balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA NERANG – Seorang pesara kerajaan tidak menyangka tanah miliknya antara beberapa lokasi di Padang Sanai dekat sini yang diwartakan sebagai Tapak Geowarisan Kedah berikutan penemuan debu gunung berapi berusia 74,000 tahun.
Kejadian letupan gunung berapi di Toba, Sumatera di Indonesia telah menyebabkan debu gunung berapi itu diterbangkan hingga ke barat laut sejauh lebih 2,000 kilometer dan setebal 1.5 hingga 3.5 meter.
Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap mengambil gambar debu gunung berapi berusia 74,000 tahun di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat Kuala Nerang semalam.
Abdul Halim Jusoh, 66, berkata, selama ini, dia sedar keadaan tanah di belakang rumahnya agak berbeza kerana warna*nya lebih putih, namun tidak mengesyaki perkara yang luar biasa.
“Bagaimanapun apabila pihak Jabatan Mineral dan Geosains datang membuat kajian di sini tahun lalu, mereka mendapati, batuan di kawasan itu terbentuk akibat debu gunung berapi yang tercetus di Toba, Sumatera, Indonesia,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Tapak Geowarisan Kedah Debu Gunung Berapi di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm