari hatinya" Hadis Sohih Riwayat Bukhari dan Muslim
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang tidak akan melaksanakannya lalu dipikul amanah itu oleh manusia, sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat *****" al Azhab:72
Amanah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah iman. Sebagaimana Baginda saw memberitahu dalam hadis di atas iman atau fitrah ialah perkara pertama diturun ke dalam hati manusia sejak manusia diciptakan di alam ruh sebelum lahir ke dunia.
Kemudian iman tersebut bertambah dengan usaha manusia mempelajarinya daripada al Quran dan Sunnah.
Amanah ini akan bertambah mantap dalam hati kita. Bila mana kita melaksanakan semua perintahnya dan menjauhi segala larangannya dengan penuh penerimaan dan ketaatan.
Ada pun bahagian kedua hadis memberitahu kita, iman jugalah perkara pertama yang di cabut daripada hati kita.
Hatilah sumber peningkatan dan pengurangan iman. Ia juga menjadi sumber kebaikkan dan kejahatan.
Hati juga sumber ketaqwaan.Nabi saw bersabda "at taqwa ha huna" maksudnya taqwa di sini sambil memberi isyarat ke hati.
Taqwa bukan sekadar amalan zahir seperti sujud lama, menangis, khusyuk. Iman dan taqwa adalah rahsia hati yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hanya dalam gengaman dan pengetahuan Allah SWT sahaja.
Pohonlah kepada Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahNya agar hati kita rasa tenang dan aman dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.