BTC USD 81,081.1 Gold USD 4,378.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Deleted thread

xde ckp psl memasak pun... :)paid:)paid:)paid :">:">:">

Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.


laki suruh masak kena patuh tak?
 
Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.


laki suruh masak kena patuh tak?

Apa yang saya tahu (dari sumber Berita Harian bile entah) fatwa tentang kerja rumah bukan tanggungjawab isteri dikuarkan oleh Mufti Johor pada tahun 80-an dulu. Tapi menurut beberapa komentar, dia tak menyebut scara jelas kerja siapa, cuma bukan tanggungjawab isteri, kerana tanggungjawab isteri adalah hanya melayan kehendak suami dan tak keluar rumah tanpa izinnya. (Saya tak tahu isinya yang asal sebab saya tak baca :D) Ada beberapa pendapat kata tanggungjawab suami untuk mencarikan pembantu untuk isteri.

Daripada beberapa komentar di forum2 dan web2 kemusykilan agama yang membincangkan perkara ni, dalam buku fatwa tu cuma dinyatakan TIDAK WAJIB bagi isteri untuk buat kerja rumah, masak, kemas segala tapi TIDAK pula diwajibkan benda2 tu ke atas suami. Tidak dinyatakan secara jelas kepada siapa benda2 tu dipertanggungjawabkan.

Kalau dari segi bahasa, wajib maknanya jatuh. Dari segi istilah maknanya adalah perkara2 yang diperintahkan oleh syarak untuk dilaksanankan… compulsory, kena jugak buat kalau tak buat berdosa.

Jadi kalau kita cuba dalami maksudnya tu, dinyatakan kerja2 rumah tu TAK WAJIB ke atas isteri, maknanya TAK BERDOSA kalau tak buat, dan boleh di-outsource kepada orang lain i.e. suami atau orang gaji. Tapi perkara2 wajib seperti melayan kehendak suami dan tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, adalah BERDOSA kalau dilanggar. Tak bole outsource OK!

Jadi tak adalah masalah siapa yang kena buat kerja rumah. Kalau dah sama2 kerja di luar, sama2 lah bahagi2 buat kerja. Ada yang memang isteri buat semua, kalau rasa tak larat, bincanglah dengan suami. Ada suami yang bertindak membantu isteri dan ada juga yang “Takpe kalau penat tak payah buat, Abang tak kisah rumah bersepah” :D

Jadi tak payahlah brgaduh2 ini kerja sapa itu kerja siapa. Syukurlah Allah tak syariatkan yang isteri WAJIB buat kerja rumah semua tu, kang habisla semua isteri jatuh pengsan.

Kadang2 istilah2 agama ni dah bercampur2 dengan istilah yang kita pakai harian. Contohnya istilah wajib, kita selalu cakap “Kau WAJIB datang tau!”, dan wajib dalam ayat tu tak sama dengan wajib “Kita WAJIB solat 5 kali sehari”. Perkataan2 lain pun macam ‘bohong sunat’ dan sebagainya tu pun.. tak adanya boleh pahala sunat kalau kita bohong sunat.
 
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.

Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami. Bukan isteri!

Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-

* Menjaga anak
* Menyediakan makan-minum isteri
* Mengurus segala keperluan rumahtangga
* Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
* Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya

Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.

Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.

Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
 
Ulamak juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawab isteri. Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas.

Namun, adalah menjadi SATU BONUS JIKA ISTERI YANG MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH sendiri.Walaupun begitu, tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri dan yang paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorang lelaki. Walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga untuk menyediakan sendiri hidangan untuk suami kerana kasih suami akan bertambah dan ‘melekat’ jika perutnya sentiasa di isi dengan hasil air tangan isteri. Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumahtangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan.

Namun, perlu diingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi bonus kepada isteri untuk terus menawan hati suami bukan bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai hamba. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja-kerja rumah PERLU DILAKUKAN BERSAMA-SAMA ataupun lakukanlah pembahagian tugas. Jika isteri sibuk di dapur, maka suami pula uruskanlah hal anak-anak. Suami juga boleh memasukkan pakaian yang hendak dicuci ke dalam mesin basuh ataupun menjemur pakaian yang telah dicuci di ampaian. Dalam zaman serba maju ini, jika wanita dah boleh melakukan pelbagai kerja yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum lelaki, adalah wajar jika suami juga melakukan kerja-kerja yang dulunya dilakukan oleh kaum wanita. Dalam situasi ini, ibu bapa dan masyarakat perlu faham dan tidak mencari pasal. Isu ‘queen control’ tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Kesimpulan yg sy dpt, xsalah dan xwajib untuk isteri membuat kerja2 memasak itu.... :D:D:D
 
Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

laki suruh masak kena patuh tak?

Betul tu, aku ada tya ustaz dia pun ckp mcm tu..
w/pun tugas memasak sbnarnya golongan suami tp bila suami
suh masak tu adalah suatu arahan, & bila isteri buat, dia
juga dpt pahala. Besar pahala bila menyediakan makanan utk suami w/pun hya segelas air kosong. Lgpun kalau soh sang suami masak, buat lain jd lain rasanya..:)
Berkenaaan ngan topik thread ni lak, bagi aku x salah
kalau wanita xtau masak, tp salah kalau x menyediakan makanan utk dia pya keluarga.
Kalau isteri pndai masak sebenarnya salah satu kunci kebahagian rumahtangga..x gtu:">:">
 
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.


laa.. jate ko...

~X(~X(~X(~X(
 
Betul tu, aku ada tya ustaz dia pun ckp mcm tu..
w/pun tugas memasak sbnarnya golongan suami tp bila suami
suh masak tu adalah suatu arahan, & bila isteri buat, dia
juga dpt pahala. Besar pahala bila menyediakan makanan utk suami w/pun hya segelas air kosong. Lgpun kalau soh sang suami masak, buat lain jd lain rasanya..:)
Berkenaaan ngan topik thread ni lak, bagi aku x salah
kalau wanita xtau masak, tp salah kalau x menyediakan makanan utk dia pya keluarga.
Kalau isteri pndai masak sebenarnya salah satu kunci kebahagian rumahtangga..x gtu:">:">

ringkas dan padat....hehehe :D:D
tp xsalah la kalo xpandai msk.....tu je yg nk tau...
yg len2 tu xdinafikan....
 
sy pandai masak..tp jarang memasak..ok jer..
 
Back
Top
Log in Register