BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Definasi Sufi dan Tasauf

lautbiru

Active Member
Messages
1,630
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
335
Points
41
— 11/05/2010 3:33 pm

Alhamdullillah

Saya copy paste satu artikel yg sangat sangat bermanafaat utk kita bersama..

Definisi sufi dan tasauf
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA

SEBAGAI memulakan siri pengenalan dan penjelasan kita terhadap tasauf dan dunianya marilah kita melihat makna istilah tasauf dan sufi itu sendiri. Terdapat banyak pendapat ulama mengenai kata asal tasauf.

Ini kerana, perkataan sufi pada asalnya diambil atau berasal daripada suatu benda atau perkara yang dinisbahkan kepadanya.

Di antaranya:

1. Perkataan sufi berasal dari nama seorang lelaki yang dipanggil Sufah. Nama sebenarnya ialah al-Ghauth ibnu Mur ibn Ud ibnu Tabikhah ibn Ilyas ibnu Mudhar. Beliau telah menumpukan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadat kepada Allah di Masjid al Haram.

Daripada perbuatannya itu, nama sufi dinisbahkan kepada namanya. (al Fairuz Abadi, Qamus al-Muhit, Jld 2. H: 1105).

Ada ulama yang menolak pandangan ini kerana jika sufi sememangnya dinisbahkan kepada nama orang yang kuat beribadat, maka nama para sahabat dan tabien lebih layak dinisbahkan kepada sufi kerana kedudukan mereka yang lebih tinggi dan mulia.

2. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat, nama sufi dinisbahkan kepada perkataansuf iaitu pakaian yang dibuat daripada bulu kambing. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Taimiyyah, al Suhrawardi (Awarif al Ma’arif. H: 41) dan Ibnu Khaldun (Muqaddimah Ibni Khaldun, H: 517) berdasarkan beberapa perkara.

3. Dikatakan juga perkataan sufi dinisbahkan kepada Ahli Suffah. Iaitu, mereka yang tinggal di anjung Masjid Nabawi di Madinah yang disediakan oleh Rasulullah SAW untuk sahabat-sahabat yang miskin.

Di antaranya, sahabat baginda, Abu Hurairah, Abu Zar dan Abu Darda’ kerana mereka mempunyai persamaan dengan orang sufi dari segi hubungan dengan Allah. Mereka telah memutuskan hubungan dengan dunia dan meluangkan masa untuk beribadat.

Pendapat ini ditolak, kerana dari segi bahasa, sekiranya mereka menyandarkan kepada Ahli Suffah, maka mereka akan dipanggil sebagai Suffi, iaitu dengan dua fa, sedangkan perkataan sufi hanya mempunyai satu fa.

Pengarang Qamus al-Muhit menyatakan, bahawa sandaran nama ini adalah salah dari segi tatabahasa Bahasa Arab.

4. Dikatakan ia berasal daripada perkataan sof iaitu saf hadapan, kerana orang-orang sufi akan berdiri di saf-saf hadapan ketika menghadap Allah di akhirat kelak. Ini juga tidak tepat dari segi bahasa, kerana sekiranya nama sufi disandarkan kepada perkataan sof, maka sudah tentu ia disebut sebagai soffi bukannya sufi.

5. Dikatakan juga, perkataan tasauf dinisbahkan kepada makhluk pilihan Allah (sofwah). Ini juga tidak tepat dari sudut bahasa, kerana mengikut bahasa, orang yang terpilih disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Sofawi.

6. Dinisbahkan kepada Sufanah yang bermaksud tumbuhan di padang pasir. Ini kerana, mereka hidup memadai dengan makanan yang sedikit seperti tumbuh-tumbuhan yang berada di padang pasir.

Pendapat ini juga tidak betul kerana mengikut Bahasa Arab, sekiranya dinisbahkan kepadaSufanah maka ia menjadi Sufani bukannya sufi.

