BTC USD 26,638.6 Gold USD 1,920.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Denda RM150 jika sedekah pengemis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_02.1.jpg

SIKAP murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sekitar bandar raya ini yang dikesan memberi sedekah kepada golongan pengemis akan didenda sebanyak RM150 tidak lama lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) berkata, ia bertujuan membendung kegiatan meminta sedekah membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara.

Beliau berkata, wang denda itu akan dikumpulkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk disalurkan kepada golongan miskin manakala pengemis yang ditahan pula akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan lain untuk tindakan lanjut.

“Undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelantikan ahli jawatankuasa badan penasihat rumah ibadat bukan Islam di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 
Sponsored Post

semalam aku pergi bazar kat simpang renggam johor, ada nampak sorang tu bawa fail lepas tu tunjukkan kat peniaga bazar, pas tu peniaga bazar tu tak cakap banyak terus hulur rm1 pada dia, lepas tu org tu pergi lagi ke peniaga lain dan tunjuk fail yang sama dan peniaga tu pun hulur rm1 gak. hasil pemerhatian aku tak sampai 1 minit dapat beberapa rm sudah. mudah sungguh dapat duit kat malaysia nii. baju jubah yang dipakai tu bergayut dgn duit dekat nak penuh. apa yang pasti yang kutip tu bukan org malaysia, spesis mcm pakistan pun ada.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register