kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 2,635
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 2,635
- Reaction score
- 38
- Points
- 40
DILIHAT cenderung memperjuangkan hak komuniti dan membantu pihak berdepan nasib malang, ada yang mencadangkan Caprice menyertai politik dan bertanding sebagai wakil rakyat.
Caprice, sila bertanding jadi YB! TAK pernah serik biarpun ada ketika berdepan ugutan dan saman, sikap penyanyi rap juga aktivis masyarakat, Caprice yang berani membongkar kes rumit untuk perhatian pihak berkuasa dan kerajaan sebenarnya wajar dipuji.
Terbaharu pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu mendedahkan kepincangan di sebuah di tadika terkenal apabila mahu menutup isu penderaan murid serta salah laku gurunya.
Memang ramai naik hantu mengikuti perkongsian Caprice serta pasukan Munafik Hunter yang menunjukkan beberapa bukti berupa video serta gambar.
Diva pun tak sanggup tengok. Menerusi komen ramai pengikut media sosial memuji tindakan pantas Caprice membongkar isu sebegitu walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib.
Tidak gentar, selain gigih membantu, ramai memberikan cadangan agar dia menjadi calon bagi musim pilihan raya akan datang. Kalau bukan mewakili parti politik sedia ada, rata-rata menyarankan bapa kepada dua anak itu berdiri atas tiket parti bebas sekali gus bergelar Yang Berhormat (YB). Hmmm… Menarik!
DIVA: Katanya dah sah cerai, Februari nanti akan panas dengan satu lagi kes artis popular berebut anak.
==============================
Kadang2 terfikir gak, Caprice ni hero tak didendang atau cari publisiti je? Tapi brani lah dia cuit isu panas. Patutnya ramai artis ikut jejak ni, dari sibuk ngan hal suka2 yang tak penting.
Caprice, sila bertanding jadi YB!
TAK pernah serik biarpun ada ketika berdepan ugutan dan saman, sikap penyanyi rap juga aktivis masyarakat, Caprice yang berani membongkar kes rumit untuk perhatian pihak berkuasa dan kerajaan sebenarnya wajar dipuji.
www.kosmo.com.my