7. Dikatakan, perkataan sufi berasal dari perkataan Sufah al-Qafa (rambut-rambut yang tumbuh di hujung bahagian belakang kepala) kerana ahli sufi memalingkan pandangan mereka daripada makhluk dan menghadapkan pandangan mereka kepada Allah.

8. Dikatakan perkataan sufi berasal dari perkataan sofaa, yang bermaksud suci. Sekalipun terdapat pendapat yang menyangkalnya dari segi bahasa, namun ini adalah pendapat yang sahih dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama.

Abu al-Fath al-Busti r.a (wafat 401 H) pernah menyatakan dalam syairnya:

“Manusia telah bercanggah pendapat di dalam memberikan makna sufi dan mereka telah berselisih pendapat padanya, mereka menyangka bahawa ia terbit daripada perkataan suf (pakaian bulu kambing);

“Dan aku tidak sekali-kali memberikan nama ini melainkan kepada pemuda yang mensucikan dirinya, maka ia menjadi suci sehingga dinamakan sebagai sufi”.

Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan Sofaa disebabkan Ahli Sufi memandang kepada batin atau dalaman sesuatu perkara, ketika manusia memandang kepada zahirnya.

Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasauf al-Islami al-Sohih, H: 24-27)

Tasauf dari sudut istilah

Sheikh Zarruq r.a menyebut, definisi tasauf mencapai sehingga dua ribu pentakrifan. (ibn Ajibah, Iqaz al Himam. H: 24) Semua definisi tersebut dicetuskan oleh ulama berdasarkan zauq dan pengalaman rohani yang mereka alami dalam mujahadah mereka menuju kepada Allah.

Sebahagian mereka pula, mendefinisikan tasauf berdasarkan peringkat-peringkat yang terdapat dalam tasauf.

Di antaranya, Abu Muhammad al-Jariri r.a mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Bidayah (orang yang berada di peringkat permulaan).

Beliau mentakrifkan: “(Tasauf) adalah berakhlak dengan segala akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina”. (al Qusyari, Risalah al-Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasauf. H: 280)

Manakala Abu al-Hasan al-Nuri mentakrifkan tasauf berdasarkan mujahadah orang-orang yang sedang salik menuju kepada Allah (Orang yang mengambil tariqah daripada penghulu kaum sufi dan menjalaninya mengikut syarat-syarat yang telah mereka tetapkan).

Beliau berkata: “Tasauf ialah meninggalkan segala kehendak nafsu”. (Al-Kalabazi, al-Ta’aruf li Mazhab Ahli al Tasauf H: 32, al Munawi, Al-Kawakib al-Durriyyah fi Tarajim al-Sa’adah al-Sufiyyah, Jilid 1 H: 524)

Imam al-Syazuli r.a pula berkata: “Tasauf adalah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah hukum-hakam-Nya”. (Al-Mafakhir al-’Aliyyah, H: 111)

Imam al-Junaid r.a, yang diiktiraf umum sebagai Imam dan penghulu golongan sufi (w. 297H / 910M) pula mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Nihayah atau orang yang telah merasai hasil perjalanannya yang dicita-citakan.

Menurutnya, tasauf adalah: “Allah mematikan kamu daripada memandang kepada diri kamu (fana’) dan Dia menghidupkan kamu dengan mengingati-Nya dan bermunajat kepada-Nya (baqa’)”. (Al-Risalah al Qusyairiah H: 280, Awarif al Ma’arif H: 39 dan Nataij al Afkar al-Qudsiyyah Jilid 4 H: 6)

Ini merupakan darjat sufi yang paling tinggi dan sempurna. Berdasarkan definisi-definisi di atas, kita mendapati bahawa seseorang Ahli Sufi perlu melalui tiga peringkat berikut:

1. Bidayah

Orang yang berada di peringkat ini, akan merasai pada fitrahnya bahawa terdapat suatu hakikat yang perlu dikecapi. Hakikat itu ialah akhlak dan peradaban yang mulia.

