BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus RUU Profesion Kerja Sosial 2026, Wujud Mekanisme Perundangan Khusus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Dewan Rakyat Lulus RUU Profesion Kerja Sosial 2026, Wujud Mekanisme Perundangan Khusus​

090bd7d00850bdffbc25fed3a30353da697848682c697

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 yang bertujuan mewujudkan mekanisme perundangan khusus bagi mengawal selia serta memperkasakan profesion itu di negara ini menerusi penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia.

RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas oleh 23 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Menggulung perbahasan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelaksanaan akta itu akan dibuat secara berperingkat bagi membolehkan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia ditubuhkan terlebih dahulu sebelum kawal selia diperluaskan kepada pekerja sosial sektor awam.

Nancy berkata pada peringkat awal, akta itu mewajibkan pendaftaran semua pengamal kerja sosial sektor swasta, termasuk yang berkhidmat dengan badan bukan kerajaan (NGO), organisasi berasaskan komuniti, syarikat korporat dan secara persendirian, manakala pegawai awam hanya perlu mendaftar jika mengamalkan kerja sosial di luar tugas rasmi kerajaan.

Beliau berkata pekerja sosial sektor awam ketika ini telah tertakluk kepada sistem penyeliaan, latihan, prosedur operasi standard (SOP), kod etika serta peraturan sedia ada, selain perlu melalui proses penyelarasan yang kompleks antara kementerian dan agensi sebelum sebarang mekanisme pendaftaran mandatori dapat dilaksanakan.

“Kerajaan kekal komited terhadap matlamat jangka panjang ke arah pengawalseliaan bersepadu yang menyeluruh serta membangunkan road map perundangan yang bersesuaian bagi semua pekerja sosial di sektor awam dan di Malaysia secara am,” katanya.

Nancy berkata majlis itu kelak akan berperanan membangunkan peraturan, garis panduan serta kerangka kelayakan dan kompetensi profesion berkenaan, selain menubuhkan jawatankuasa aduan, menggubal garis panduan berkaitan keselamatan dan kebajikan pekerja sosial serta mempertimbangkan cadangan termasuk pelan timbal balik pekerja sosial negara.

Beliau berkata akta itu tidak terpakai kepada sukarelawan atau penjaga (caregiver), sebaliknya hanya mengawal selia pengamal kerja sosial profesional, selain menjelaskan perkara berkaitan kadar gaji minimum masih tertakluk kepada undang-undang sedia ada manakala kos operasi majlis berkenaan pula akan dibiayai kerajaan melalui peruntukan tahunan.

Nancy berkata RUU itu turut memberi ruang kepada penambahbaikan berterusan menerusi peraturan dan garis panduan yang akan dibangunkan majlis, sambil menyifatkan kelulusan RUU itu sebagai penamat kepada penantian lebih sedekad untuk mengiktiraf profesion kerja sosial di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register