BTC USD 83,560.3 Gold USD 4,167.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Definasi Sufi dan Tasauf

Alhamdullillah...

Negeri 9 tak apalah jabatan Mufti jaga Torikat...hehheee :D dah memang org yg faham....negeri negeri lain kalao ada...masak...:eek:


Kat perak ..Syukur juga ulama ulama sebelah sini memandang baik pada Torikat :D

Cumanya...pernah berlaku satu masa ...ada timbul pelbagai fitnah...jadi...Seorg pegawai jabatan Agama (Khadi) pun ditugaskan menyiasat Torikat kami:-? (Tuan Mursyid sendiri yg cerita kisah ni pada saya masa saya ziarah Tuan mursyid aritu)

Tuan Khadi ni bijak...dia tak terus serbu...tapi..dia datang ke kampung kami sambil menyiasat sambil bersiar siar....& dia dapat tahu ada seorg tukang urut yg buta matanya di kg ni...kebetulan dia juga suka berurut!

So..dia pun datang berurut dgn org Tua buta tu...menadangkan rumah org Tua tu hampir dengan Surau Torikat ...dia pun cuba cuba bertanya org Tua tu...apa apa yg beliau tahu tentang Torikat naqshabandiah di situ..

Tn Khadi makin syaiok bila org Tua tu dapat jawab segala kemusykilan dia tentang Torikat naqshabandiah dengan baik sekali!...beberapa kali dia ulang berurut...dia bagi lagi banyak soalan...& semuanya dijawab dgn baik oleh org tua tu..


Akhirnya...dia pun terfikir naj bertanya...bagaimana org Tua buta tu boleh tahu begitu banyak tentang Torikat Naqshabandiah Kholidiah ?..apa hubungan dia dgn torikat di situ?

Org Tua tu pun jawab dgn rendah diri....:
"Tarikat Naqshabandiah Kholidiah di surau Yahyawiah ni...sayalah Mursyidnya"

Terkejut Tuan Khadi!...

Tuan Mursyid kemudian bertanya balik pada Tuan Khadi : "Dari pada apa yg dah saya cerita pada Tuan...apa pandangan Tuan tentang Torikat kami?"

Tuan Khadi terus bagitau Mursid..." Alhamdullillah...semuanya memang muafakat/bertepatan dgn apa yg ada dlm ilmu kami"..kata Tuan Khadi!

Last last,,dar niat nak menyiasat & munkin rush...akhirnya Tuan Khadi dah bertukar jadi murid ...:D


p/s : Kalau Tuan mursid tahu ni..mintak mintak jaganlah dia marah kat saya:D

Saya bukan nak promo atau apa...tapi..walaupun mata Tuan Mursyid buta kedua belahnya sejak umur belasan tahun..Tuan Mursyid selalu saja mengkagumkan saya dari segi "melihat" nya..

(Dr segi lain tu..lagilah!..malas lah nak cerita:)) )

Tapi...pernah sekali isteri saya kagum habis bila Tuan Mursid bercerita tentang cara nak pi Jalan Pahang daripada Bulatabn Jalan Kucing...siap boleh bagi tau kiri kanan...:eek:...masa sembang isteri saya tak perasan..tapi...bila balik..."aikk...kan Tuan mursid buta?...macamana dia boleh cerita detail..":eek:

pisssst....cerita kita kat sini je ya...jangan heboh kat orang..:D

Biasalah tu orang "maqam" tinggi ni.. ada la pandangan kasyaf dia. Tapi dia takkan cerita punya. Kita anak murid, pandai pandai la tafsir.

Ye la jangan heboh2, takut fitnah. Sebab tu Syeikh Murtadza, amat jaga perkara perkara macam ni. Tak mahu fitnah. Kita nak memasyarakatkan tarekat, bukan nak mengundergroundkan.
 
Sila ambil perhatian dengan ini....

Terima kasih atas peringatan tuan.

Macam Tarekat Ahmadiah Idrissiah yang saya amalkan, dah berdaftar dibawah Enakmen Tarekat Kerajaan Negeri Sembilan. Mursyid/Khalifah Tarekat ini ialah mantan Mufti N.S. Jadi insyaalah kita boleh beramal tanpa sebarang keraguan.
 
Terima kasih atas peringatan tuan.

Macam Tarekat Ahmadiah Idrissiah yang saya amalkan, dah berdaftar dibawah Enakmen Tarekat Kerajaan Negeri Sembilan. Mursyid/Khalifah Tarekat ini ialah mantan Mufti N.S. Jadi insyaalah kita boleh beramal tanpa sebarang keraguan.

salam..tuan ni ikhwan sheikh murtadza ke?
 
Haah. Ikut keluarga dari kecil lagi. Cuma bila dah dewasa, baru paham, ikutla Syeikh Murtadza. Tuan pula?

oo..lebih kurg la..selalu la trun selasa malam rabu blaja?
 
Kebanyakkan tareqat berasal dari fahaman Syiah ... so hati2

Assallamualaikum Tuan jejatas..

Alhamdullillah..

Terima kasih atas ingatan...

Saya bukan nak mendebat kenyataan Tuan..Tapi...bilamana Tuan buat satu statement sebegini .."Kebanyakkan tareqat berasal dari fahaman Syiah"...saya kira...pastinya Tuan jejatas sudah mahir dalam apa yg dikatakan Tareqat dan juga apa itu ajaran sesat Syiah.

Saya harap sudi kiranya Tuan jejatas listkan (munkin buka satu tajuk baru)...Tariqat apa yg berasal dari fahaman Syiah....berserta bukti buktinya..

Bagi saya...Setakat yg saya pelajari yg amat sedikit ni...saya tahulah serba sedikit Tariqat Naqshabandiah Kholidiah....dan saya beramal dengannya....Torikat Ahmadiah Idrisiah melalui perbincangan dgn ikwan ihkwan nya...juga bebarapa torikat yg agak tidak popular yg tak perlulah saya sebutkan disini..

SAYA TIDAK BERMAKSUD BERDEBAT....tolong fahami benar benar kenyataan saya..

Cumanya..satu ciri Torikat yg perlu kita semua fahami adalah SANAD/Salasilah torikat......dan dari sini juga kita mudah kenalpasti samada Torikat itu diiktiraf sebagai Muktabar.

Sedih juga bila kita fikir fikir byk berlaku fitnah...misalnya kalau saya ambil cth Torikat naqshabandiah Kholidiah....

Syekh Abdul Wahab Rokan (langkat Indon)...berguru dgn Syekh Zaini Dahlan (Mufti Makkah terakhir dari Mazhab Syafii) dan berbaiiah dengan Syekh Sulaiman Zuhdi (Jabal Qubis , Makkah)...
Lalu...apabila Syekh Zaini dahlan menulis kitab bertajuk.."AL DURAR AL SANNIYYAH "...(yg menkritik ulama aliran Wahabi)...TERUS TARIQAT NAQSHABANDIAH PUN DI TUDUH SYIAH.

Insyaallah...kalau sesiapa yg cintakan Ilmu...boleh saja cari kitab ini dan nilai sendiri:D

Wallahu a'alam..
 
Back
Top
Log in Register