Natijahnya, rohnya benar-benar merasa rindu untuk mengecapinya. Untuk mengenali dan mengecapinya pula, memerlukan kepada suatu perjalanan yang berbekalkan keazaman dan niat yang jujur dan benar.

2. Mujahadah

Aspek amalan yang berhubung kait dengan syariat.

3. Orang yang merasai Zauq

Merasai dan mencapai hasil yang dicita-citakan.

Dalam erti kata lain, peringkat tasauf adalah:

Mengenal nafsu, rangsangan dan keinginannya.
Menyucikan hati dan membersihkan roh daripada sifat-sifat yang kotor dengan bermujahadah.
Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia dan meningkatkan diri dari satu makam ke satu makam untuk menjadi ahli sufi yang mempunyai hati yang sentiasa sibuk bersama Allah.
Maka, seseorang salik masih belum layak untuk digelar sebagai Ahli Sufi, melainkan setelah melalui ketiga-tiga peringkat ini dan orang-orang yang masih belum merentasi ketiga-tiga peringkat ini, dinamakan sebagai murid atau mutasawwif. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, al-Tasauf al-Islami al-Sohih H:23)

Kesimpulan

Berdasarkan semua definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan, bahawa tasauf tertegak di atas konsep kejernihan, merebahkan kedegilan nafsu, mengikut sunnah, zuhud terhadap dunia dan keseronokannya, memutuskan hubungan dengan selain Allah dan sentiasa bertafakur tentang-Nya.

Sebahagian Ahli Sufi berkata: Permulaan tasauf ialah ilmu, pertengahannya ialah amal, dan penghujungnya ialah mendapat kurniaan daripada Allah SWT.

Berdasarkan huraian di atas, dapat kita fahami, tasauf adalah suatu cabang ilmu yang definisinya telah ditangani secara ilmiah dan kemas. Ia juga terbit daripada usul agama yang sahih dan bukannya berpunca daripada mazhab serpihan atau agama lain, seperti dakwaan sesetengah pihak.
 
Alhamdullillah..

Sedikit pengenalan tentang As Syekh..

Al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki

Beliau dilahirkan pada 29 Sya’ban 1394H bersamaan 16 September 1974 di Kg. Chenong, Rembau, Negeri Sembilan dan merupakan satu-satunya anak lelaki daripada pasangan Hj. Kamaludin Bin Mahat dan Hjh. Zainab Binti Mahmud. Sebagai tunjang dan pencetus utama, Yayasan Sofa, bolehlah dikatakan segala kejayaan yang dicapai oleh Yayasan Sofa semenjak penubuhannya adalah hasil lontaran idea-idea bernas beliau yang berwawasan. Beliau juga merupakan seorang penulis yang telah berjaya menghasilkan lebih dari 200 buah kitab dalam pelbagai disiplin ilmu. Oleh kerana itu, tidak hairanlah ketika berusia 32 tahun beliau telah terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan. Bahkan, melihat kepada kepakarannya dalam bidang ilmu agama, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan semenjak tahun 2003. Sekalipun telah berjaya memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, beliau tidak pernah berhenti menambah ilmunya dengan bermusafir ke serata dunia Islam. Di antara gurunya yang terakrab ialah pakar hadith dari Makkah al-Mukarramah, Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki. Kini, hampir seluruh waktunya dicurahkan untuk mengajar ilmu di serata tempat, mengadakan kaji selidik, menulis dan melakukan usaha-usaha dakwah untuk mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah dan memartabatkan anak bangsa dan agama.
 
— 11/05/2010 3:33 pm
“Dan aku tidak sekali-kali memberikan nama ini melainkan kepada pemuda yang mensucikan dirinya, maka ia menjadi suci sehingga dinamakan sebagai sufi”.

Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan Sofaa disebabkan Ahli Sufi memandang kepada batin atau dalaman sesuatu perkara, ketika manusia memandang kepada zahirnya.

Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasauf al-Islami al-Sohih, H: 24-27)

Sebahagian mereka pula, mendefinisikan tasauf berdasarkan peringkat-peringkat yang terdapat dalam tasauf.

Di antaranya, Abu Muhammad al-Jariri r.a mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Bidayah (orang yang berada di peringkat permulaan).

Beliau mentakrifkan: “(Tasauf) adalah berakhlak dengan segala akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina”. (al Qusyari, Risalah al-Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasauf. H: 280)

Manakala Abu al-Hasan al-Nuri mentakrifkan tasauf berdasarkan mujahadah orang-orang yang sedang salik menuju kepada Allah (Orang yang mengambil tariqah daripada penghulu kaum sufi dan menjalaninya mengikut syarat-syarat yang telah mereka tetapkan).

Beliau berkata: “Tasauf ialah meninggalkan segala kehendak nafsu”. (Al-Kalabazi, al-Ta’aruf li Mazhab Ahli al Tasauf H: 32, al Munawi, Al-Kawakib al-Durriyyah fi Tarajim al-Sa’adah al-Sufiyyah, Jilid 1 H: 524)

Imam al-Syazuli r.a pula berkata: “Tasauf adalah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah hukum-hakam-Nya”. (Al-Mafakhir al-’Aliyyah, H: 111)

Imam al-Junaid r.a, yang diiktiraf umum sebagai Imam dan penghulu golongan sufi (w. 297H / 910M) pula mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Nihayah atau orang yang telah merasai hasil perjalanannya yang dicita-citakan.

Menurutnya, tasauf adalah: “Allah mematikan kamu daripada memandang kepada diri kamu (fana’) dan Dia menghidupkan kamu dengan mengingati-Nya dan bermunajat kepada-Nya (baqa’)”. (Al-Risalah al Qusyairiah H: 280, Awarif al Ma’arif H: 39 dan Nataij al Afkar al-Qudsiyyah Jilid 4 H: 6)

Ini merupakan darjat sufi yang paling tinggi dan sempurna. Berdasarkan definisi-definisi di atas, kita mendapati bahawa seseorang Ahli Sufi perlu melalui tiga peringkat berikut:

1. Bidayah

Orang yang berada di peringkat ini, akan merasai pada fitrahnya bahawa terdapat suatu hakikat yang perlu dikecapi. Hakikat itu ialah akhlak dan peradaban yang mulia.

Natijahnya, rohnya benar-benar merasa rindu untuk mengecapinya. Untuk mengenali dan mengecapinya pula, memerlukan kepada suatu perjalanan yang berbekalkan keazaman dan niat yang jujur dan benar.

2. Mujahadah

Aspek amalan yang berhubung kait dengan syariat.

3. Orang yang merasai Zauq

Merasai dan mencapai hasil yang dicita-citakan.

Dalam erti kata lain, peringkat tasauf adalah:

Mengenal nafsu, rangsangan dan keinginannya.
Menyucikan hati dan membersihkan roh daripada sifat-sifat yang kotor dengan bermujahadah.
Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia dan meningkatkan diri dari satu makam ke satu makam untuk menjadi ahli sufi yang mempunyai hati yang sentiasa sibuk bersama Allah.
Maka, seseorang salik masih belum layak untuk digelar sebagai Ahli Sufi, melainkan setelah melalui ketiga-tiga peringkat ini dan orang-orang yang masih belum merentasi ketiga-tiga peringkat ini, dinamakan sebagai murid atau mutasawwif. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, al-Tasauf al-Islami al-Sohih H:23)

Kesimpulan

Berdasarkan semua definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan, bahawa tasauf tertegak di atas konsep kejernihan, merebahkan kedegilan nafsu, mengikut sunnah, zuhud terhadap dunia dan keseronokannya, memutuskan hubungan dengan selain Allah dan sentiasa bertafakur tentang-Nya.

Sebahagian Ahli Sufi berkata: Permulaan tasauf ialah ilmu, pertengahannya ialah amal, dan penghujungnya ialah mendapat kurniaan daripada Allah SWT.

