BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk, nenek bela 8 cucu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_04.1.jpg

RODIAH (empat dari kiri) bersama dengan lima daripada lapan orang cucu yang dipeliharanya, (dari kiri), Mohd. Syabil, Nurul Azwana, Nurul Nabila, Nurul Natasha dan Nur Rabbiyatul Aqmar di Taman Tuanku Najihah, Seremban semalam. Dua lagi kanak-kanak merupakan cucu kepada anak Rodiah yang lain.

SEREMBAN – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah gambaran nasib sepasang warga emas di Taman Tuanku Najihah, Senawang dekat sini yang cekal memelihara lapan orang cucu selepas ditinggalkan ibu bapa mereka.

Berbekalkan sisa tenaga yang ada dengan sumber pendapatan yang terhad, Rodiah Hashim, 61, dan suaminya, Naimi Ngati, 66, terus membesarkan cucu-cucunya yang masih bersekolah berusia antara enam hingga 19 tahun sejak tiga tahun lalu.

Rodiah memberitahu, dia dan suaminya menggalas tanggungjawab itu sejak anak perempuan mereka yang juga ibu kepada cucu-cucunya itu telah dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Sungai Udang, Melaka beberapa tahun lalu kerana didakwa diperdaya sindiket dadah semasa mencari kerja di ibu negara.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 
Ayah mereka kat mana dikala ibu mereka dalam penjara?
 
Back
Top
Log in Register