BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,155.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Antara Insurans dan Takaful

salam..
Sy ni x tahu pape psl takaful ni. Baru2 ni ade kwn ayah sy pujuk ayah sy utk join takaful. So,ayah sy amik kan la etiqa takaful 2 utk sy, sy x tahu pape pon psal rncangan ayah sy ni,tibe2 jer ayah suh sain borang pastu baru die explain,so sy mlas nk ckp pape sbb ayah sy dh jnji gan kwn die tu yg die nk amik takaful tu. Pastu ejen tu ada la terangkan cikit tntang takaful ni, mse tu sy blank, so angguk kpale jer la. So sy nk tnye, duit tiap2 bulan sy byar tu akan dpt dividen ke?? sbb yg sy thu ble sy nk kuar kn duit sy cm bleh kuar kn 80% jer, so mcm rugi lak lau sy amik takaful ni lau x eksiden..hehe. Boleh x sape2 terangkan faedah takaful ni terutama etiqa takaful?? TQ.. salam
 
kalau bawa keluar duit dari akaun kena caj.
adakah itu dipanggil Riba?
 
Thread yang menarik.
Banyak boleh belajar dari sini
Semoga kita semua akan terus
berjaya :)cgrock
 
As salamu alaykum wbt

Saudara² CG sekalian..

sistem kewangan Islam di negara kita adalah lahir daripada sistem konvensional. sebab negara kita sejak 200-300 tahun menggunakan sistem konvensional sejak dijajah oleh orang puteh.

ramai orang mempertikaikan camner lahirnya Bank² Islam? camner lahirnya Tabung Haji? camner lahirnya syarikat-syarikat Takaful? kalau bukan daripada sumbernya yang konvensional, nescaya tidak akan ada syarikat-syarikat kewangan Islam tersebut.

apakah modal penubuhan daripada Tabung Haji sejak puluhan tahun dulu juga daripada sumber yang halal? dan juga penubuhan Bank Islam juga daripada sumber kewangan yang halal? apatah lagi syarikat-syarikat takaful lain, adakah daripada sumber yang halal?

dalam isu ni, ramai para ulamak dan pakar-pakar ekonomi berbincang camner nak lahirkan sistem ekonomi Islam daripada sistem ekonomi konvensional yang telah lama "BERTAKHTA" di hati orang kita, terutamanya orang Melayu.

antara penyelesaian yang telah diguna pakai ialah secara "QARDHUL HASAN", iaitu pinjaman tanpa faedah.

persoalannya macam ni: bolehkah BAPAK YANG HARAM menghasilkan ANAK YANG HALAL?

terdapat beberapa Qias yang telah digunakan dalam perbincangan isu ini :-

1) PENYU adalah HARAM dimakan, tetapi TELUR PENYU ADALAH HALAL dan boleh dimakan.

2) BAPAK YANG KAFIR, tetapi kita boleh berkahwin dengan ANAKNYA YANG TELAH MEMELUK ISLAM.

3) dalam satu kes BAPAK yang suka BERJUDI, telah menggunakan duit judinya untuk membesarkan anaknya dan menjadi ULAMAK. adakah ANAK nya itu adalah HARAM dikahwini? atau ANAKnya menanggung dosa ayahnya? (amik contohnya mudah Bapa Nabi Ibrahim a.s menyara baginda dengan menjual patung-patung berhala)

kalau diikutkan memang qias yang digunakan adalah tidak logik dan tidak ada satu pun yang bersangkut-paut dengan ekonomi. tapi dari segi konsepnya sama, iaitu BAPAK yang HARAM boleh menghasilkan ANAK yang HALAL.

berdasarkan kepada qias-qias di atas. Ulamak telah mencapai sepertujuan bahawa Ekonomi Konvensional boleh melahirkan Ekonomi Islam, tetapi tertakluk kepada syarat yang ketat. Salah satu penyelesaiannya ialah cara yang saya sebutkan tadi, iaitu QARDHUL HASAN - PINJAMAN TANPA FAEDAH..