Berdasarkan huraian di atas, dapat kita fahami, tasauf adalah suatu cabang ilmu yang definisinya telah ditangani secara ilmiah dan kemas. Ia juga terbit daripada usul agama yang sahih dan bukannya berpunca daripada mazhab serpihan atau agama lain, seperti dakwaan sesetengah pihak.

Ini menunjukkan yang akhlak itu penting. :-?

Kenapakah ada pihak2 tertentu mempromosi individulism? Kenapa tiada permuafakatan?

Bagaimana nafsu dan syaitan laknatullah memainkan peranan utk kita menjauhkan diri dari berakhlak?

Apakah akhlak itu hanya dengan manusia? Bagaimana pula akhlak dengan Allah SWT?

Adakah kamu tidak malu mempertahankan sesuatu, adakah kita SEBENAR2NYA berbuat begitu kerana Allah atau semata2 utk menunjukkan kehebatan?

Dengan penyucian diri sendiri sama ada yang batin mahupun zahir, maka kita akan merasa nikmat kehidupan yang sebenarnya...

Kita ini manusia yg tidak lari dari kesilapan dan dosa...

Insya Allah..utk aku dan semua.
 
Last edited:
Boleh beri sedikit pencerahan tentang Suluk.

Bagaimana boleh sesetengah Tareqat tidak mengizinkan makanan berdarah ketika berbuka puasa waktu Suluk.. sementara sesetengah Tareqat lain seperti Ahmadiah Idrissiah tidak ada masalah dengan syarat-syarat seumpama ini?

Terima kasih kepada tuan tanah untuk pencerahan ini :)
 
Insyaallah...saya cuba bagi pendapat saya tentang suluk...dari perspektif sayalah...maaflah kalau kurang memuaskan Tuan:p

SULUK ni...bagi saya...kira macam..kalau sekarg ni ramai org buat "Klinik Ibadah" ...atau "Intensive course"...So...biasalah..suluk ni ada amalan amalan yg special yg dibuat dalam masa suluk tu.

Tempoh suluk pulak...selalunya...Minima 10 hari ...hingga kadang kadang ada yg sampai 40 hari...atau lebih ..(bagi yg sibuk dunia mcm saya...10 hari pun dah rasa berat...:(( memadailah kalau boleh join 10 hari...(sepuluh hari setahun...atau 10 hari dlm beberapa tahun...takkan tak bleh..:(( )

Jadi...saya bagi cth apa yg dibuat dalam suluk di K.Kangsar (Torikat Naqshabandiah Kholidiah)..

Katakan kita join suluk ni...so...apa yg kita buat adalah 100 % ibadah kepada Allah s.w.t! Tinggal semua yg lain! (syokkan kalu boleh?....sebab tu kita ditolong oleh Khalifah khalifah...Mursyid & murid senior (yg dah sampai "Tahlil" )

Saya bagi detail secara Offhand sja...maaf kalu tak teratut...

1. Kita sentiasa dalam wuduq (bila batal je...terus pi ambil wuduq...kalau tidur...terjaga...ambil wuduq dan sambung tidur)

2. Sentiasa berzikir (dlm suluk ada tingkatan "Maqam zikir" yg akan diberi Mursyid...)...

3. Sentiasa mencantikkan amalam wajib..
(kalu biasa 10 minit org nak Bang banru kita ke Masjid..waktu suluk...munkin sejam sebelum bang kita dah duk masjid!

4. Tutup kepala dgn serban (mcm selendang)..jaga pandangan mata..dsbnya..

5. Ya....makan hanya yg "tidak berdarah/bernyawa" (dalam tempoh 10 hari ni je..:D

6. Tidur dalam partion kayu saiz kubur :)) & berkelambu bujang (rasa mcm duk dlm liang lahat je..)

O.k....dalam masa suluk ni...murid betoi betoi macam Maharaja...!..kawan kawan (senior) akan siap siap hidang....baru panggil kita makan!...nyaris tak suap je:eek:
Kita digalakan utk sentiasa berada samada dalam kelambu....atau dalam masjid...

