BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

detox foot patch penipuan?

detox foot patch penipu?


  • Total voters
    0

rifle

Active Member
Messages
1,198
Joined
Jan 15, 2012
Messages
1,198
Reaction score
42
Points
30
62656250_1-Gambar-DETOX-FOOT-PATCH.jpg


Assalamu’alaikum, dear friends and foes alike.

Korang pernah dapat offer atau kena tag di facebook dengan satu produk yang hebat dan canggih, yang diwar-warkan sebagai teknologi terkini dalam bidang perubatan? Satu produk dengan nama Detox Foot Patch. Macam-macam jenama ada, either dia orang jual cara direct-selling atau pun ada yang buat MLM. Ntah bila nak kaya buat MLM jual benda ni, korang la jawab, aku tak kose.

So, pagi ni aku pegi kedai nak beli paper, aku ada nampak produk tu (yang sama waktu dengannya) tergantung-gantung manggamit mesra hati ku yang dah lama “curious” pasal benda ni. Ada ke letak patch tu kat tapak kaki untuk semalaman boleh kasi nyah-toksin semua benda yang merapu yang dah masuk dalam badan seorang manusia? Seumpama aku ni lah kiranya. Aku kuat makan, dan aku makan macam-macam, korang pun tahu. Lepas tu, toksin tu semua keluar sampai foot patch tu jadi hitam beb! Bloody freaking ‘ell! It’s just out of this world man!

Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri – tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

OK… cuba korang tutup mata dan lupakan selagi ada iklan dan hasutan daripada kawan-kawan korang tu yang suruh beli benda ni. Bayangkan, kalau ko letak detox patch ni kat tapak kaki semalaman, macamana la agaknya toksin tu semua nak keluar? Ikut liang peluh tapak kaki (tapak kaki kita ada kulit tebal – jangan lupa), ikut resapan kulit? What? How?

Anyway, dah la tu beb… bukak mata tu. Tengok gambar aku ni. Ini gambar yang aku tangkap dengan iPhone aku dalam sejam lepas.

8patch.jpg


Ini produknya – tapi kat facebook ada jenama lain jugak. Berbaloi-baloi tu!

1patch.jpg


Dalam kantung ni ada herba yang macam-macam, yang akan menyerap toksin tu sume. Yahoo!

3patch.jpg


Dia bagi satu pelekat, dan patch tu ko lekatkan kat situ.

4patch.jpg


Ini cawan anak aku, kadang-kadang dia minum ribena. Kadang-kadang dia minum air mineral. Aku isi air suam (bukan mendidih, tapi air suam – hangat-hangat macam badan manusia gitu).

6patch.jpg


So I put the dang thing on top…. like so.

7patch.jpg

5 minit lepas tu… Waaaaah! Banyaknya toksin dalam air suam tu!!!

Tak payah tunggu 8 jam. 5 minit dah cukup untuk kasi korang tahu bahawa benda ni merapu ya amat dan sesuai sungguh untuk sesetengah orang Melayu – ada mala’un dalam umat Melayu tu memang suka sangat mengelentong orang lain, dan ada pulak yang suka sungguh dikelentong di siang hari… demi duit. Tak payah la kita berdolak-dalik. Gusar jugak hati aku kadang-kadang memikirkannya. Kita dah masuk abad ke-21 dah ni beb. Ketinggalan zaman betul ke orang Melayu?

Pesan aku kepada sipenjual pulak – udah udah la buat kerja lagha dan satu sen tak guna ni bang, kak. Ini namanya mungkar dan laknatullah tuan-puan, sekalian. Jangan la telan duit untung sebegini, dan kasi anak makan dan sekolah. Tak berkat tu.

http://berita-harian-online.com/kebenaran-detox-foot-patch/
 
apa pendapat anda yg dh guna tu?
betul atau tidak
 
dh ada kajian sains dibuat kt atas tu,fakta & logik.
 
rasanya dah ada orang jawab pasal benda..cubalah TT search kat CG ni dulu..

andaikatalah benda ni penipu..dan memang ada yang tipu sbb guna material yang bukan asli..

aku nak tanya TT lah...produk yang seumpamanya yang di jual di farmasi juga adalah penipu k TT...? konsep yang di gunakan hampir sama??

ini contohnya :

http://www.kinohimitsu.com/products/healthpad.html#productinfo
 
oh ada ea,sbb sy guna google search.
itulah yg sy nk bincangkan dgn semua,
mana 1 produk yang baik?dan mana 1 produk yg palsu

sbb sy ada guna detok foot patch juga,
disamping gunakan alternatif mesin urut Refleksologi kaki

bg ak sndiri nk buang toksin boleh melalui senaman,mandian & pemakanan (ubat) untuk menyingkirkan toksin itu sendiri.

cuma pelik yg ini shj,seperti ujian yg logik di atas sekali nun,fikir2
 
Cuma, selama aku membesar dan dah jadi orang dewasa yang pernah masuk U, aku selalu berfikiran bahawa, memang ada banyak toksin dan ntah apakebenda lagi masuk badan manusia, tapi Allah dah bagi kita hati dan buah-pinggang yang berfungsi sebagai organ yang memproses semua toksin tu dan menyingkirkannya melalui air kencing dan najis kita. Proses penyingkiran tu teramatlah kompleks dan memerlukan pelbagai enzim reductase, transaminase, phosphatase dan seribu satu macam enzim yang lain. Itu korang belajar la sendiri – tengok kat wikipedia pun ada penerangan yang orang pass SPM boleh faham.

mana TT ni..aku nak dengar penjelasan daripada persoalan aku...

adakah perubatan herba yang digunakan secara betul tidak memberikan kesan dalam penyingkiran toksin...?

kenapa badan kita berpeluh..apa yang ada dalam peluh..?

itu adalah salah satu contoh soalan yang perlu TT rungkaikan..sbb TT ni belajar kat U..aku budak SPM yg tak lepas..huhuhuuhhu..

p/s: anyway aku dulu ada jual benda ni tetapi skrng dah berhenti sbb dah tak tahu yang mana satu original..so better dok tepi ajelah..lgpun market dah oversupply :)
 
mende dah lapok la TT...dah ramai yg kondem..dan ramai juga yg berpuashati dgn mende ni...tapi aku tetap percaya mende ni berfungsi...dia akan tetap jadi hitam sebab salah satu bahan dia adalah arang buluh...apa2 pun, pilihan di tangan pembeli...
 
aku pernha gak pakai.
pernah gak terfikir kesahihah bende ni..

tapi, mungkin pada asalnye bende ni betul, pastu makin lame makin ramai yg produce, pastu nak lawan2 harga. MUNGKIN ada yg gune bahan tipu2 dan bende tu mmg jadi itam kalo kene air
 
wakakaka..akhirnya ada org yg buka thread ni...

aku rasa serbuk arang dlm tu dia campur ngan bahan kimia yg bole tukar kaler klu bertindak balas ngan peluh @ enzim2 yg mmg kuar ikut liang roma..

aku xde bukti sainstifik nak xplen...dan aku malas nak cari bukti...as long as aku xbeli sudah..org ada bg soh aku try aku amek je la..

made in china??? wakakakaka...beware...

hmmm..aku xnak komen lebih2 nnt ada org kecik hati..lagi pon ramai yg berniaga dlm ni...nnt masuk lak pasir dlm periuk nasik dorang...

p/s- ni pendapat aku je...walaweh..
 
Back
Top
Log in Register