BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derma Organ Tapi Tak Sesuai

metaaura

Super Active Member
Messages
6,732
Joined
Feb 25, 2007
Messages
6,732
Reaction score
3
Points
65
Foward kat email .. teringin nak kongsi
Assalamu`alaikum,

Kepada semua pembaca budiman. Kenapa jantung yang didermakan kepada
pengguna jantung mekanikal di IJN tu tak sesuai? Adakah kerana Allah
ingin memelihara jantung suci daripada masuk ke badan yang tidak suci
(bukan Islam). Wallahua'lam.

Untuk makluman, jantung yang datang dari Ipoh adalah jantung seorang
pelajar Tahfiz yang "brain death" kerana dilanggar lori. Saya
sertakan tulisan Dr. Suhaini yang bertanggungjawab mengeluarkan
jantung tersebut.

Semoga menjadi pengajaran.

Wassalam.

Pagi isnin lepas masa drive ke opis, dah dgr dj radio ikim Ustaz Zambri baca email ni...menggigil bila tau penderma tu seorg pelajar tahfiz dan alasan yang diberi oleh bapak arwah..Subhanallah
patut la mula2 dulu ahli keluarga arwah tak nak identiti penderma dikenali.
Patut juga la kenapa jatung tu tak sesuai...Allah Maha Mengetahui
Selamat membaca..moga kita dpt iktibar dan muhasabah diri.

Salam
ycb


Assalamualaikum wbr,

Semalam, 21 Ramadhan, sewaktu saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah selepas menyelesaikan kes-kes di OT, saya telah mendapat panggilan 'donor procurement' daripada hospital Ipoh . Penderma adalah seorang Muslim
15 tahun, diagnosed brain death 11 am, selepas severe head injury akibat kemalangan jalan raya.

Persiapan rutin mengambil masa beberapa jam dan kami sampai di hospital Ipoh menggunakan penerbangan RMAF pukul 8 mlm. Selepas sampai di Hospital Ipoh barulah saya mengetahui cerita sebenar.

Penderma merupakan seorang pelajar Maahad Tahfiz yang sedang menduduki peperiksaan PMR, baru 2 paper. Dalam perjalanan pulang dari sekolah menunggang motorsikal, beliau telah dilanggar lori dan mengalami severe head
injury. Selepas berusaha untuk menyelamatkannya gagal dilakukan, pihak Hospital Ipoh telah bertanyakan kemungkinan menderma organ-organ tubuhnya kepada kedua ibubapanya.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, penderma dikalangan orang Islam adalah yang paling rendah sekali, dan sepanjang saya bertanggung jawab terhadap program 'donor procurement' 4 tahun kebelakangan ini tidak pernah
saya berjumpa dengan penderma Muslim. Ini adalah kali pertama persetujuan menderma diperolehi dengan mudah daripada sebuah keluarga Muslim.

Apa yang membuatkan saya termenung sejenak dan bermuhasabah diri adalah apabila mendengarkan alasan yang diberikan oleh si bapa. Alasannya, sekiranya anaknya tidak dapat hidup untuk berbakti kepada agama dan
masyarakat, biarlah organ-organnya memberi nyawa kepada yang memerlukan, mudah-mudahan penerima organ-organ tersebut akan dapat berbakti kepada agama dan masyarakat.

Sahabat sekelian, teringat saya kepada cerita pengorbanan para sahabat di zaman RasuluLah, yang sanggup mengorbankan nyawa anak-anak mereka demi perjuangan Islam. Dan dalam hal ini, bukan sahaja si anak tersebut
terkorban dijalan Allah (menuntut ilmu) akan tetapi organ-organya juga terus berbakti untuk umat manusia.

Sahabat sekelian, sewaktu bertarawikh di celah-celah almari baju di OT Hospital Ipoh , saya termenung dan berfikir; sejenak saya merasa bangga kerana masih ada dikalangan ornag Islam yang berjiwa besar seperti
ini. Sejenak pula saya merasa sedih, kerana lebih ramai lagi umat Islam yang berjiwa pengecut dan enggan melakukan pengorbanan. Saya bertanya pada diri sendiri, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya sendiri, sanggupklah saya memberikan consent untuk pendermaan organ? Alangkan untuk menyumbangkan sedikit harta wang ringgit pada jalan Allah pun saya amat keberatan inikan pula anak-anak yang saya cintai. Apakah ini nilai yang saya peggang sebagai pejuang Islam? Alangkah malunya saya di hadapan Rabbul Jalil.

