BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dayangku Intan sedia bertanding lagi!

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
image+(4).jpg

"Ini hanyalah permulaan," itulah kata-kata semangat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Pengerang, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, berhubung kekalahannya di Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahad lalu.

Keputusan PRU13 memihak kepada calon Barisan Nasional, Azalina Othman Said dengan 26,992 undi manakala Dayangku Intan pula hanya memperoleh 4,484 undi sahaja.

Menurut Dayang, walaupun kecewa dengan keputusan itu, namun semangatnya untuk membela nasib di Pengerang tetap utuh.

"Kekalahan ini bukanlah bererti saya perlu berundur dari dunia politik. Saya tetap mempunyai kelompok penyokong yang tersendiri.

"Malah, perjuangan saya dalam membela nasib mereka masih perlu diteruskan. Insya-ALLAH, jika diberi peluang untuk pilihan raya akan datang, saya akan terus bertanding.

"Saya akan tetap berjuang dan membantu selagi terdaya. Saya juga akan seimbangkan aktiviti seni seperti nyanyian yang sebati dalam diri," katanya yang mengakui akan berjuang secara ikhlas dalam dunia politik.

Selain Azalina dan Dayang, Pengerang turut menyaksikan Mohd Azaman Johari, calon Bebas yang hanya memperoleh 795 undian.
 
keep up good services kak intan, sure ada insan yg menghargai...berusaha lagi
 
banyak gak kena tapau 20K undi majoriti :(
 
hurmmmm... tapi kalau aku, aku tak undi artis-artis yang bertanding...
 
terus parlimen...patut try la DUN dlu
 
terus je berbakti kpd rakyat setempat wlpun x menang...
mana tau next PRU ade rezeki..
 
hurmmmm... tapi kalau aku, aku tak undi artis-artis yang bertanding...

aku pun pikir 5 kali... walaupun calon PR...

angkat la ulama ka, pakar ekonomi ka, engineer ka, cikgu ka, doktor ka, lawyer ka........ tapi kalau dun & parlimen aku pr letak atis....:-?:-?:-?:-?... mungkin undi rosak dari aku...
 
Back
Top
Log in Register