BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL naik taraf parkir basikal

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kemudahan meletak basikal di beberapa stesen transit aliran ringan (LRT) sekitar ibu kota sebagai usaha memperkasa budaya berbasikal ke tempat kerja.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Mohd Najib Mohd berkata, pihaknya masih berbincang dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk mengenal pasti koridor tumpuan pengguna berbasikal sebelum kerja naik taraf dimulakan.

"Kesedaran orang ramai terhadap budaya berbasikal meningkat sejak adanya program 'KL Car Free Morning'.

"Kami juga optimis dalam menyediakan infrastruktur lengkap, selamat dan selesa sebagaimana dilaksanakan di Belanda," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian seminar Dutch Cycling Infrastructure Mission to Kuala Lumpur di Menara DBKL di sini, semalam.

Jelas Mohd Najib, seminar itu diadakan untuk berkongsi pengalaman, idea dan kepakaran Belanda dalam mencapai matlamat Kuala Lumpur sebagai bandar berbasikal.

"Kita mahu menggalakkan orang ramai berbasikal ke tempat kerja supaya pelepasan gas karbon monoksida dapat dikurangkan," katanya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75954
 
Back
Top
Log in Register