BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Dell Concept Luna Prototaip - Komputer Riba Mudah Di Baiki

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Peranti yang dibeli secara puratanya dapat bertahan sehingga tiga tahun sebelum perlu ditukar kerana tidak lagi berkuasa atau sukar dibaiki apabila rosak. Ini menyumbang kepada lambakan sampah elektronik yang mencemari alam sekitar. Sejak dua tahun kebelakangan ini wujud kesedaran dari pengeluar dan orang ramai untuk membeli peranti yang lebih mesra alam.

Dell-Concept-Luna-B-950x535.jpg.webp


Dell turut mempunyai impian menjadi lebih lestari dan telah memperlihatkan Dell Concept Luna, sebuah komputer riba yang direka untuk mudah dibaiki. Perubahan paling besar dilakukan ia tidak menggunakan sebarang gam tradisional yang menyebabkan peranti sukar dibuka dan komponen diganti. Sebaliknya gam berasaskan flax digunakan yang boleh dilarutkan dengan air untuk mencairkannya ketika proses membaiki.

Dell-Concept-Luna-C-950x535.jpg.webp


Jumlah skru yang digunakan pada Concept Luna juga 10 kali ganda lebih sedikit berbanding komputer riba Dell yang lain. Skru juga menggunakan kepala Philips yang membolehkan komputer riba dibaiki sendiri oleh pemilik di rumah. Banyak pengeluar menggunakan skru dengan kepala khas bagi menghalang pemilik dari melakukan baik pulih sendiri.

Dell-Concept-Luna-A-950x535.jpg.webp


Papan induk dikecilkan sehingga 75% dengan penggunaan komponen pula dikurangkan sehingga 20%. Dengan ini jika Project Luna akhirnya dibuang, sampah elektronik yang dihasilkan meninggalkan impak yang lebih kecil kepada alam sekitar. Tidak berakhir di situ komponen seperti papan kunci juga mudah ditukar ganti apabila rosak serta mudah dikitar semula. Akhir sekali tubuh Concept Luna diperbuat daripada logam aluminium yang dihasilkan menerusi stesen janakuasa hidro untuk mengurangkan lagi impak kepada alam sekitar.

Dell Project Luna masih lagi sekadar konsep pada waktu ini tetapi Dell akan menggunakan pengalaman menghasilkannya untuk pengeluaran produk yang lebih mesra alam di masa hadapan.​
 
Dell Concept Luna Baharu Boleh Di Nyahpasang Dalam Masa Beberapa Minit

Tahun lalu Dell memperlihatkan komputer riba Concept Luna yang direka untuk bukan sahaja memudahkan proses untuk dibaiki tetapi juga untuk mengitarnya semula selepas tidak lagi digunakan. Ini dicapai dengan mengurangkan penggunaan skru serta gam. Hujung minggu lalu Dell menambah baik lagi Concept Luna untuk menjadikannya lebih mudah dinyahpasang.

View attachment Dell-Concept-Luna-2022-A-950x535.jpg.webp

Selepas setahun pengguna skru dan gam berjaya dikurangkan lagi. Menurut Dell, Concept Luna kini boleh ditanggalkan sepenuhnya oleh pekerja terlatih dalam masa beberapa minit sahaja dan bukan lagi berjam lamanya. Proses menyahpasang menjadi lebih pantas dengan bantuan robot di kitar semula. Apa yang dilakukan Dell ini mirip dengan yang dilakukan Apple menerusi robot Daisy dari tahun 2018.
​
​


Concept Luna juga dilengkapi sistem telemetri yang melakukan ramalan bilakah komponen seperti papan induk perlu ditukar. Sebagai contoh papan kekunci mungkin tidak digunakan sekiranya pemilik menggunakan Concept Luna dalam mod dermaga yang disambungkan kepada papan kekunci luaran. Dengan ini apabila dikitar semula, hanya papan induk dikitar semula manakala papan kekunci boleh diproses untuk menjadi alat ganti seperti baharu.

Pada waktu ini Concept Luna masih sekadar konsep dengan ia dilihat sebagai antara penyelesaian kepada isu lambakan sampah elektronik global.

Sumber asal https://www.dell.com/en-us/blog/dat...ustainable-pc-design-concept-lunas-evolution/​
 
Komputer Masa Depan, PC Konsep Dell Ini Mampu Di Buka Seperti Lego

Dell telah mempertontonkan komputer riba Concept Luna yang mampu mengoptimumkan dan hadir dalam rekaan ringkas untuk mempermudahkan kerja-kerja membaik pulih. Rekaan Concept Luna ini mempunyai satu port kunci di sisi komputer riba yang membolehkan individu membuka casis. Oleh itu, pengguna dapat mengakses papan kekunci, kipas, bateri, papan induk dan pelbagai lagi secara mudah dan ringkas sahaja. Pembaca boleh dapat gambar yang lebih jelas lagi melalui video di atas. Menariknya lagi, projek ini mencatatkan keputusan yang memberangsangkan sampaikan sesebuah komputer riba itu mampu dibuka dalam masa satu minit sahaja.

Dell mempunyai matlamat dengan rekaan minimum dan sederhana hanya memerlukan 4 skru sahaja dan pelekat yang sedikit untuk memegang komponen perkakasan dalaman. Usaha ini adalah bukti komitmen Dell dalam menyahut seruan dunia dalam mengurangkan e-sisa dan memperkasakan undang-undang keperluan untuk memperbaiki.
​
​

 
Back
Top
Log in Register