mhj.hafeezz
Fun Poster
- Messages
- 912
- Joined
- Nov 13, 2012
- Messages
- 912
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
Mungkin korang rasa penulisan aku nie cam syok sendiri kan? Maklumlah cuci kereta, ambil je air, baldi, sabun atau shampoo kereta basuh je lah....ye la tu, secara asasnya memang cam tu, tetapi untuk cuci kereta korang terutama kereta baru korang, tak kisah lah kereta baru proton 2016 atau kereta MPV Estima korang atau apa apa je lah jenis kereta, perlu kepada teknik tertentu supaya cat kereta baru tahan lama, tak bergaris atau berguris kasar halus serta tak lekat dengan tar, gris atau kotoran yang akan memudahkan cat.Sebaiknya cara menjaga kereta yang baik, kereta perlu dicuci setiap minggu.
Tips Pertama. Korang mesti sediakan 2 baldi ok, di samping shampoo kereta yang sesuai, serta 3 span yang sesuai, yang lembut, tak pun 3 kain kapas atau kain cuci kereta yang sesuai. Bab nie korang mesti beli lah..carik dekat kedai accessories. Aku secara peribadi gunakan kain lampin anak yang dah lama, tetapi bersih, sebab kain lampin baby lebih lembut serta fully kapas. Gunakan kain untuk membasuh yang sesuai supaya cat pada kereta tak nampak pudar.Sebab apa perlu 2 baldi, 2-3 span dan 2-3 helai kain yang lembut ? Keep reading ada penerangan di bawah.
2 Baldi
Satu hos getah untuk air
2-3 span yang sesuai
2-3 kain lembut yang sesuai
1 shampoo kereta.( dilarang guna sabun selain untuk shampoo kereta)
Tips kedua. Waktu mencuci kereta sebaiknya adalah pada awal pagi, lebih baik sebelum matahari naik. Ada gak yang suka cuci pada waktu malam, Cuma pastikan pada waktu malam lampu korang terang benderang. Membasuh kereta pada waktu awal pagi membolehkan korang dapat mengelap semua air pada badan kereta dengan sempurna sehingga kering. Air mengandungi mineral, jadi titik air yang tertinggal akan membentuk titik mineral tersebut dekat cat kereta, susah jugak nak cuci tompokan kecil apabila titik air kering nanti. Membasuh kereta waktu cahaya matahari dah kena body kereta akan menyebabkan tompokan kering dengan cepat, kalau diamati akan tertinggal tompokan kecil, kesan mineral pada air.
Tips ketiga. Sewaktu membasuh kereta, pastikan satu baldi di isi dengan air bersih dan satu lagi baldi air yang dicampur dengan shampoo kereta. Pastikan nanti sewaktu membasuh kereta kali pertama celup span ke dalam baldi berisi shampoo dan untuk celupan kali kedua bagi baldi shampoo selepas korang dan gosok ke kereta, celupkan dulu ke dalam baldi berisi air bersih, barulah korang celup span ke dalam baldi berisi shampoo. Cara ini dapat mengelakkan kesan garisan halus debu dan juga kotoran pada badan kereta yang akan mencacatkan cat kereta baru korang.Kotoran dari kereta di span akan dibersihkan pada baldi berisi air bersih tadi.
Tips ke empat. Mulakan dengan membasuh tayar dan rim tayar dahulu, rim dan tayar perlu dibersihkan dahulu ,bukan akhir sekali untuk mengelakkan debu, kotoran dan minyak kembali melekat pada badan kereta, tambah kalau korang guna semburan jet air yang kuat untuk buang kotoran pada kereta. Rim sebaiknya guna cecair pembersih yang lain. Pastikan ianya base on air. Pada waktu ini gunakan span yang pertama untuk bahagian tayar dan rim sahaja. Boleh juga menggunakan berus, untuk membasuh dan membersihkan tayar sahaja.Last sekali bilas tayar dengan air yang bersih.
Tips kelima. Gunakan span kedua untuk membasuh badan kereta. Pastikan korang alirkan air yang sederhana ke badan kereta. Mulakan dari bahagian atas,bukan bahagian bawah kereta, untuk mengelakkan kotoran , debu , minyak berpindah ke atas. Mulakan dari bahagian depan kereta kemudian ke belakang. Pastikan air dialirkan dahulu ke badan kereta, sebelum di gosok dengan span bersabun. Pastikan semua tingkap tertutup rapat. Bersihkan bahagian cermin tingkap dengan cermin untuk mengelakkan calar pada cermin tingkap.Penting untuk bilas kereta sebaik sahaja selesai sesuatu bahagian untuk mengelakkan cecair sabun kering pada badan kereta yang sukar ditanggalkan kesannya nanti.Korang boleh tukar dan bersihkan span, untuk bahagian bawah badan kereta, selepas selesai bahagian atas kereta.
Tips ke enam.Pastikan selepas selesai membersih serta membilas kereta dengan air bersih. Lap dengan kain lembut dan bersih dengan segera, Di sini gunakannya 2-3 helai kain yang lembut dan bersih tadi. Pastikan korang pantas , kalau cahaya matahari sudah muncul atau korang basuh kereta waktu cahaya matahari dan terang. Gunakan kain pertama untuk lap bahagian bumbung dan badan kereta. Sementara bahagian cermin tingkap, depan dan belakang gunakan kain lembut yang lain, dan kain ketiga untuk bahagian celahan seperti pemegang pembuka pintu, dan badan cermin sisi.
Tips ketujuh. Untuk pastikan kereta baru bersih dan bersinar serta glowing. Boleh gunakan polish atau pengilat tayar. Sebelum itu jika terdapat juga kotoran yang degil seperti gris atau tar yang halus, kortang boleh ambil kain lembut dan gosok dengan wax yang lembut , untuk hilangkan tar tersebut. Pengilap atau wax tayar adalah pelengkap. Ianya menaikkan seri kereta .Tampak lebih menarik apabila dipadukan dengan cat kereta baru korang yang bersinar dan cantik. Selamat membasuh kereta baru ya( psst...kereta lama pun boleh guna tips nie)