BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL De Gea Titip Ucapan Perpisahan Penuh Emosional

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1688831540060.png


De Gea Titip Ucapan Perpisahan Penuh Emosional​


David De Gea rasminya meninggalkan Manchester United selepas kariernya selama 12 tahun di kelab itu

Perkara itu diumumkan sendiri oleh De Gea, dan kemudian kelab Man United.

De Gea menulis ucapan penuh emosi:

“Saya hanya mahu menghantar mesej perpisahan ini kepada semua penyokong Manchester United.”

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan penghargaan atas kasih sayang selama 12 tahun lamanya.”

“Banyak yang kita capai sejak Sir Alex Ferguson yang saya sayangi membawa saya ke kelab ini.”

“Saya berasa bangga setiap kali saya memakai baju ini, untuk mengetuai pasukan ini, untuk mewakili institusi ini, kelab terbesar di dunia, ini adalah penghormatan yang hanya diberikan kepada beberapa pemain bola sepak yang bertuah.”

“Ia adalah tempoh yang tidak dapat dilupakan dan berjaya sejak saya datang ke sini. Saya tidak menyangka daripada meninggalkan Madrid sebagai budak yang masih muda, kita akan mencapai apa yang kita lakukan bersama-sama.”

“Kini, masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula dalam persekitaran baharu.”

“Manchester akan sentiasa di hati saya, Manchester telah membentuk saya dan tidak akan meninggalkan saya.”

“Kita telah menyaksikan segalanya. 🤘🏼❤️



Sebelum ini De Gea memang sudah bergelar ejen bebas sebaik sahaja kontraknya tamat pada akhir Jun 2023.

Namun Man United masih cuba berunding untuk memberikan kontrak baharu kepada penjaga gol itu sebagai langkah berjaga jaga jika mereka tidak berjaya mendapatkan pengganti De Gea pada jendela perpindahan kali ini.

Mereka juga merasakan De Gea lebih daripada cukup bagus untuk menjadi pemain simpanan jika United mendapatkan pemain seperti Onana.

De Gea menyertai United pada 2011 dari Atletico Madrid. Dan dia membuat 545 penampilan untuk kelab tersebut.

Pada musim lalu, musim 2022/23, De Gea memecahkan rekod Peter Schmeichel sebagai penjaga gol United paling banyak clean sheets dalam semusim.

Rekod yang membantunya meraih anugerah Sarung Tangan Emas EPL 2022/23.

Namun Ten Hag ternyata masih memerlukan penjaga gol yang benar benar bagus mengendalikan bola dengan kaki.

De Gea adalah shot stopper klasik. Dia bergelut dalam aspek hantaran pendek dan juga berdepan high pressing.

Namun itu tidak akan menafikan status legenda beliau bersama Man United.

Man United menghargai De Gea dengan video khas:




https://**********/de-gea-titip-ucapan-perpisahan-penuh-emosional/
 
FB_IMG_1688872153913.jpg


[ BMU - Perpisahan ]

Kemelut yang tercetus antara David De Gea dan Manchester United berkaitan pembaharuan kontrak akhirnya terungkai apabila penjaga gawang lagenda yang telah menabur bakti di United selama 12 tahun itu berkongsikan ucapan selamat tinggal kepada peminat-peminat The Red Devils.

Berikut adalah mesej dari De Gea untuk tatapan semua:

"Saya hanya mahu berkongsikan mesej perpisahan ini kepada semua penyokong Manchester United."

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan penghargaan atas perasan kasih sayang yang diberikan selama 12 tahun yang lalu. Banyak yang kami capai sejak Sir Alex Ferguson yang saya sayangi membawa saya ke kelab ini. Saya berasa bangga setiap kali saya memakai jersi kelab ini untuk mengetuai pasukan, untuk mewakili institusi ini yang mana ianya adalah kelab terbesar di dunia dan merupakan penghormatan yang hanya diraih oleh segelintir pemain bola sepak yang bertuah."

"Ia adalah tempoh yang tidak dapat dilupakan dan berjaya diperolehi sejak saya datang ke sini. Saya tidak menyangka bermula dari meninggalkan Atletico Madrid ketika bergelar pemain muda, kami bersama-sama mencapai apa yang kami usahakan."

"Kini tibalah masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula dalam suasana baharu."

"Manchester akan sentiasa di hati saya, Manchester telah membentuk saya dan tidak akan sesekali meninggalkan saya."

"Kami sudah merasai semuanya."🤘🏼❤️

◉ Pencapaian 'Super Dave' di United ◉

👤 545 Penampilan
🚫 190 Tidak Dibolosi
🏆 Liga Perdana Inggeris
🏆 Piala FA
🏆 Liga Europa
🏆 Piala Liga (x2)
🏆 Perisai Komuniti (x3)
🧤 Sarung Tangan Emas (x2)
🥇 Pemain Terbaik Tahunan Sir Matt Busby (x4)
🥇 Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Pemain (x4)

Terima kasih atas segala jasa bakti dan penat lelah sepanjang 12 tahun, De Gea. Semoga berjaya dalam karier anda di tempat baru nanti.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1688872264055.jpg


[ BMU - Petikan Kata ]

Dipetik dari ucapan selamat tinggal yang dikongsikan untuk peminat, David De Gea berkata, "Manchester United akan sentiasa di hati saya."

Tempoh 12 tahun bersama United bukanlah sesuatu yang mudah untuk De Gea lupakan. Semoga beliau diberikan penghormatan yang sewajarnya.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1688876853552.jpg


De Gea..

Penjaga gol muda yang datang dari Atletico Madrid di zaman Sir Alex. Bukan mudah untuk menggantikan Van De Sar ketika itu..

Masih ingat lagi berdepan Man City community shield dengan berjersey yang agak besar ketika itu.

Mencari keserasian bermain di EPL.. kadang sukar untuk bermain dengan fizikal dan aeriel duel yang sering menjadi kelemahannya.

Tapi musim demi musim dia meningkatkan kualitinya. Beberapa musim dia membawa United dengan penyelamatan hebat.

Dan disebabkan dia jugalah United boleh berjuang untuk beberapa musim dan menjadi pemain terbaik

Musim lepas memenangi Golden glove tapi itu belum cukup untuk meyakinkan Ten Hag dengan bermain sistem bolasepak moden yang bermula daripada penjaga gol

Menyerang bermula dari penjaga gol dan bertahan dari penyerang..

Musim depan kita tidak akan melihat lagi De Gea terbang untuk selamatkan gawang di Old Trafford..

Terima kasih legend sepanjang 12 tahun bermain di Man United..

#AMU12
 
FB_IMG_1688877007100.jpg


👤 545 Apps
🚫 190 Clean Sheets
🏆 Premier League
🏆 FA Cup
🏆 Europa League
🏆 Carabao Cup (x2)
🏆 Community Shield (x3)
🧤 Golden Glove (x2)
🥇 Sir Matt Busby POTY (x4)
🥇 Players’ POTY (x4)

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA David De Gea 🔴❤️🇪🇸
.
.
.
#DavidDeGea
#AMU28
 
Back
Top
Log in Register