Proses 'harvesting' berjalan dengan amat lancer. Malah sepanjang 4 tahun saya melakukan tugasan 'harvesting' inilah kali pertama proses berjalan dengan amat lancar. Seolah-olah menandakan keredhaan sipenderma dan
ahli keluarga beliau keatas organ-organ yang didermakan.

Sahabat sekelian, marilah kita membacakan sepotong AlFatihah untuk roh simati, Mudah-mudahan rohnya diterima Allah sebagai roh orang-orang yang mati syahid. AlFatihah.

Bagaimanakah pula dengan kita? Apakah kesudahan kita adalah dengan kebaikan? Mudah-mudahan kita dapat mempunyai kekuatan sebagaimana kekuatan sibapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk tujuan kebajikan.

WalLahu 'alam.
Suhaini
 
Subhanallah...
Biarpun ibubapa dia redha , tp bagaimana pulak dgn anaknya yg dh meninggal tu , redho juga ke dia... :-?
Hanya Allah yg lebih mengetahui...
 
..

sorry aa... tak berapa paham la... nih nak galakkan ke nak elakkan derma organ...
 
Subhanallah...
Biarpun ibubapa dia redha , tp bagaimana pulak dgn anaknya yg dh meninggal tu , redho juga ke dia... :-?
Hanya Allah yg lebih mengetahui...

ni bukan kes anak redha @ x .. roh dah meninggalkan jasad , xde kena mengena dah ngn jasad di bumi ni . semuanya milik Allah

parents dia benarkan organ anak diambil , mana la diaorang tau ke mana organ anak mereka akan di berikan ..

mmg polisi hospital cmtu pun . kalau ikutkan keluarga donor , pihak receipient x kn tau , tp psl kes ni psl ada liputan media , tu yg jd tau . kalau ikutkan keluarga Allahyarham x nk publisiti lgsg ..

Menderma organ sgt di galakkan .. 1 badan kita ni , boleh selamatkan bukan seorang , tp dkt 5~6 org skali .. amal jariah yg berterusan , akan dpt selamatkan kita , bekalan kita di sana kelak ..

x kira la penerima agama apa , tp kita derma utk tujuan kebaikan . InsyaAllah kita akan dapat pahala ..
 
sorry aa... tak berapa paham la... nih nak galakkan ke nak elakkan derma organ...

cuba ko baca balik tgk 3 4 perengan bawah tu, die nak cerita tentang keikhlasan hati bapak si mati tu si penulis sendiri tertanya2 klu die sanggup ke wat cam bapak si mati buat sedangkan die nak derma duit pun agak keberatan huhu. doktor ni ckp sangat jarang org Islam nak dermakan organ badan dorang atau ahli kuarge dorang.

tp yg pasti menderma organ ni dalam Islam digalakkan untuk selamatkan ramai nyawa, ni aku baca kat surat khabo gan kat website2 mufti ke jabatan agama la huhu
 
erm penah gak dgr...
if let say orang islam derma organ, and orang yg trima organ tue wat bnda tak baik orng wat jenayah ker, kiter dapat tempias nyer jugak...
sbb organ kiter ade pada dier...
betol ker?????
 
cuba ko baca balik tgk 3 4 perengan bawah tu, die nak cerita tentang keikhlasan hati bapak si mati tu si penulis sendiri tertanya2 klu die sanggup ke wat cam bapak si mati buat sedangkan die nak derma duit pun agak keberatan huhu. doktor ni ckp sangat jarang org Islam nak dermakan organ badan dorang atau ahli kuarge dorang.

tp yg pasti menderma organ ni dalam Islam digalakkan untuk selamatkan ramai nyawa, ni aku baca kat surat khabo gan kat website2 mufti ke jabatan agama la huhu

thanks sbb da jawab kan ..
 
Back
Top
Log in Register