BTC USD 80,625.4 Gold USD 4,356.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

No Longer Sell DELETED.......................................................

Bahagian Pertama :

Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu. Pakai baju pemantul cahaya dengan kemas.

Bahagian Kedua :

1- Pusingan 8

Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian JPJ ialah membuat pusingan 8. Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu menggunakan gear kedua (sepanjang masa). Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Guna lorong sebelah kiri pada sepanjang masa. Calon sama sekali tidak dibenarkan menurunkan kaki ke atas jalan raya.

2 - Laluan Titi

Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

3 - Laluan Kon Zig Zag

Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya.

4 - Brek Kecemasan/Emergency

Terakhir dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan. Dengan had laju yg sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang yg diberikan. Calon perlu menekan brake kaki terlebih dahulu kemudian baru menggenggam dengan seluruh jari brake tangan. Jangan lepaskan brake. Hendle motor disengetkan ke kiri kemudian pandang ke arah pegawai JPJ. Ketika berhenti hanya kaki kiri saja memijak jalan raya, kaki kanan masih di atas brake.

Bahagian Ketiga :

Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.

Pastikan calon memberikan isyarat tangan kanan (melambai) sebanyak tiga kali di tiga lokasi. jika ingin membelok beri isyarat tangan kiri sekali saja. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Bebaskan semua gear kemudian matikan enjin motor. Apabila selesai, turun dari motor dan letak motor tersebut dengan tongkat atau “Stand” dua kaki. Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah.

Diharapkan tips di atas dapat membantu calon menghadapi ujian. Semoga Berjaya.
 
Alah sy ambik kat sinih lah
...skg hrge meningkat sikit dh xsilap pkus undg2 bru huhu
 
macam menarik je ni.......
 
Back
Top
Log in Register