BTC USD 80,625.4 Gold USD 4,356.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

No Longer Sell DELETED.......................................................

Terdapat beberapa cara yang boleh diajar kepada calon-calon untuk meletakkan kenderaan secara membelok atau “side parking” ini. Walaubagaimanapun, sesesorang calon dinasihatkan perlu terlebih dahulu memahirkan diri dalam pengawalan “clutch” dan “brake” sebelum belajar melakukan “side parking” ini. Ia penting supaya calon dapat mengikut langkah-langkah yang diajar dan supaya kenderaan tidak terlalu laju dan mudah untuk dikawal.

Hari ini saya akan menerangkan bagaimana untuk meletakkan kenderaan secara membelok atau “side parking” ini bardasarkan langkah-langkah yang dinamakan 7 tiang. Ianya teknik yang popular diajar oleh kebanyakan tenaga pengajar di institut-institut memandu.

Nota di bawah ini saya fikir agak mudah untuk diikuti dan cuba untuk faham dan ingat betul-betul. Jika anda berjaya menghafalnya anda pasti akan berjaya untuk lulus ujian JPJ nanti. Tapi ingat, ini hanyalah sebagai rujukan. Anda boleh bertanya dengan Pengajar anda jika perlu kerana Pengajar anda pastinya lebih memahami bagaimana untuk mengajar anda dengan lebih baik.

Langkah Gear Steering Mata Cara
1 R Tegak Tiang 1 dan cermin segi tiga belakang sebelah kanan
Luruskan tayar.
Pandang cermin segi tiga belakang sebelah kanan.
Undur kereta sehingga tiang 1 berada di tengah cermin tersebut dan berhenti.
2 R Kiri habis Tiang Belakang dan cermin pandang sisi sebelah kanan
Pusing steering ke kiri sehingga habis.
Pandang cermin pandang sisi sebelah kanan.
Undur kereta sehingga anda melihat tiang belakang yang ketujuh dan berhenti.
3 R Kanan 2 kali Tiang 1 dan depan cermin pandang sisi sebelah kiri
Pusing steering ke kanan sebanyak 2 kali.
Undurkan kereta sehingga depan cermin pandang sisi sebelah kiri selari dengan tiang 1 dan berhenti.
4 R Kanan habis Tiang belakang
Pusing steering ke kanan sehingga habis.
Toleh ke kiri untuk melihat belakang.
Undur sehingga menghampiri tiang belakang dan berhenti.
5 1 Kiri 2 kali Tiang depan
Pusing steering ke kiri 2 kali.
Bergerak ke hadapan sehingga menghampiri tiang depan.
6 N – –
Bebaskan gear, tekan horn dan angkat tangan menandakan anda sudah selesai.
7 R – Tiang belakang
Toleh ke kiri untuk melihat belakang.
Undur sehingga menghampiri tiang belakang dan berhenti.
8 1 Kanan habis Tiang 1 dan setengah cermin penumpang depan sebelah kiri
Pusing steering ke kanan sehingga habis.
Bergerak ke hadapan sehingga tiang 1 selari dengan setengah cermin penumpang depan sebelah kiri.
9 1 Kiri habis –
Pusing steering ke kiri sehingga habis.
Bergerak ke hadapan sambil tegakkan tayar.
Pastikan anda tidak melanggar tiang 1 atau tiang di sebelah kanan anda.
 
tt ni adik ex housemate aku
dah pernah jumpa
mmg direkemenkan pada yg nak ambik
100%
 
Back
Top
Log in Register