Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
laki suruh masak kena patuh tak?
Apa yang saya tahu (dari sumber Berita Harian bile entah) fatwa tentang kerja rumah bukan tanggungjawab isteri dikuarkan oleh Mufti Johor pada tahun 80-an dulu. Tapi menurut beberapa komentar, dia tak menyebut scara jelas kerja siapa, cuma bukan tanggungjawab isteri, kerana tanggungjawab isteri adalah hanya melayan kehendak suami dan tak keluar rumah tanpa izinnya. (Saya tak tahu isinya yang asal sebab saya tak baca

) Ada beberapa pendapat kata tanggungjawab suami untuk mencarikan pembantu untuk isteri.
Daripada beberapa komentar di forum2 dan web2 kemusykilan agama yang membincangkan perkara ni, dalam buku fatwa tu cuma dinyatakan TIDAK WAJIB bagi isteri untuk buat kerja rumah, masak, kemas segala tapi TIDAK pula diwajibkan benda2 tu ke atas suami. Tidak dinyatakan secara jelas kepada siapa benda2 tu dipertanggungjawabkan.
Kalau dari segi bahasa, wajib maknanya jatuh. Dari segi istilah maknanya adalah perkara2 yang diperintahkan oleh syarak untuk dilaksanankan… compulsory, kena jugak buat kalau tak buat berdosa.
Jadi kalau kita cuba dalami maksudnya tu, dinyatakan kerja2 rumah tu
TAK WAJIB ke atas isteri, maknanya
TAK BERDOSA kalau tak buat, dan boleh di-outsource kepada orang lain i.e. suami atau orang gaji. Tapi perkara2 wajib seperti melayan kehendak suami dan tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, adalah BERDOSA kalau dilanggar. Tak bole outsource OK!
Jadi tak adalah masalah siapa yang kena buat kerja rumah. Kalau dah sama2 kerja di luar, sama2 lah bahagi2 buat kerja. Ada yang memang isteri buat semua, kalau rasa tak larat, bincanglah dengan suami. Ada suami yang bertindak membantu isteri dan ada juga yang “Takpe kalau penat tak payah buat, Abang tak kisah rumah bersepah”
Jadi tak payahlah brgaduh2 ini kerja sapa itu kerja siapa. Syukurlah Allah tak syariatkan yang isteri WAJIB buat kerja rumah semua tu, kang habisla semua isteri jatuh pengsan.
Kadang2 istilah2 agama ni dah bercampur2 dengan istilah yang kita pakai harian. Contohnya istilah wajib, kita selalu cakap “Kau WAJIB datang tau!”, dan wajib dalam ayat tu tak sama dengan wajib “Kita WAJIB solat 5 kali sehari”. Perkataan2 lain pun macam ‘bohong sunat’ dan sebagainya tu pun.. tak adanya boleh pahala sunat kalau kita bohong sunat.