BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Denda RM150 jika sedekah pengemis

ok kita nengok berjaya x basmi kemiskinan di kota??
 
pengemis ni kaya woi! nampak saja selekeh tapi duit simpanan berkepok!
 
ne_02.1.jpg

SIKAP murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Susah di bendung? Alasan gila... Senang sgt nak jumpa pengemis...just tangkap bawak masuk van n masuk hantar ke balai..kalau kes betul, berikan penempatan dan makan minum secukupnya...

Kalau kes tipu atau agensi, find out sape kepalanya...then ambil tindakan..


Bukan xreti nak jalankan prosedure yg mcm ni, banyak yg bawah meja..sekian
 
Resit tu bleh buat rebat cukai x nnti..??? Hehehe
 
jangan mule2 jer la syarat nie kuatkuasa lepas tu senyap..
 
si pengemis pulak tak kena apa2?:o undang2 apakah ini?
 
SM AMIN pun sekarang AKTIF BALIK MINTA SEDEKAH DI BAZAR BAZAR RAMADHAN..
w'ulam..

huhu..true story..masih ramai yang kesian tengok budak2 mintak sedekah,yang kaya sm amin jugak ~X(~X(:(scam
 
majoriti pengemis kat KL ni warga asing.... rupa, gaya lbh kurang je...macam sindiket je aku tgk.

patut DBKL angkut diorang ni pastu siasat la sindiket mana yg bawak masuk diorang ni.
 
Susah di bendung? Alasan gila... Senang sgt nak jumpa pengemis...just tangkap bawak masuk van n masuk hantar ke balai..kalau kes betul, berikan penempatan dan makan minum secukupnya...

Kalau kes tipu atau agensi, find out sape kepalanya...then ambil tindakan..


Bukan xreti nak jalankan prosedure yg mcm ni, banyak yg bawah meja..sekian

SAYA SOKONG
KENAPA NAK BABITKAN PEMBERI SEDEKAH
ANDAIKATA PEMBERI SEDEKAH TU , TAK ADA DUIT RM150
DAN ADA BAJET UNTUK MEMBELI BARANG KEPERLUAN UNTUK
KELUARGA..KAN DAH NAYA :-?

Tangkap pengemis ketika dia orang berkeliaran.
atau masa dia minta wang dari pemberi sedekah.
jika nak bendung pengemis hanya boleh masa operasi
Penguatkuasa kena pantau tiap tempat keramaian
Contoh kt pasar2 malam..jangan membabit kan pemberi
Sedekah ..
 
gara-gara nak bagi sedekah singgit..last-last tepaksa bagi rm150.hehe
 
Back
Top
Log in Register