BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Demi isteri tercinta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Georgetown: Mungkin tidak ramai lelaki mahu memikul tugas yang selama ini dilakukan isteri, namun semua itu bukan masalah buat seorang nelayan, Nazli Mohamed, 53, yang kini bukan saja terpaksa menjadi ‘ibu’ kepada tiga anaknya, malah turut menjaga isterinya yang menderita penyakit misteri menyebabkan kulitnya berkuping.

Nazli terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya yang hanya terlantar selepas tidak dapat bergerak sejak setahun lalu.

Menurutnya, dia tidak kisah menjaga isterinya, Siti Rohana Mohamad Tambi, 40, asalkan isterinya itu sembuh segera dan sihat seperti dulu.

“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.

“Doktor yang memeriksa isteri juga tidak dapat memberitahu apa sebenarnya penyakit dialaminya dan saya akan menunggu doktor pakar yang dijangka melakukan pemeriksaan terhadap isteri esok (hari ini),” katanya ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini, semalam.




sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Demiisteritercinta//Article
 
dugaan menguji kasih sayang suami kepada isterinya
 
suami mithali....biasanya kalau isteri sakit jarang ada suami yang sanggup menjaga isterinya yang sakit, kebanyakannya suami akan menggunakan alsan isteri sakit untuk berkahwin satu lagi atau pun isteri itu akan ditinggalkan, wanita ini sangat beruntung kerana suaminya sanggup menjaganya dalam keadaan sakit.
 
da kompom la da musim nya, kan..smlm p psr mlm, wakil rakyat y sebelum ni penah nmpk muka, ada je duk berkempen kat psr mlm..hehe...


Inilah masanya wakil rakyat nak tunjukkan muka dia orang sebagai wakil rakyat yang perihatin atas masaalah yg dihadapi oleh penduduk....siap masuk paper lagi, bagi 1 malaysia tau.
 
ai.waktu arwah mak aku xde pulak dorang nak melawat camni....:(
 
Back
Top
Log in Register