agenloan
Active+ Member
- Messages
- 4,242
- Joined
- Oct 17, 2011
- Messages
- 4,242
- Reaction score
- 50
- Points
- 35
Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan
menumbangkan menara antena di atas bumbung
bangunan Umno negeri di Jalan Macalister.
Struktur tersebut yang
terletak di atas
bumbung bangunan 23
tingkat itu, jatuh di atas
jalan raya.
Menurut Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pihak polis telah
dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera
mengambil langkah keselamatan.
Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata
setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera
serius dan telah dihantar ke hospital.
Menurutnya, kira-kira tujuh buah kereta rosak dan
beliau berharap tidak ada lagi mangsa terlibat.
Lim menggesa Umno negeri supaya segera
membuka bangunan itu supaya tindakan segera
yang
boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian
bumbung jatuh.
Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang
dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena
itu
runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan
raya, dua daripadanya parah.
Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai,
tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong
gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.
Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan
pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama
tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.
Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda
Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata,
beliau dimaklumkan bahawa antena di atas
bangunan itu telah runtuh.
Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu
dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan
tujuh.
"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam,"
katanya.
Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera
parah dan telah dihantar ke hospital untuk
rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa
terbabit cepat sembuh.
"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang
perlu dilakukan," katanya.

Last edited: