Tips:
1. Baca bismillah dulu sebelum naik/start motor. Nawaitu kena betul. Kalau bawak motor dengan tujuan nak p meragut, merempit ke disko ke..aku x jamin, dah sahla korang buat dosa..so kalau excident pon berbaloi la kan pembalasan tu..haa padan muka..!
2. Baca la doa atau selawat masa tengah nunggang motor tu. Allah pun ada berfirman, siapa yang dok ingat Dia, Dia akan ingat juga kat orang tu. Barulah berkat dan insyaAllah dilindungi-Nya. Aku selalu pagi2 baca ayat kursi 7 kali (kadang-kadang tak ingt berapa kali, janji baca sebagai ayat pelindung diri)
3. Selalu tgok cermin sisi (side mirror). Aku selalu buat dalam setiap 5-10 saat. Kadang-kadang cam tak caya sesaat tengok cermin sisi, takdak kenderaan lain kat belakang, tengok lak sesaat lepas tu, ehhh ada lak kereta/motor!! Siap potong kita lak tu..Kalau kita tak kisah tetiba bawak gelong kiri/kanan sikit pun memang nahas la..Jadi, rajin-rajinla jeling-jeling side mirror tu yer!
4. Jaga jarak motor korang dengan kenderaan lain depan dan belakang. Kalau boleh sekangkang kera yer..! (sila rujuk ukuran di kamus klasik Malaya) =p
5. Mengalah – Kalau perasan ada kereta/motor lain yang dekat dengan kita bawak macam pelesit dan mungkin kita berfikiran positif yela kalau depa nak terberak ka, nak hantar orang sakit ka, bini nak beranak ka..so xpayah nak berlumba lak..bagi je laluan..bukan rugi pon..!
6. Sentiasa baca pergerakan kenderaan lain. Kalau jalan jem/sesak, kita kena tengok kenderaan yang berada selang 2 atau 3 buah di depan supaya kita tak brek mengejut dan merempuh kenderaan di hadapan. 1 lagi kalau kereta/lori nak keluar simpang, kadang2 sukahatidanpankreas depa ja main keluar tanpa tggu kita lalu dulu, tak pasai2 kena brek mengejut, so ada 2 situasi kita kena tgok, 1st situasi di mana ada kenderaan lain kat blah kanan, biasanya kereta/lori akan tunggu, 1 lagi situasi kita sorang2 je yang ada, biasanya kereta/lori akan keluar simpang tanpa peduli kita..yelah motor je, apa depa kisah..tapi depa xtaw betapa takutnya kita kalau kena brek mengejut secara tiba2 kan (seriau tol klu benda cm ni jadi)...so apa yang kita kena buat adalah kurangkan laju, ubah motor ke kanan sikit, tapi masih di lorong yang sama dan bunyikan hon
7. Bunyikan hon kalau rasa diri terancam. Hon juga boleh menunjukkan rasa marah.
8. Jangan pentingkan diri sendiri – Ingat jalan raya/ lebuh raya tu bukan bapak kita yang punya, so kalau rasa nak bawak slow2 sambil bersiar2, jadi sila tunggang di tepi2 blah kiri ye, bukan di tengah jalan yer.
9. Guna signal sebaik-baiknya. Signal sgt penting sama ada nak belok, berhenti atau ada kecemasan. Kalau tak confident nak tukar lorong/ belok di jalan besar, bagi signal awal, dan tengok ke belakang, bagi jugak isyarat tangan..kalau tak confident lagi, bagi sekali isyarat kaki…hohoho..
10.Pakai apa saja alat keselamatan yang boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang.! Peace yo^^.