BTC USD 81,323.9 Gold USD 4,157.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Seri Nicky belum ditangkap

tu diaa....

1619568638046.png
kt pulapol pn ada..hahahaha..nie nk rekrut aggota baru ke
 
JENAYAH | Pegawai Polis Subahat Geng Nicky Tidak Akan Dilindungi

Polis Melaka tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggotanya yang bersubahat dengan Geng Nicky.

Tegas Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan Kontinjen Polis Johor yang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 
Rangkaian dn kable dia besar...tu dia berani sngt tu....kt nak tngk jauh mn perjalanan kes nie
 

Terkait Geng Nicky: Dua pegawai SPRM boleh digantung tugas​

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Azam Baki menjawab soalan media mengenai kerjasama strategi SPRM turut bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusof (kanan) di Majlis Sidang Media Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2021. FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN


Kuala Lumpur: "Tiada siasatan dalaman dilakukan dan kes diserahkan kepada polis," kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki mengulas mengenai penahanan dua pegawainya yang dipercayai terbabit melindungi Geng Nicky.

Dua pegawai SPRM itu dan 10 pegawai polis ditahan menerusi Op Pelican 3.0 selepas dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang yang mana ketuanya kini dalam buruan polis.

Azam berkata, dua pegawai terbabit masih berkhidmat dan berkemungkinan digantung tugas sekiranya mereka didakwa di mahkamah.

"Setakat ini, dua sahaja yang ditahan dan saya serah pada polis sekiranya ada kes (terbabit melindungi Geng Nicky) dan saya boleh sahkan tiada pegawai lain dikatakan terbabit.

"Kita tunggu polis siasat dulu dan sudah tentu polis akan kemukakan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta SPRM di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, SPRM mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya itu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan haram Geng Nicky serta memberi jaminan menyerahkan mana-mana pegawainya yang bersekongkol kepada pihak polis.


== harian metro
 
GENG NICKY | 2 Pegawai SPRM Boleh Digantung Tugas

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai melindungi 'Geng Nicky' mungkin digantung tugas jika mereka didakwa di mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun berkata, tiada siasatan dalaman dilakukan kerana kes sudah diserah kepada polis.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 

Pegawai polis dikaitkan ‘Geng Nicky’ dibebaskan​

V AnbalaganMay 5, 2021 4:30 PM
Nicky-Liow-Soon-Hee-Nicky-Leow.jpg
Beberapa pegawai polis dan SPRM dikatakan bersubahat dengan geng yang didalangi Nicky Liow.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu seorang pegawai polis yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan buruan, Nicky Liow sudah dibebaskan.

Peguam Sreetheran Vallithan memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Karim Abdul Rahman, bahawa Rahmat Fitri Abdullah, pegawai polis berpangkat ASP, dibebaskan dua hari lalu.

Peguam Persekutuan, Muhammad Safuan Azhar mengesahkan pembebasan itu.

Rahmat kemudiannya menarik balik rayuannya terhadap perintah tahanan itu dan Karim membatalkan permohonan habeas corpus hari ini kerana perkara itu kini bersifat akademik.

Bagaimanapun, hakim berkata, Rahmat membangkitkan dua perkara undang-undang yang menarik.

Rahmat, ketua jenayah komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang ditahan pada 21 April lalu, memberi alasan penahanannya bawah SOSMA tidak sah kerana ahli keluarganya tidak dimaklumkan.

Tambahan, katanya, kuasa polis menahan suspek bawah SOSMA selama 28 hari luput pada 31 Julai 2017 kerana satu resolusi yang diluluskan Parlimen tidak diwartakan Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Baldev Singh, juga dari IPD Sentul, berkata permohonan anak guamnya, yang sama dengan Rahmat, akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Peguam T Harpal Singh, yang mewakili Supari Muhammad dari IPD Melaka Tengah, berkata kes anak guamnya akan didengar 19 Mei ini.

Peguam Latheefa Koya dikatakan mewakili dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan mereka.

Seminggu lalu, Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, 10 pegawai polis dan dua pegawai SPRM yang ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan “Geng Nicky”, disiasat untuk penipuan serta pengubahan wang.

Status baki tujuh pegawai polis masih tidak diketahui.

Pada 30 Mac lalu, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan “Geng Nicky” yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow Soon Hee.

Baru-baru ini, siasatan menunjukkan Liow, 33, kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, pada 20 Mac lalu. Dia dipercayai masih bersembunyi dalam negara ini dengan beberapa beg wang tunai.
 

ASP dipercayai ada kaitan Geng Nicky dibebaskan​

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.


Kuala Lumpur: Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Asisten Superintendan Baldev Singh Gurdial Singh, 36, ketika dihubungi pemberita semalam.

Sementara itu, Peguam Persekutuan Muhammad Safuan Azhar berkata, berikutan pembebasan itu, Baldev Singh akan menarik balik permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan Sosma.

"Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk pengurusan kes berhubung penarikan balik permohonan habeas corpus di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas, semalam.

Baldev Singh memfailkan permohonan habeas corpus pada 30 April lalu dengan menamakan Superintendan Amran Mohd Jusin (pegawai penyiasat) dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua.

Berdasarkan afidavit sokongannya yang difailkan bersama permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau ditahan pada 26 April lalu di ibu negara untuk siasatan membabitkan suatu kes jenayah di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Sosma.

Dalam permohonan itu, Baldev Singh mendakwa beliau tidak pernah terbabit dengan apa-apa kes berkaitan di bawah Seksyen 130V dan penahanannya di luar skop serta jangkaan seksyen berkenaan atau di bawah peruntukan Sosma, selain penahanannya adalah tidak sah serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, sebuah portal media melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa seorang pegawai polis, Asisten Superintendan Rahmat Fitri Abdullah yang ditahan di bawah Sosma kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Nicky sudah dibebaskan.

Rahmat Fitri kemudiannya menarik balik permohonan habeas corpus dan mahkamah membatalkan permohonan itu kerana ia bersifat akademik.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky, 33, adalah pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu


== harian metro
 

Geng Nicky : ASP Baldev Singh bebas dengan jaminan polis​

WhatsApp-Image-2021-02-19-at-9.17.20-PM.jpeg


PETALING JAYA – Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan (ASP) G S Baldev Singh yang disyaki mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee atau ‘Geng Nicky’ dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Baldev Singh mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
“Ya, anak guam saya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita fail permohonan untuk beliau dibebaskan, dan semalam beliau sudah dibebaskan menerusi ikat jamin.

“Berikutan itu, kes menarik balik permohonan habeas corpus (penahanan salah) di Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 11 Mei ini,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Baldev Singh yang berusia 36 tahun ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu seorang pegawai kanan polis yang ditahan mengikut SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’ sudah dibebaskan.

Pada 30 April lalu, Baldev Singh telah memfailkan habeas corpus, dengan menamakan pegawai polis, Superintendan Amran Mohd. Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua.


== Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register