Seperti Kerajaan Malaysia menyediakan Qardhul Hasan RM500 juta untuk menubuhkan Bank Islam pada hari ini? atau seperti MNRB memberi Qardhul Hasan RM100 juta untuk menubuhkan Takaful IKHLAS, atau seperti Prudential UK dan BSN memberi Qardhul Hasan RM100 juta untuk menubuhkan Prudential BSN Takaful. of course sumber RM100 juta adalah daripada perniagaan konvensional, tapi dalam aliran RM100 juta ke dalam bentuk Qardhul Hasan itu..keHARAMANnya telah berhenti di situ. Takaful IKHLAS or Prudential BSN Takaful cuma berhutang RM100 juta dengan syarikat bapak masing-masing, dan hanya perlu membayar RM100 juta balik tersebut tanpa sebarang RIBA @ Faedah.

oleh itu, aliran tunai yang Haram adalah berlaku dalam urusniaga bapak syarikat, tapi ia terhenti secara Qardhul Hasan kepada anak syarikatnya.

amik contoh mudah. kita pinjam duit daripada sedara mara kita, kekadang tu kita tak tahu duit dari mana saudara mara kita dapat. tapi duit yang kita pinjam/hutang tu adalah HALAL kerana urusniaga wang tersebut tidak tertakluk kepada kita, tetapi tertakluk kepada orang yang memberi kita pinjam/hutang.

oleh yang demikian, persoalan dari mana datangnya duit-duit syarikat Islam ni, of course daripada sumber konvensional. dan sepatutnya ini tidak menjadi persoalan utama. yang sepatutnya menjadi persoalan utama ialah, "HOW DO THEY MANAGE THE MONEY AFTER QARHDUL HASAN" dan "HOW DO THEY OPERATE THE MONEY IN THEIR BUSINESS OPERATION".

contohnya baru-baru ni saya telah berkunjung ke sebuah syarikat Takaful, tetapi kerani kaunter tersebut adalah Muslimah yang tidak bertudung. so, ini secara tidak langsung menjatuhkan imej Takaful sebagai badan kewangan Islam dan menambahkan keraguan kepada orang Islam kita itu sendiri. saya pun terfikir dalam hati," bank-bank konvensional pun guna muslimah yang bertudung, camner la takaful boleh gaji orang yang tak pakai tudung...takde sensitiviti betul"

lagi teruk pernah saya pergi ke sebuah kaunter Takaful, dan keraninya ialah orang bukan Islam. sebab kaunter tersebut adalah kaunter pelbagai, dia uruskan yang Konvensional dan Takaful serentak...haiya...mujurlah kaunter ni bukan kat Kelantan..

so, Takaful or Badan Kewangan Islam yang lain sememangnya sedaya-upaya menimplementasikan sistem Islam dengan sewajarnya. memang betul sumbernya bukan Halal tapi kalau kita belajar dengan lebih mendalam camner sistem Islam itu berfungsi seperti Qardhul Hasan, BBA dan sebagainya, Insya Allah kita akan lebih memahami dan tidak mudah memandang sangsi terhadap sistem ekonomi Islam negara kita.

ataupun, janganlah pula kita jadikan alasan, "ah..sistem Islam kat negara kita bukan Islam sangat pun, baik aku amik konvensional" <-- jangan la plak macam ni jadinya. kita salahkan sistem Islam yang tak sempurna, untuk kita jadikan alasan untuk amik sistem konvensional. ini satu lagi tindakan yang tidak dapat dimaafkan dan saya boleh katakan ini adalah alasan MELAYU yang paling ***** pernah saya dengar,sebabnya orang cerdik takkan kata begini..

harap penerangan saya dapat membantu sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu tentang sistem ekonomi Islam di dalam negara kita. jangan kerana ia bukan satu sistem yang sempurna ia menjadi alasan untuk kita terus memilih sistem konvensional. saya pun kursus 2-3 hari nak faham benda ni...nak kata cemerlang tu pun bukan amik exam pun. just pemahaman yang lemah dari saya yang lemah dan kacak ini..

sekian terima kasih..

was salam..

