BTC USD 83,344.0 Gold USD 4,140.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

Maksud Di lepaskan tanpa di bebaskan

Hakim Datuk Abd. Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon menarik semula pertuduhan sehingga siasatan lanjut berhubung kes tersebut dilengkapkan.

“Menggunakan pakai artikel 145 Pelembagaan Persekutuan iaitu kuasa untuk menuduh, memberhentikan dan memulakan prosiding adalah kuasa pendakwa raya.

“Pihak pendakwaan berjaya menyakinkan bahawa bercadang menuduh semula semua tertuduh ini setelah kertas siasatan dilengkapkan. Justeru, mereka dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya
 
Mohd Azis menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan yang diburu polis, Nicky Liow Soon Hee.

Bekas Menteri KDN nafi kenal Nicky Liow
07 Oktober 2021

1633601798702.png

Azis kongsikan semula gambar yang tular di Twitter dan menandakan bulatan pada lelaki yang memperkenalkannya kepada Nicky Liow.

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan yang diburu polis, Nicky Liow Soon Hee.

Beliau berkata, walaupun ada gambar menunjukkan beliau bersama Nicky Liow, bagaimanapun ia hanya sekadar mereka bergambar bersama.

"Saya tidak kenal Nicky, gambar pertama yang saya memakai baju Melayu itu ketika kumpulan berkenaan datang ke Sabah dan hadir ke majlis rumah terbuka hari raya kerajaan negeri ketika Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kerajaan negeri.



"Ketika itu, saya patah kaki jadi kumpulan itu datang berhari raya ke rumah saya.
Takkan saya tolak orang datang berhari raya.

Sebenarnya lelaki yang saya bulatkan dalam gambar yang membawa dan kenalkan saya dengan Nicky.

"Lelaki itu selalu ada dalam program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ketika itu, selalu ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) kononnya ke pejabat menteri dan dia sering tunjukkan gambar dengan Perdana Menteri serta menteri lain.

Kali pertama jumpa lelaki itu ketika 'fund raising' Bersatu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons dua gambar beliau bersama Nicky Liow yang disebarkan di dalam laman Twitter pada Rabu.

Mohd Azis yang juga ahli Parlimen Sepanggar menjelaskan, secara peribadi beliau memang tidak mengenal ahli perniagaan itu dan gambar kedua pula ketika minum di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

"Sekali lagi, lelaki itu datang bersama Nicky ke restoran yang sama dan kami bersembang sekejap, mengambil gambar sebelum beredar.
"Sebagai orang politik, bagaimana kita mahu tolak permintaan orang yang mahu mengambil gambar bersama," katanya sekali gus menolak bahawa beliau mempunyai kaitan dengan Nicky Liow.

Sebelum itu, Edisi SiasatMy memuat naik ciapan mengatakan Mohd Azis antara suspek yang hendak ditangkap Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam ciapan sebelum itu, akaun berkenaan turut memuat naik keratan berita berkaitan kes Nicky Liow dan ciapan itu mengatakan bahawa Ayob Khan pastikan maklumat siasatan disimpan rahsia, namun apabila sampai ke Bukit Aman ia dibocorkan oleh pembelot lain.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

 
Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA itu terkejut dengan dakwaan yang mencemarkan reputasinya.

Tuduhan palsu, Michael Chong nafi terima rasuah RM2 juta daripada Nicky Liow​


October 8, 2021 3:50 PM

04-Michael-Chong-MCA.jpg


Michel Chong menunjukkan salinan tweet ‘Edisi Siasat’.

PETALING JAYA: Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Michael Chong menafikan dakwaan beliau menerima RM2 juta daripada Nicky Liow.

Penafiannya itu susulan ciapan dikongsikan “Edisi Siasat” yang mendakwa Liow membayar RM2 juta menerusi peguam Chong untuk menyelesaikan kesnya melibatkan serangan terhadap dua anggota RELA.

Dalam sidang media hari ini, Chong terkejut dengan dakwaan itu yang mencemarkan reputasinya.
“Saya minta dan jemput Edisi Siasat tampil menunjukkan bukti. Saya mahu tahu siapa peguam yang mengambil wang itu dan sama ada benar saya yang mengambilnya.




“Saya tidak pasti siapa yang menulisnya (ciapan itu), tetapi mereka pengecut kerana menulisnya di sebalik skrin komputer. Kami bersedia menyaman mereka kerana membuat tuduhan palsu,” katanya.

Peguam James Ee berkata, beliau seorang daripada tiga peguam yang bertindak sebagai peguam pemerhati untuk anggota RELA itu dan menafikan menerima sebarang rasuah daripada Liow.

“Ciapan itu mendakwa wang berkenaan dibayar menerusi seorang peguam dan ini secara tidak langsung mengaitkan saya,” katanya sambil menegaskan beliau langsung tidak menerima satu sen pun.

Chong turut percaya dua lagi peguam tidak menerima sebarang rasuah.

Beliau meminta Liow kembali ke Malaysia untuk menghadapi tuduhannya.

Menurutnya, kali terakhir beliau melihat Liow pada 2020 yang memaklumkan dia kesal atas kejadian melibatkan anggota RELA itu.
“Liow meminta maaf dan memberitahu dia telah insaf. Tiada kepentingan peribadi antara kami berdua,” katanya.
Liow, 33, ditahan pada 2017 kerana menyerang dua anggota RELA. Dia dilepas dan dibebaskan dua tahun kemudian, selepas mangsa bersetuju dengan penyelesaian kes itu.

Pada 9 April lalu, Liow dan adik lelakinya didakwa secara in absentia (tanpa kehadiran mereka) di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.

Menurut laporan baru-baru ini, siasatan menunjukkan Liow kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, pada 20 Mac dan melarikan diri dengan membawa beberapa beg berisi wang tunai.

Polis memperoleh Notis Merah Interpol untuk mengesan dan menahannya serta pembantunya yang merupakan warga China, Niu Zhi, 31.

 
Dato nicky abdullah byk geng pulis daaa
Dia berugama Islam ke?

dulu selalu nampak dia tiap ahad breakfast roti chinai di Solaris mont kiara tu dengan keluarga dia tak ada gaya berugama Islam pun.
 
Judi online berkuasa kembali...Malaysia nie bukan pernah nk benteras dari akar semua main daun....benda berputar... Hahaha satgi komen lebih masuk dlm plk, biaq diam....yg pasti apa pun dragon menang... Kuasa meperhambakan manusia
 

PDRM peroleh Notis Merah Interpol untuk Jho Low, Nicky Liow​

acryl13dis_1639350736.jpg
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memperoleh Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee daripada Polis Antarabangsa (Interpol).

Notis Merah terhadap Jho Low diperoleh pada 11 Jun 2018, manakala notis terhadap individu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti Macau Scam, Nicky Liow diperoleh pada 20 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata terdapat dua kategori Notis Merah Interpol iaitu yang boleh dikongsi bagi paparan dan maklumat awam dan satu lagi dihadkan untuk diakses oleh agensi penguat kuasa.

Beliau berkata Notis Merah dikeluarkan terhadap Jho Low dan Nicky Liow adalah untuk tatapan agensi penguatkuasaan sahaja.

"Ibu pejabat Interpol adalah pihak yang akan menentukan sama ada Notis Merah yang dikeluarkan bagi paparan umum atau tatapan agensi penguatkuasaan sahaja.

"Ia tertakluk kepada tahap keseriusan dan ancaman kepada awam," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, PDRM kekal komited dalam usaha memastikan kedua-dua penama berkenaan dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.
 
Back
Top
Log in Register