Berbalik pada soalan Tuan pasai "Makanan" tu tadi....saya tak tau org lain...ni saya cerita "Dapatan" saya..(moga moga tak jadi kesalahan sbb saya cerita pada public begini...)

Mula mula kita yg "Makan apa saja yg halal" ni masuk suluk...perkara yg paling susah nak jaga adalah Wuduq!
Asik nak lepas angin :eek:...sat nak pi bilik termenung....sat lagi nak buang air kecik....pendek kata...asyik bataaiii jeee...:((
Tapi....tak lama...saya mula dapat rasakan perubahan..berkat tak makan benda berdarah...daging ikan dsbnya....(kawan kawan hidangkan nasi dgn lauk kari dgn bendi & tauhu...dll...sedaplah jugak! )....Semakin lama...semakin mudah jaga wuduq!

Sampaikan saya terasa pelik..Wuduq yg ambil masa subuh tak batal batal sampai zuhur...kadang sampai asar....tak kentut..tak berak dsbnya...

Kelebihan lain yg saya rasa...Rasa lebih sehat!...Ringan je badan nak bangun tahhajut.. (mula mula sampai...liat jugak..)..nak duduk berzikir lama lama pun no prob...

Terlalulah banyak fadhilatnya.....tak tercerita saya....

Tapi yg pasti....

Selepas tamat suluk....Diadakan sedikit kenduri & kami dijamu usah katakan makanan berdarah ikan...nahhh....siap kambing masak congo:eek: ... !...Mak Aihh....tak pernah saya rasa hidangan yg lebih sedap daripada tu seumur hidup saya! Sungguh!

p/s : Ada org kata Torikat kami sesat sebab mengharamkan yg halal? (makan daging)..hehee:eek:....sebnrnya...tak timbul persoalan mengharamkan yg halal!..adakah meninggalkan makan daging 10 hari je dikira mengharamkan yg halal?...
Bagaiman pulak Doktor yg melarang pesakit dia makan daging langsung langsung ! macam Pak Mertua saya yg langsung tak boleh makan daging...sikit pun tak boleh kata Dr!...tak ke sesat tu? mengharamkan yg halal...:eek:

Insyaallah...kalau nak tau saya boleh cerita lagi..:p
 
Oooo macam tu tarekat naqshabandian kholidiah bersuluk ye. Baru tau. Selalu dengar aja suluk suluk ni, tapi tatau lak cemana. Cam layan gak eh ko pikir Allah Taala aja 10 hari tu. Takde gangguan dunia.

Pasal aku Tarekat Ahmadiah Idrissiah (N9), takde suluk suluk. Suruh beramal aja dan pergi mengaji (kelas ilmu).

Bab tak makan daging tu, bukan mengharamkan yang halal. Tapi latihan disiplin diri aja kan? Kurangkan makan. Betulla tuh. Cuma since pengamalan tarekat ni kat kuala kangsar perak, kat perak ada tak enakmen pengawalan tarekat macam kat N9? maknanya tarekat tu berdaftar dengan jabatan mufti. Untuk mengawal tarekat yang tah betul tah tidak daripada diamalkan dan juga untuk memperkasakan yang sedia ada. Ada tak?
 
kat perak ada tak enakmen pengawalan tarekat macam kat N9? maknanya tarekat tu berdaftar dengan jabatan mufti. Untuk mengawal tarekat yang tah betul tah tidak daripada diamalkan dan juga untuk memperkasakan yang sedia ada. Ada tak?

Alhamdullillah...