Terima kasih Kuhik...

tue lah... memang takde sebab lain kene cara islamic sebab dah ada... di pihak shariah samada telus tak telus itu tanggungjwb shariah.. tanggungjawab kita ialah pilih sistem islamic...

ni saya ada baca dr website uzar

Soalan
Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan
Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.
Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu’alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline(recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu’alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman



6 Sept 2008

5 Ramadhan 1429 H
 
salam..
Sy ni x tahu pape psl takaful ni. Baru2 ni ade kwn ayah sy pujuk ayah sy utk join takaful. So,ayah sy amik kan la etiqa takaful 2 utk sy, sy x tahu pape pon psal rncangan ayah sy ni,tibe2 jer ayah suh sain borang pastu baru die explain,so sy mlas nk ckp pape sbb ayah sy dh jnji gan kwn die tu yg die nk amik takaful tu. Pastu ejen tu ada la terangkan cikit tntang takaful ni, mse tu sy blank, so angguk kpale jer la. So sy nk tnye, duit tiap2 bulan sy byar tu akan dpt dividen ke?? sbb yg sy thu ble sy nk kuar kn duit sy cm bleh kuar kn 80% jer, so mcm rugi lak lau sy amik takaful ni lau x eksiden..hehe. Boleh x sape2 terangkan faedah takaful ni terutama etiqa takaful?? TQ.. salam

Sebenar nya bila kita amik plan takaful ni, kita kena tahu utk apa kita amik. Sebab kalau tak tau, tu akan jadi rugi kalau fikir tak berlaku apa2.

Pada saya, pelan takaful merupakan salah satu ikhtiar kita untuk kurangkan beban sekiranya berlaku musibah yg memerlukan sumber kewangan. Apa yang berlaku semua ketentuan Allah, dan tak semestiya dgn ada plan takaful ni, kita akan senang, dan tak semestinya tiada plan takaful ini kita akan susah, tapi mcm yg saya tekankan, ini salah satu dari IKHTIAR kita, sbb Allah suruh kita berikhtiar juga. Ini paling penting.

So, dlm konteks takaful pulak, saya boleh terangkan mcm ni. Ramai yang akan fikir kalau tak berlaku apa2 rugi, kalau berlaku apa2 baru berbaloi. Tapi, masalahnya, kita tahu ke apa yg akan berlaku pada masa depan? Kalau kita tahu mmg le senang, so, sebelum jadi musibah, kita amik takaful, lps claim, and tahu pulak lepas tu takkan berlaku lagi, kita stop....itu kalau kita tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Sekarang ni kita tahu ke? So, sebab tu kita ikhtiar sesuatu, kalau jadi apa2 ada perlindungan kewangan utk KURANGKAN beban kita, kalau tak jadi apa2 patutnya kita bersyukur sbb tak jadi apa2. And dari segi caruman kita tak dpt semua tu, kita jgn pentingkan diri sendiri, sebab syarikat pun berniaga, ada kos2 yg kena tanggung, ada staff yg kena bayar gaji, ada kos operasi yg perlu ditanggung. So, sudah tentu syarikat akan amik sikit.

Then kalau kita nak balik duit kita, senang je, simpan dlm bank, ASB, TH atau simpan sendiri kat umah, kalau tak berlaku apa2 duit kita tak kurang sikit pun, tapi, kalau jadi apa2 pun, kita dpt amount yg sama jugak....

So, saya nak tanya En Vaderboy ni, kalau you simpan kat takaful, RM 100 sebulan, setahun 1200, bila lepas setahun tetiba berlaku musibah, dan anda layak dpt claim, so, anda expect dpt RM 1200 (jumlah caruman yg anda carum) atau anda expect jumlah pampasan yg telah dipersetujui dlm sijil? Yg mana mmg lebih tinggi dari jumlah caruman.

So, itu lah bezanya simpan kat Takaful ni.

So, itu pada pendapat saya, so, kalau tak faham, bleh tanya lagi, Insyallah saya akan jawap apa yang termampu.
 
Back
Top
Log in Register