BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Definisi teman bagi anda

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
219
Points
123
kawan, sahabat, rakan, geng, saing, teman, dan bermacam istilah diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa....

begitu jugalah yang dapat memberikan 'sesuatu' pada diri sendiri. Samada berbentuk input rohani, jasmani, atau juga input buah fikiran....

kawan amat kuat pengaruhnya pada diri individu....

tambahan pula yang baharu hendak kenal dunia, yang baharu hendak bertatih dalam alam yang selama ini 'asing' bagi dirinya....

dan begitulah siapa sahaja yang berada di sekeliling berpotensi untuk menjadi seorang kawan.....

samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap.....

cuba tanya sendiri dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang sewaktu dengannya itu....?

atau sebenarnya perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang di telan waktu....?

untuk mencari kawan memang mudah (ini bagi yang peramah), atau sukar (bagi yang masih 'berat mulut', mungkin juga malu kerana jarang berhubungan dengan manusia) adalah dari diri sendiri juga datangnya. Malahan tentu guru di sekolah pernah berceloteh panjang bercerita tentang bagaimana cara mencari seorang kawan atau teman....

atau ibu dan ayah pernah menasihati 'cari kawan yang macam nih', jangan berkawan dengan orang yang macam itu'....

selagi nasihat dijadikan bekalan insya ALlah selamatlah diri dalam menyelusuri kehidupan....

jadi, apa difinisi teman bagi anda.....?:">:">
 
teman aku pi shopping.....
 
:p:p ape beza teman ngan teman sejati? :-?:-?:p:">

'teman' dinyanyikan kumpulan XPDC

'teman sejati' dinyanyikan kumpulan BROTHERS


'teman tapi mesra' dinyanyikan RATU..



macih...:">
 
Back
Top
Log in Register