Negeri 9 tak apalah jabatan Mufti jaga Torikat...hehheee :D dah memang org yg faham....negeri negeri lain kalao ada...masak...:eek:

Kat perak ..Syukur juga ulama ulama sebelah sini memandang baik pada Torikat :D

Cumanya...pernah berlaku satu masa ...ada timbul pelbagai fitnah...jadi...Seorg pegawai jabatan Agama (Khadi) pun ditugaskan menyiasat Torikat kami:-? (Tuan Mursyid sendiri yg cerita kisah ni pada saya masa saya ziarah Tuan mursyid aritu)

Tuan Khadi ni bijak...dia tak terus serbu...tapi..dia datang ke kampung kami sambil menyiasat sambil bersiar siar....& dia dapat tahu ada seorg tukang urut yg buta matanya di kg ni...kebetulan dia juga suka berurut!

So..dia pun datang berurut dgn org Tua buta tu...menadangkan rumah org Tua tu hampir dengan Surau Torikat ...dia pun cuba cuba bertanya org Tua tu...apa apa yg beliau tahu tentang Torikat naqshabandiah di situ..

Tn Khadi makin syaiok bila org Tua tu dapat jawab segala kemusykilan dia tentang Torikat naqshabandiah dengan baik sekali!...beberapa kali dia ulang berurut...dia bagi lagi banyak soalan...& semuanya dijawab dgn baik oleh org tua tu..

Akhirnya...dia pun terfikir naj bertanya...bagaimana org Tua buta tu boleh tahu begitu banyak tentang Torikat Naqshabandiah Kholidiah ?..apa hubungan dia dgn torikat di situ?

Org Tua tu pun jawab dgn rendah diri....:
"Tarikat Naqshabandiah Kholidiah di surau Yahyawiah ni...sayalah Mursyidnya"

Terkejut Tuan Khadi!...

Tuan Mursyid kemudian bertanya balik pada Tuan Khadi : "Dari pada apa yg dah saya cerita pada Tuan...apa pandangan Tuan tentang Torikat kami?"

Tuan Khadi terus bagitau Mursid..." Alhamdullillah...semuanya memang muafakat/bertepatan dgn apa yg ada dlm ilmu kami"..kata Tuan Khadi!

Last last,,dar niat nak menyiasat & munkin rush...akhirnya Tuan Khadi dah bertukar jadi murid ...:D

p/s : Kalau Tuan mursid tahu ni..mintak mintak jaganlah dia marah kat saya:D

Saya bukan nak promo atau apa...tapi..walaupun mata Tuan Mursyid buta kedua belahnya sejak umur belasan tahun..Tuan Mursyid selalu saja mengkagumkan saya dari segi "melihat" nya..

(Dr segi lain tu..lagilah!..malas lah nak cerita:)) )

Tapi...pernah sekali isteri saya kagum habis bila Tuan Mursid bercerita tentang cara nak pi Jalan Pahang daripada Bulatabn Jalan Kucing...siap boleh bagi tau kiri kanan...:eek:...masa sembang isteri saya tak perasan..tapi...bila balik..."aikk...kan Tuan mursid buta?...macamana dia boleh cerita detail..":eek:

pisssst....cerita kita kat sini je ya...jangan heboh kat orang..:D
 
Alhamdullillah

Insyaallah...saya cuba bagi pendapat saya tentang suluk...dari perspektif sayalah...maaflah kalau kurang memuaskan Tuan:p

SULUK ni...bagi saya...kira macam..kalau sekarg ni ramai org buat "Klinik Ibadah" ...atau "Intensive course"...So...biasalah..suluk ni ada amalan amalan yg special yg dibuat dalam masa suluk tu.

Tempoh suluk pulak...selalunya...Minima 10 hari ...hingga kadang kadang ada yg sampai 40 hari...atau lebih ..(bagi yg sibuk dunia mcm saya...10 hari pun dah rasa berat...:(( memadailah kalau boleh join 10 hari...(sepuluh hari setahun...atau 10 hari dlm beberapa tahun...takkan tak bleh..:(( )

Jadi...saya bagi cth apa yg dibuat dalam suluk di K.Kangsar (Torikat Naqshabandiah Kholidiah)..

