BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dedah status bina rumah kos rendah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Rahmad Isahak​

PULAU PINANG 3 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperjelaskan status pembinaan rumah kos rendah yang telah dibangunkan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) terutama di kawasan Permatang Pauh di sini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, beliau difahamkan ketika ini terdapat ribuan pemohon yang sedang menunggu mendapatkan rumah kos rendah di daerah itu dengan pejabat perumahan negeri.

Tambahnya, isu rumah kos rendah adalah kritikal di kawasan Permatang Pauh kerana majoriti penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan sekali gus tidak mampu membeli rumah sederhana dan mewah.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak wajar menjadikan kekurangan tanah milik kerajaan negeri di daerah itu sebagai alasan tidak membina rumah kos rendah memandangkan mereka perlu memberi keutamaan membela rakyat miskin.

“Apatah lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berkemampuan membeli tanah bagi merealisasikan pembangunan mampu milik dan kos rendah di kawasan Permatang Pauh melalui hasil dari penjualan tanah yang mencecah berbilion ringgit kepada pemaju swasta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rahmad, kebanyakan rumah kos rendah yang ada di kawasan itu ketika ini dibina oleh kerajaan negeri terdahulu serta syarikat swasta.

Tambah beliau, kawasan Parlimen Permatang Pauh sepatutnya menjadi kawasan contoh rumah kos rendah di negeri ini kerana sebelum ini diterajui pemimpin utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama, beliau menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melepaskan tanggungjawab membina rumah kos rendah itu kepada pemaju swasta semata-mata kerana kelak bakal membebankan penduduk.

“Dengan bebanan bayaran berganda yuran pembangunan yang dikenakan kerajaan negeri kepada pemaju swasta juga bakal menghalang pemaju membina lebih banyak unit-unit kos rendah berkenaan pada masa hadapan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register