kepada rakan2 yg dah beli rumah (baru) tapi dlm proses @ ada perancangan nk beli rumah, nasihat aku,
1)simpan segala dokumen bermula dari ko org dapat brochure smpai la apa2 surat sehingga dua tahun selepas dapat kunci rumah (xsampai dua tahun pn xpe, janji dlm warranty)
2) setiap kali dapat surat dari pemaju (biasanya cc dr pemaju),simpan dan jangan abaikan, nak2 surat pemberitahuan dikenakan interest,masa ni kena cepat2 tanye lawyer/bank/pemaju.. (biasanya pembeli abaikan sebab surat tu cc jer,dan harapkan tiada apa2 akan berlaku), ingat surat & sampul mesti simpan(jgn asingkan surat dgn sampul), sebab sampul surat menunjukkan bukti tarikh yg dihantar oleh pemaju,manakala tarikh surat merupakan bukti surat dikeluarkan,kadang2 dah lepas tarikh dikenakan denda ttp pembeli baru terima surat,
pengalaman aku.. beli rumah, dapat kunci tapi kena bayar rm9K+ sebab caj interest, dari surat yg dihantar sebelum ini yg aku abaikan, tapi aku masih bernasib baik sebab rumah lewat siap lebih dua tahun dari tarikh SMP,so setiap hari dari tarikh sepatutnya rumah siap, pemaju kena bayar balik, kira2 dalam RM16K, pemaju nak tolak rm16k dgn interest rm9k, jd aku dapat dalam rm7k, aku study balik dgn surat2 yg diterima tu, jelas salah lawyer, hantar dokument x cukup, mcm2 la, dua tiga kali aku jumpa peg bhg perumahan stdy dgn dia sebab2 mgapa bhg perumahan lambat byr,siap keluarkan surat mengapa aku xboleh dikenakan interest. aku bincang dengan pemaju xboleh potong semua pn kasi separuh pn jadi la interest tu, aku ckp kasi rm10k, kira ok la, tapi pemaju x nak, dia ckp boleh kurang dari rm9k kepada rm8k.. so aku dapat RM16k-RM8k = RM8K..... aku xnak.. bwk p tribunal.. aku menang,interest yg dikanakan rm9k xkena byr,dapat full RM16K, buang masa bincang dengan pemaju,p tribunal bayar rm10,dia bagi tarikh, xsampai dua jam tunggu dlm makamah tribunal... settle