Katakan kita join suluk ni...so...apa yg kita buat adalah 100 % ibadah kepada Allah s.w.t! Tinggal semua yg lain! (syokkan kalu boleh?....sebab tu kita ditolong oleh Khalifah khalifah...Mursyid & murid senior (yg dah sampai "Tahlil" )

Saya bagi detail secara Offhand sja...maaf kalu tak teratut...

1. Kita sentiasa dalam wuduq (bila batal je...terus pi ambil wuduq...kalau tidur...terjaga...ambil wuduq dan sambung tidur)

2. Sentiasa berzikir (dlm suluk ada tingkatan "Maqam zikir" yg akan diberi Mursyid...)...

3. Sentiasa mencantikkan amalam wajib..
(kalu biasa 10 minit org nak Bang banru kita ke Masjid..waktu suluk...munkin sejam sebelum bang kita dah duk masjid!

4. Tutup kepala dgn serban (mcm selendang)..jaga pandangan mata..dsbnya..

5. Ya....makan hanya yg "tidak berdarah/bernyawa" (dalam tempoh 10 hari ni je..:D

6. Tidur dalam partion kayu saiz kubur :)) & berkelambu bujang (rasa mcm duk dlm liang lahat je..)

O.k....dalam masa suluk ni...murid betoi betoi macam Maharaja...!..kawan kawan (senior) akan siap siap hidang....baru panggil kita makan!...nyaris tak suap je:eek:
Kita digalakan utk sentiasa berada samada dalam kelambu....atau dalam masjid...

Berbalik pada soalan Tuan pasai "Makanan" tu tadi....saya tak tau org lain...ni saya cerita "Dapatan" saya..(moga moga tak jadi kesalahan sbb saya cerita pada public begini...)

Mula mula kita yg "Makan apa saja yg halal" ni masuk suluk...perkara yg paling susah nak jaga adalah Wuduq!
Asik nak lepas angin :eek:...sat nak pi bilik termenung....sat lagi nak buang air kecik....pendek kata...asyik bataaiii jeee...:((
Tapi....tak lama...saya mula dapat rasakan perubahan..berkat tak makan benda berdarah...daging ikan dsbnya....(kawan kawan hidangkan nasi dgn lauk kari dgn bendi & tauhu...dll...sedaplah jugak! )....Semakin lama...semakin mudah jaga wuduq!

Sampaikan saya terasa pelik..Wuduq yg ambil masa subuh tak batal batal sampai zuhur...kadang sampai asar....tak kentut..tak berak dsbnya...

Kelebihan lain yg saya rasa...Rasa lebih sehat!...Ringan je badan nak bangun tahhajut.. (mula mula sampai...liat jugak..)..nak duduk berzikir lama lama pun no prob...

Terlalulah banyak fadhilatnya.....tak tercerita saya....

Tapi yg pasti....

Selepas tamat suluk....Diadakan sedikit kenduri & kami dijamu usah katakan makanan berdarah ikan...nahhh....siap kambing masak congo:eek: ... !...Mak Aihh....tak pernah saya rasa hidangan yg lebih sedap daripada tu seumur hidup saya! Sungguh!

p/s : Ada org kata Torikat kami sesat sebab mengharamkan yg halal? (makan daging)..hehee:eek:....sebnrnya...tak timbul persoalan mengharamkan yg halal!..adakah meninggalkan makan daging 10 hari je dikira mengharamkan yg halal?...
Bagaiman pulak Doktor yg melarang pesakit dia makan daging langsung langsung ! macam Pak Mertua saya yg langsung tak boleh makan daging...sikit pun tak boleh kata Dr!...tak ke sesat tu? mengharamkan yg halal...:eek:

Insyaallah...kalau nak tau saya boleh cerita lagi..:p

Detail sekali.. terima kasih banyak-banyak tuan lautbiru.
 
Kebanyakkan tareqat berasal dari fahaman Syiah ... so hati2
 
Back
Top
Log in Register