BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL cipta rekod Piala Dunia

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_07.1.jpg

DATARAN Merdeka di Kuala Lumpur dipenuhi peminat bola sepak yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia pada 12 Julai lalu.

-----------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol membuka laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.

DBKL mendapat tempat dalam buku itu kerana memasang skrin video terbesar di luar bangunan iaitu di Dataran Merdeka, yang menarik kira-kira 60,000 penonton menyaksikan perlawanan berkenaan pada 12 Julai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail semalam menerima sijil bagi 'Skrin Video LED Di Luar Bangunan Terbesar Untuk Menyaksikan Perlawanan Piala Dunia Di Malaysia' daripada pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi pada satu majlis di sini.

"Acara ini menghimpunkan semua bangsa di Malaysia dan menjadi memori indah bagi kami," kata Ahmad Fuad kepada pemberita.

Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
 
aku salah seorang

ahahahaha

ramai siot......skrin besar gila

belakang tu pon leh nampak wakakkakaka
 
ako dok umah je..........tas tilam
 
tgk ngan member kat kedai mamat, riuh giler
 
Rekod Piala Dunia, ingatkan rekod dunia...
 
Ada teman kisah, klau DBKL buat anjuran program ibadah beramai-ramai kan bagus... :))
 
Back
Top
Log in Register