BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derma Baju Hasilkan Jalur Gemilang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
07.07.2020 - Kuala Lumpur, Penduduk dipelawa menderma baju terpakai mereka sama ada warna merah, putih, biru atau kuning kepada Pusat Khidmat Parlimen Bangi dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Balakong mulai hari ini. Ahli Dewan Negeri Balakong, Wong Siew Ki berkata sumbangan itu bertujuan menghasilkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

“Kita mengalu-alukan penduduk menderma pakaian mulai hari ini hingga 17 Julai bagi merealisasikan Jalur Gemilang yang dihasilkan dengan kerjasama warga Balakong. Objektif program untuk menunjukkan Malaysia ditubuhkan oleh setiap daripada kita dan semangat bersatu-padu itu perlu walaupun berbeza bangsa dan warna kulit,” katanya kepada SelangorKini.

Siew Ki berkata orang ramai juga boleh menghantar baju itu ke balai raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung masing-masing.
kumpul-baju-ADN.jpg.webp
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register