BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL De Gea Titip Ucapan Perpisahan Penuh Emosional

FB_IMG_1688886453291.jpg


Disebabkan kecaman yang korang bagi sebelum ni sebab muka Mount tak nampak, Haa dia bagi keduanya tak nampak pulak.

Bijak dalam padang bijak dalam media sosial. Damn

#AMU12
 
De Gea umum keluar dari Manchester United selepas 12 tahun berkhidmat sebagai penjaga gol.

 
FB_IMG_1688872153913.jpg


[ BMU - Perpisahan ]

Kemelut yang tercetus antara David De Gea dan Manchester United berkaitan pembaharuan kontrak akhirnya terungkai apabila penjaga gawang lagenda yang telah menabur bakti di United selama 12 tahun itu berkongsikan ucapan selamat tinggal kepada peminat-peminat The Red Devils.

Berikut adalah mesej dari De Gea untuk tatapan semua:

"Saya hanya mahu berkongsikan mesej perpisahan ini kepada semua penyokong Manchester United."

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan penghargaan atas perasan kasih sayang yang diberikan selama 12 tahun yang lalu. Banyak yang kami capai sejak Sir Alex Ferguson yang saya sayangi membawa saya ke kelab ini. Saya berasa bangga setiap kali saya memakai jersi kelab ini untuk mengetuai pasukan, untuk mewakili institusi ini yang mana ianya adalah kelab terbesar di dunia dan merupakan penghormatan yang hanya diraih oleh segelintir pemain bola sepak yang bertuah."

"Ia adalah tempoh yang tidak dapat dilupakan dan berjaya diperolehi sejak saya datang ke sini. Saya tidak menyangka bermula dari meninggalkan Atletico Madrid ketika bergelar pemain muda, kami bersama-sama mencapai apa yang kami usahakan."

"Kini tibalah masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula dalam suasana baharu."

"Manchester akan sentiasa di hati saya, Manchester telah membentuk saya dan tidak akan sesekali meninggalkan saya."

"Kami sudah merasai semuanya."🤘🏼❤️

◉ Pencapaian 'Super Dave' di United ◉

👤 545 Penampilan
🚫 190 Tidak Dibolosi
🏆 Liga Perdana Inggeris
🏆 Piala FA
🏆 Liga Europa
🏆 Piala Liga (x2)
🏆 Perisai Komuniti (x3)
🧤 Sarung Tangan Emas (x2)
🥇 Pemain Terbaik Tahunan Sir Matt Busby (x4)
🥇 Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain (x4)

Terima kasih atas segala jasa bakti dan penat lelah sepanjang 12 tahun, De Gea. Semoga berjaya dalam karier anda di tempat baru nanti.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
Tahap Legend dah ni
 
FB_IMG_1689565340296.jpg


Kau boleh celebrate kehadiran Onana tanpa memperkecilkan kemampuan De Gea..

Baru sokong Man United semalam ke apa hentam De Gea lepastu celebrate Onana datang..

12 tahun di Man United bukan waktu yang singkat. De Gea carry United beberapa musim lepastu kau cakap De Gea tak bagus

Dah dia GK klasik yang lebih kepada shotstopper bukan masalah dia. Cuma tidak sesuai dengan falsafah Ten Hag yang cuba terapkan.

De Gea legend dan hopefully Onana dapat serap tekanan bermain di United. Percaya dengan pilihan Ten Hag, dan kemampuan pemain yang dia mahukan..

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register