BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

No Longer Sell DELETED.......................................................

kalau saya dah ada B2 & D, lepas tu saya renew sendiri Lesen L saya di JPJ....jadi saya boleh dapat harga RM650 untuk buat B FULL?
 
Last edited:
KUCHING: Pengguna jalan raya khususnya generasi muda di kawasan Mas Gading diingatkan agar memandu secara berhemah terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai Dayak yang berlaku serentak sekarang ini.

“Sekarang ini musim cuti sekolah dan Hari Gawai Dayak berlaku serentak dan kita berharap pengguna jalan raya di kawasan Mas Gading akan mengekalkan pendekatan memandu secara berhemah terutama golongan muda untuk kebaikan semua pihak,” ujar Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Pejabat Daerah Lundu sebaik sahaja selesai merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Gawai di pekarangan Terminal Bas Pasar Lundu semalam.

Nogeh turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya Bahagian Kuching bersama Jabatan Keselamatan Jalan raya Negeri Sarawak dan Pejabat Daerah Lundu atas kejayaan penganjuran program tersebut.

Selain mengedarkan risalah keselamatan dan penerangan ringkas, Nogeh turut mengagihkan 50 unit topi keledar dewasa dan kanak-kanak yang turut disaksikan oleh Pengarah Keselamatan Jalan Raya Negeri Sarawak Davina Agnes Enteli, Residen Bahagian Kuching Abdul Rahman Sebli Senusi dan Pegawai Daerah Lundu Azmi Bujang.

Kempen yang bermula pada jam 8.

00 pagi itu turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan kaunselor-kaunselor yang turut menghadiri acara tersebut.
 
skrg pelajar da bole pilih auto or manual ke?dlm lesen nti state mcmne??
 
Applying these basic driving techniques correctly, they can make your drive a lot more comfortable.
Tweet
Facebook Share
Google Plus Share
Driving posture
How important do you think it is to adjust your seat and the controls in your car to suit your height and build?

The answer is very important! It doesn’t just help with your comfort level but it also reduces fatigue, improves your control, and allows the safety features of your car to do their thing.

Seatbelts
Wear your seatbelt low, flat and firm.

Low – When you connect your seat belt, make sure it is under your waist, this is to make sure your body weight is fully secure
Flat – The belt must be kept flat and there shouldn't be any twists, turns or folds
Firm – Every now and then, pull your seat belt so it removes any slack.
Airbags
Airbags can be life savers, however, by not adjusting your seat and steering wheel to suit your body, the airbag will become a lot less effective if you are involved in a crash.

To get the most benefit from the driver’s airbag, the steering wheel should be adjusted to face the driver’s chest rather than face.

Braking techniques
Braking hard and fast can cause skidding and a loss of control, especially on gravel or wet roads. A two stage process should be used when you brake:

First put some light pressure on the brake
Then progressively increase pressure to bring your vehicle to a stop.
Steering techniques
Below are some handy techniques to help you better control your car when driving

Make sure you steer the car smoothly and, try to avoid sudden movements
Slow down before turning and wait until your car starts to straighten before accelerating
When steering, keep both hands on the outside of the steering wheel, and place your thumbs along the seam of the wheel.
 
MIRROR ADJUSTMENT AND SETTING THE MIRRORS
The correct mirror adjustment on your car will be explained by your driving instructor during the cockpit drill on your first driving lesson.
If you haven’t taken the time to properly setup your vehicle’s mirrors just before a driving test, the examiner may notice if the mirrors are not properly adjusted and if your observations are affected, this may impact the results of your test.
The correct adjustment of car mirrors is important in regards to safety to yourself, your passengers and other road users, but also critical for aiding you in passing the test as all-round observation is essential.

This section explains how to correctly adjust your car mirrors along with tips for using your mirrors during a driving test.

INTERIOR REAR VIEW MIRROR ADJUSTMENT
Rear View Mirror
Interior rear view mirror adjustment
The rear view mirror is an exact representation of the distance of objects behind you as the glass is flat.

Sit in your normal driving position and using your left hand, grip the plastic surrounds of the mirror and move it so that you can see the entire rear window and as little of the interior as possible. ‘Frame’ the rear window in the mirror.

Be careful not to touch the glass as this will smear it and will produce glare if driving at night.

RIGHT DRIVER DOOR / WING MIRROR ADJUSTMENT
Right wing Mirror
Right wing mirror adjustment
Sitting in your normal driving position, adjust the right wing mirror so that the horizon (the point at which the road disappears into the distance) is in the centre of the mirror. Ensure there is only a very small portion of the side of your car in the left side of the mirror. This will allow you to see more of the road behind you.

It’s important that you adjust the mirrors in the driving position after you have adjusted the seats correctly or you will need to set the mirrors again.

LEFT DRIVER DOOR / WING MIRROR ADJUSTMENT
Left wing Mirror
Left wing mirror adjustment
Adjust the left wing mirror using the same technique as the right mirror, sitting in the driving position.

TIP
Set the left mirror slightly lower than the right mirror. This will allow you to have a better view of the kerb (or curb as also known) whilst doing manoeuvres such as the reverse round a corner. Ensure you do not set the mirror too low and that you can still see clearly the end of the road.

ADDITIONAL MIRRORS
Additional mirrors can be purchased that attach to the wing mirrors. These mirrors increase the viewing angle for what can be seen behind the vehicle. Although some of these mirrors are call blind spot mirrors, they should never replace a physical check of the blind spot. These additional mirrors can be used in the driving test and can provide a better view of the kerb when doing manoeuvres.

WIDE SET MIRRORS
Setting the mirror wide so that you cannot see any of your own vehicle in the side mirror is a method used by some individuals. This technique apparently covers the blind spots so reduces the need to physically turn your head to check the blind spot as frequently, if at all.

This method is not recommended for learner drivers or the driving test. Setting your mirrors wide can lead to the possibility of increased blind spots and regardless of how your mirrors are set or if you are using additional blind spot mirrors, it should never replace a physical check of the blind spot before changing direction. This is dangerous and will instantly fail a driving test.

ALTERING THE MIRRORS DURING A DRIVING TEST
Adjusting the mirrors correctly before driving is important for safety and before the driving test. If at any point during a driving test you decide you are not happy with how your mirrors are set, ensure you pull over in a safe and legal position and secure the car before altering them.

It is acceptable to adjust the mirrors before a manoeuvre on a driving test if it is to make the manoeuvre safer by providing better observation. Although this is acceptable, it is perhaps not advised due to a learner forgetting to re-set the mirrors when the manoeuvre has been completed. Instead, if you are struggling to see the kerb or pavement on manoeuvres, purchase a set of additional mirrors that attach to your existing wing mirrors.
 
Memandu cara yang betul

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.

Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk. Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.

Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.

Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?
 
Back
Top
Log in Register