BTC USD 81,506.8 Gold USD 4,352.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Deleted thread

aku nk neutral...
50-50
klu pandai bgsla klu x
aku akn suh bini aku blajar..
perlahan2...
biar xsedap janji dpt rasa air tangan seorg isteri yg masak dgn ikhlas untk ku...
heheheh....

betul betul.... aku sokong!! :)cgrock
 
psssttt....
mintak dalil or hadis or firman or fakta yg boleh mengesahkan haram ni... :-?:-?:-?

nk tau jugak ni..... :D:D

benda macam ni, patut semua orang islam yang dah dewasa tau, lepas kawen syurga bawah tapak kaki suami. ke tatau lagi?

tak cakap pun haram tak boleh masak, tapi haram tak dengar cakap suami kalau suruh masak tak nak sebab tak reti masak kecualilah ada tolak ansur antara mereka
 
Last edited:

nk dalil..... :D:D
 
tak salah, tapi BERDOSA apabila suami suruh masak tak nak masak sebab tak reti masak. jadi persiapkanlah diri anda untuk menjadi isteri, kecualilah bakal suami tu ada cakap, tak pe, tak reti masak pon I SAYANG U, I TAK KISAH.

ape lah wanita skng x reti masak.. masak maggie reti pulak :))
 
Apa yang saya tahu (dari sumber Berita Harian bile entah) fatwa tentang kerja rumah bukan tanggungjawab isteri dikuarkan oleh Mufti Johor pada tahun 80-an dulu. Tapi menurut beberapa komentar, dia tak menyebut scara jelas kerja siapa, cuma bukan tanggungjawab isteri, kerana tanggungjawab isteri adalah hanya melayan kehendak suami dan tak keluar rumah tanpa izinnya. (Saya tak tahu isinya yang asal sebab saya tak baca :D) Ada beberapa pendapat kata tanggungjawab suami untuk mencarikan pembantu untuk isteri.

Daripada beberapa komentar di forum2 dan web2 kemusykilan agama yang membincangkan perkara ni, dalam buku fatwa tu cuma dinyatakan TIDAK WAJIB bagi isteri untuk buat kerja rumah, masak, kemas segala tapi TIDAK pula diwajibkan benda2 tu ke atas suami. Tidak dinyatakan secara jelas kepada siapa benda2 tu dipertanggungjawabkan.

Kalau dari segi bahasa, wajib maknanya jatuh. Dari segi istilah maknanya adalah perkara2 yang diperintahkan oleh syarak untuk dilaksanankan… compulsory, kena jugak buat kalau tak buat berdosa.

Jadi kalau kita cuba dalami maksudnya tu, dinyatakan kerja2 rumah tu TAK WAJIB ke atas isteri, maknanya TAK BERDOSA kalau tak buat, dan boleh di-outsource kepada orang lain i.e. suami atau orang gaji. Tapi perkara2 wajib seperti melayan kehendak suami dan tak boleh keluar rumah tanpa izin suami, adalah BERDOSA kalau dilanggar. Tak bole outsource OK!
 
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya.

ade sesiapa boleh tlg sahihkan bende ni x?? #:-S#:-S
 
nk dalil..... :D:D

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

banyak bebenar la boleh cari sendiri dalam internet. meh kawen ngn abg meh kalo tak kawen lagi,boleh abg ajar :">:"> :)):))
 
Last edited:
jgn jd macam bini pak bomoh dlm u saka pegi main jauh2 da le, reti masak telur dadar jek...lepas tu masak bawang x yah potong2 kasik campk bulat2 ahaha
 
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya:

Maksudnya:

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

banyak bebenar la boleh cari sendiri dalam internet. meh kawen ngn abg meh kalo tak kawen lagi,boleh abg ajar :">:"> :)):))

xde ckp psl memasak pun... :)paid:)paid:)paid :">:">:">
 
Back
Top
Log in Register