BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Deleted

Persoalan yang perlu guna otak sebelum tanya soalan di atas.

1. Abang rasa wujud lagi ke Ahli Kitab pada akhir zaman ini.

Sekian terima kasih

mungkin ada..who's know..cuma mungkin kat malaysia susah cari..
 
zaman sekarag kalau kawin dgn ahli kitab dah tak sah ke?

cina kristian, india kristian, iban kristian, komfem bukan ahli kitab..

klu arab kristian, bleh jd, tp kena kaji smpai belakang belakang belakang belakang belakang..

tgk plak kitab ape yg die pakai, yg modified @ ori..

aku pun xpandai sgt bab agama, ni setakat yg aku belajar, kalau salah betulkan..:)
 
cina kristian, india kristian, iban kristian, komfem bukan ahli kitab..

klu arab kristian, bleh jd, tp kena kaji smpai belakang belakang belakang belakang belakang..

tgk plak kitab ape yg die pakai, yg modified @ ori..

aku pun xpandai sgt bab agama, ni setakat yg aku belajar, kalau salah betulkan..:)

jawapan macam ni yg aku perlukan..

pernah baca dulu(10-15 tahun lepas rasanya) perdebatan tentang berkahwin dgn ahli kitab, tapi dah terlupa solutionya~X(~X(..

siapa yg pakar tentang isu ni, tolong komen..nak recall balik..:D:D
 
mungkin ada..who's know..cuma mungkin kat malaysia susah cari..

ermmm, pada saya, susah dah nak cari, dan mungkin tidak wujud sama sekali, sebab status ahli kitab ni bergantung kepada kitab mereka, jika telah diubah suai, maka mereka bukan ahli kitab.

dan Kristian di Malaysia ini di bawa oleh Pendakwah Kristian. Dan Pendakwah mereka pun ada yang GAY.. maaf tadi saya quote komen ada dengan ayat yang kurang sedap...
 
Nasihat elok2. Kalau taknak,lapor je kat Jabatan Agama. Demi kebaikan si dia juga. InsyaAllah.
 
kalau Pakcik TT, maksudnya TT nie ank saudara laa, kalau TT bg nasihat mmg x jalan. Antaranya

1. cari org yg dia hormat utk nasihat kpd nya
2. Pihak berkuasa, laporan.

Mak saudara xnk masuk islam ker???

dah tu kawin mcm mn?? cuma takut pakcik TT lak yg ikut makcik
 
perkahwinan pakcik kau tu sah disisi agama.

moga2 dgn perkahwinan tu boleh buat isteri dia terbuka terima islam.
 
Persoalan yang perlu guna otak sebelum tanya soalan di atas.

1. Abang rasa wujud lagi ke Ahli Kitab pada akhir zaman ini.

Sekian terima kasih

asalkan orang kristian atau yahudi tu percaya pada Allah (walaupun pastu diorang percaya yg nabi isa dan uzair tu anak Allah), mereka tetap digolong sebagai ahli kitab. selanjutnya, blh baca jawapan dr zaharuddin di link bawah ni.

http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/241-status-ahli-kitab-hari-ini.html

Pakcik aku ni kahwin dengan seorang perempuan beragama kristian, but masalahnya perempuan tu tak convert pun.
So sekarang pakcik aku dah kahwin dan ikut perempuan tu dan dah tinggal dengan dia.

Our family dah puas nasihat taknak dengar pulak. Sekarang dia dah menghilang dan tak dapat contact dia.
Kalau korang kat tempat aku apa korang akan buat ?
Apa tindakan yang boleh dibuat untuk menyelamatkan dia ni ?

Asalkan pakcik TT masih islam, takde masalah walaupun makcik TT tu masih kristian. in sha Allah, nnt pakcik TT akan bawa makcik TT masuk islam.

tapi, kalo pakcik TT convert kristian, tu lain cerita la. dah kira murtad dah tu (T.T).

Camner cara akad nikah tu? kat siam ke, atau kat gereja?
 
Last edited:
pendapat UZAR:


Ulama semasa berbeza pandangan dalam menentukan status ahli kitab ini pada zaman ini.

1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI

Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya.

Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga.



2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI

Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi.

Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :

إنهم لم يأخذوا من النصرانية إلا شرب الخمر وأكل الخنزير

Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan ****" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)

Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya.

Ia juga berdasarkan athar :-

عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتاب الطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).

Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )

Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya.

Kesimpulan saya

Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar ‘Muslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan).

Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :-

يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم ولا تقولوا على الله إلا الحق، إنما المسيح عيسى بن مريم رسول الله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، فآمنوا بالله ورسله، ولا تقولوا: ثلاثة، انتهوا خيرا لكم إنما الله إله واحد، سبحانه أن يكون له ولد، له ما في السموات وما في الأرض، وكفى بالله وكيلا**النساء:171

Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171)

Wallahu a'lam.

p/s : Sepuluh malam terakhir dah hampir...Jgn lepaskan peluang..

ust zaharuddin abd rahman

19 Ramadhan 1427 H (12 Oktober 2006)


moga dpt manfaat.
 
kristian zaman nabi pun percaya pada konsep trinity juga, macam sekarang ni. tu sbb banyak ayat al-quran yg membantah tentang konsep ni, antaranya dalam surah al-ikhlas.

wallahu a'lam.
 
Back
Top
Log in Register